Wednesday, December 28, 2011

ST vs CL Sauk

  • Dinamakan CL Sauk tidaklah dapat diperjelaskan atas sebab sebab menjaga keharmonian.
  • Sepatutnya game malam ni friendly dengan Bank Islam tapi attendance player opponent yang menghampakan, nasib baik dapat team ganti.
  • Player main: Lan, Zarif, Member Lan, Ilma, Kamil, Apek, Adihafiz, Cikli & 2 orang member Cikli. Cikli, 2 orang member Cikli & Member Lan tak perlulah diperincikan kerana mereka lupa tinggalkan biodata untuk kami dapat lebih mengenali mereka.
  • Game yang paling sempoi abad ini oleh ST. Permainan tersusun, takde marah-marah, takde emosi. Cantik!
  • Ok ada perkara yang perlu aku huraikan: Permainan tersusun. Kenapa ada game kita boleh main organize, ada game yang ke laut?
  • Ada yang jawap sebab tak training, sebab kita takde pattern gameplay yang biasa.
  • Ok simple, kita bukan baru sehari main. ST main formasi dia = 2 depan 2 belakang / 2 kiri 2 kanan. Cuma kadang jadi kabut bila kita attack 3 depan atau kita defend 3 bawah.
  • Konklusi yang harus faham kat sini,
  1. bila defending, zone : kau perlu partitionkan area kau. kalau kat kat tepi, kau perlu pastikan siapa opponent kat tempat kau. jika tiada, kau perlu agak bila opponent akan masuk tempat kau.
  2. bila defending man to man: kau perlu tahu siapa orang kau. bila ikut, bukannya ikut macam main kejar kejar. kau kena pastikan bila orang kau jaga dapat bola, dia tak makin membahayakan pintu gol kau. dalam masa yang sama kau perlu tahu bila nak intercept bola, jadi kau harus "baca" bila & macam mana orang kau jaga ni nak receive bola.
  3. bila attack counter: kau kena break ball (release awal). sebab masa ni opponent akan lebih banyak di area kita...bila break, janganlah kau terhegeh lagi...sorang kiri, sorang kanan, itu akan menyukarkan defender lawan untuk decide jaga man to man @ zone. Masa dia nak decide tu lah kau break & score goal. (cakap simple je kan, buat tengokkk haha)
  • Apa yang aku bagitahu kat sini, bukan untuk terima bulat-bulat. mahupun petak-petak. Tapi korang fikir sendiri mana yang baik..cuba baiki kalau rasa perlu. Orang akan suka walaupun kita gagal ASALKAN mencuba. daripada gagal mencuba. BYE

Monday, December 12, 2011

ST vs Team Shazmir

Street Team vs Team Shazmir
JPS Ampang (Court 2)
11.20pm 09 Disember 2011
  • Satu perkara yang tak best bila tulis or baca blog ni ialah...kita hardly dapat opponent yang ada established name... or maybe ada, tapi takda yang rajin tanya. So end up, bila dalam blog...asyik tulis lawan team kawan ali lah...lawan team baju kuning lah...tak best kot.
  • Game disetting oleh Wan K (nama glamour baru Wan Keeper)...dapat deal sebab kebetulan Shazmir datang buat audit di bank dia. So mungkin dorang ada janji, kalau Wan K menang - audit clear. Kalau Shazmir menang - habislahh Wan K kantoi audit
  • Player main: Kamil, Wan K, Wan Felany, Ilma, Faiz, Apek, Hanif, Lan & Aqil. Welcoming back Lan (yang hilang untuk sebulan lepas), Aqil (yang back dari injury period), Wan Felany (yang sebelum ni memanjang bz kerja), Wan K (before ni komitmen family).
  • Kesudahan game: kalah 2 gol. Tak ingat exact scoreline...tapi kalah lahh senang cerita. Team lawan banyak gol shooting dentum dentum.
  • So aku nak kongsi sikit beberapa perkara, bukan untuk tunjuk pandai...jauh sekali untuk katakan aku sorang je betul. Tetapi untuk sharing, dan disebabkan aku yang tulis post ni...so aku ambil peluang ni untuk cerita sikit.
  • Bila kamu berada di luar padang, apa yang sepatutnya kamu buat??
  • duduk borak borak kosong dengan orang luar??
  • lepak main game angry birds kat handphone canggih korang??
  • atau tengok game??
  • .....ok ramai jawap tengok game kann (hehehe). So apa itu tengok game??
  • Tengok game tu yang aku faham, kamu perlu tahu apa kelemahan & kekuatan pemain pemain di atas padang (tak terhad kepada satu team sahaja). Bila kamu kenal itu, kamu akan jumpa kebiasaan seseorang pemain itu. Contoh: Kucai kekuatan dia = shooting peluru. Jadi kalau sebagai defender, kamu perlu tutup dia supaya jangan bagi dia shooting...kalau dia gelecek, follow saja sebab itu bukan kesudahan yang dia nak...sebab dia mesti nak cari space untuk shoot juga (logik akal). JADI....kamu close lah orang orang suka shooting tu cepat cepat sebelum dia ada space. Kalau jaga orang laju macam mana pula? fikir & come out dengan teori kamu sendiri ya!

Sekian untuk posting kalini. Dah basi lambat update!

Wednesday, November 30, 2011

ST vs Team Selayang Merah

Street Team vs Team Selayang Merah Sports Planet Ampang (FIFA Court) 11.15pm 29/11/11 Selasa
  • Masih lagi beraksi di SP Ampang, memandangkan ramai player complaint court kat Sports Affair melekat & sebagainya...so ST akan start cari tempat lain untuk main. Once in a while, bolehlah kot...main di Sports Affair.
  • So kalini FIFA court, goyang+mahal+penat = Pakej! Untuk penjelasan lebih lanjut, goyang maybe sebab jarang main FIFA court, pastu dengar pulak opponent dah biasa main FIFA court dari 2006. Mahal sebab tontong sorang RM 10.50, tabung tak masuk langsung kalini.hahaha.....dan penat pula sebab kena lari jauh dari kebiasaan. dah tu pulak ramai player cakap kat whatsapp tak dapat turun game ni...
  • Adi deal opponent kalini. Biasalah Adi kan power bola (takde kaitan). Player main: Adihafiz, Kamil, Faiz, Zarif, Ilma, Fad, Apek, Amirul, Hanif, Angah Teratai & sorang lagi kawan adi.
  • Goal pembukaan oleh Apek, melalui sepakan tonjol...macam tak sengaja tapi gol cantik! (tak suka betul bila kena puji orang, dimanakah keikhlasanku?)
  • Ilma main tahpape malam ni, bola one by one depan gol pon tahan 4,5 kali bak kata Adi...pastu mental plakk tu, complaint kena siku. Darah panglima Wan Felany dah berpindah kot.
  • Zarif yang biasanya bertindak selaku manager, tapi malam ni beraksi dengan baik di goal post ST. banyak save bola bola yang berpotensi untuk gol. So tahniah mr.manager! Kaki pon dah ok tu, jangan sampai kena sodok kat padang ragbi sudahhh.
  • Wan Felany dah lama tak main...komitmen keluarga & kerja. Begitu juga Wan Keeper, tak perlu rasa malu sangat dengan kami Wan...Lan pon camtu, dapat cuti tanpa gaji dari management ST selama sebulan. Semoga player-player tulang belakang ST ini akan kembali beraksi bersama dalam masa terdekat.
  • Result game: draw 4-4. I see many great things dalam game ni. Player dah makin berani, kalau korang compare masa 1st game lepas ST reborn dulu...dah banyak beza. Bagus, itu namanya ada kemajuan. Teruskan!

Thursday, November 24, 2011

Street Team vs Damanshara

Street Team vs Damanshara
Sports Planet Ampang (Court 5)
11.10pm 23/11/11 Rabu
  • Damanshara team atau nama asal Damansara (betul tak betul tak tahu, aku pon petik dari FB ST : siapa tulis tu??). Team ini adalah team kawan Amirul. Siapa Amirul?? teng teng teng
  • Amirul bukanlah Amirul Hadi (flanker selangor), bukan juga Amirul AF, tak juga Imam Muda Amiril. Ok imam muda tu memang lain....Amirul, kawan Adihafiz. Lebih tegap dari Adihafiz, lebih kemas pernafasannya dan lebih sikit kadar kecerahan (cepat habis bateri nanti).
  • So Amirul setting opponent, khabarnya team Amirul yang juga disertai oleh Adihafiz (2 kali je maa) selalu mengadakan friendly dengan team Damanshara ni....sudah 4 kali friendly, mereka masih lagi gagal mencapai kemenangan ke atas team Damanshara ini. Review dari Adihafiz --- "team ni baikk dohh" "dorang main push push...stok pressure je". Goyang kann kalau dengar sebelum game??
  • Player yang main kali ni: Kamil, Apek, Amirul, Adihafiz, Wafi, Fad, Ilma, Kucai, Zul & Angah Teratai. Kita cerita dulu pasal yang main, banyak nama jarang sebut dalam blog kann (tekejut ke punn..aadoii)
  • Apek, sepatutnya nama yang tak asing lagi. Just korang perlu scroll blog posting lama lama..dan jumpalah nama apek. Gameplay dia tak tentu arah, tapi bonus rajin. Cuma cuak tu jangan lelebih sangat lain kali.
  • Amirul dah explain atas tadi. Wafi player yang join kami lepas penghidupan semula ni. Dia kerja syif, so chipsmore sikit...kejap ada kejap takde.
  • Kucai, rindu nak tengok rembatan dentum macam zaman padang shell dulu. Dah jarang ado dah. Kalau main bawah, steady...cuma malas lari sikit. Kalau main atas, suka nyorok belakang defender. Tapi gol tanduk dalam game ni terbaekkk!
  • Angah Teratai, kamil ajak. Join as guest memandangkan ramai takde malam ni. Banyak membantu pasukan...
  • Zul, keeper berani mati. cuma malam ni kantoi satu kelemahan dia...takot bila bola tinggi. cth: keeper throw to D box...pastu Zul takot nak challenge collect bola on air dengan forward opponent. Zarif boleh ajar bab ni kot?? :))
  • Player lain tu sama je...bosan dah nak explain lebih-lebih.
  • So result game: ST menang 13-10. Permulaan permainan ketinggalan 4-1 tak silap. Slow slow kejar & sampai satu tahap...opponent macam dah lost confident. ST gunakan peluang untuk penetrate & dapatkan gol demi gol. Itu memang effective tactical.
  • Bak kata Kapten Kamil dalam review di FB kami, game taktikal yang bagus. So thumbs up guys!

Friday, November 18, 2011

ST vs Dark Army FC

Street Team vs Dark Army FC
Sports Affair, Cheras Hartamas
18/11/11 Khamis
10.40pm Court B
  • Game disetting oleh ilma. Ceritanya, seorang player Dark Army FC (Toms Khoo) post something kat wall Facebook Street Team. Kemudian follow up dilakukan oleh ilma dan here it goes, a fun friendly match.
  • Result: ST tewas untuk kali kedua setelah penghidupan semula. 11-13
  • Reaksi selepas perlawanan:
  1. Faiz: "aku hanya bercakap, bila aku nak diam. aku akan diam, bila aku nak sangat bercakap"
  2. Zarif: "haaa sapa kata main petang petang tadi? nak beriadah tadi?
  3. Ilma: "kita kena ada rasa tak senang bila kalah..tak boleh kalah menang sama je perasaan"
  4. Kamil: "kita selalu camtu..bila lawan team chinese je, kita main lemau.."
  5. Adihafiz: "aku rilek je...standard lah main bola kalah"
  6. Player lain - Adios & Fad : tak terkata apa. diam seribu bahasa
  • So basically, belajar lah sesuatu dari sesuatu perkara samada perkara itu baik atau buruk. Pasti ada sebab perkara itu terjadi - selalu lah tanyakan "KENAPA" kepada perkara yang berlaku. Dari situ kita akan ambil pengajaran dari sesuatu itu.
  • Rasanya pernah tak korang tertanya, kenapa ilma suka friendly dengan team chinese ehhh?
  • Wassalam :)

Thursday, November 3, 2011

Three Musketeers Posting

  • Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.
  • Posting istimewa dengan tajuk istimewa, selalu guna tajuk ST vs blah blah blah aje kan...
  • 3 friendly match dirangkum kepada 1 posting, jimat masa, jimat rajin, lebih malas.
  1. Friendly Pertama: ST vs TM Selangor. Sport Planet Ampang. 19 Oktober 2011 (10pm: Court 5)
  • Game disetting oleh ilma, kerana pasukan TM Selangor sedang mempersiapkan diri untuk tournament futsal TM. so ilma main dengan team musuh..booo
  • Kehadiran game ini cukup memberangsangkan, kerangsangan itu menjadikan pemain yang ada tidak bertukar-tukar sehingga tamat friendly match ini. Kamil, Lan, Adios, Zul Keeper & Adihafiz. 5 orang saja yang ada, + Zarif yang act as a manager belakang gol malam tu...meet zarif (lihat gambar dibawah)
  • Permainan yang rancak & kemas oleh ST pada malam ini. Satu pujian kepada 5 hero malam tu, stamina yang melampau. Cuma kena play smart next time (iaitu tahu bila perlu press & counter dan tahu bila perlu simpan tenaga)
  • Result: ST menang 9-6. Penjaring -- semua ada gol kecuali Zul. Dia bolos je :))
  • Dah tak ingat sangat nak bahan apa, lagipun game ni ST main paling best. So kurang aspek untuk dibahankan. Tahniah! (Saving sikit dosa kering aku)
  1. Friendly Kedua: ST vs Xantho FC. Sport Affair Cheras Hartamas. 28 Oktober 2011 (10pm)
  • Team kawan Wan Felany, walaupun orang yang setting tu sendiri tak main, komitmen kerja offshore di Miri, Sarawak. Terlupa beli souvenier kot...(Kamil cakap, haha)
  • Kehadiran ramai: Lan, Kucai, Zarif, Zarif Kepeng, Adios, Adihafiz, Fad, Ilma, Isma (Anak didik Adihafiz -- Kapten Seraya U18), Mamak (mymanutd) & Wafi. Ramai kan? mmm jimat duit :))
  • Game yang ST ketinggalan di awal permainan dengan nilai 5-0. Dia pandang dia, dia pandang dia...sendiri mau ingatlah!
  • Kejar mengejar bermula setelah kemasukan Wafi, gol demi gol mula marii bagi pihak ST. Di satu ketika ST leading 13-12. Itulah kali pertama ST leading dalam game ni, dan itu juga kali terakhir leading.
  • Kesudahan game: 1st time ST kalah setelah pembentukan semula ni. Result: 13-14.
  • Game yang bercelaru, bercelaru dari segi permainan & dari aspek motif peribadi. Player ni tak tahu player tu main camne, player ni main ikut skill brazil, yang ni plak ikut taktikal ivory coast. So rojak!
  • Basic dia simple, kita main 2 atas 2 bawah. Kalau pergi attack 3 atas, so sorang kat bawah sila lantik diri sebagai "Datuk Bandar". Kalau masa defend 3 bawah, yang sorang atas tak payah mengada nak lantik diri "Datuk Bandar"...kalau sorang atas nanti tunggu boy bagi nama lain.
  • Ok guys, bila kalah biasalah...mencari mana silap. itu the good part apabila kalah, kita lebih aware kat mana silap. Ingat basic simple tadi ye, 2 atas 2 bawah. Tak perlu kelam kabut.
  • Contoh: kalau kita kena attack lepas kita counter 3 atas. Maknanya ada sorang kat bawah. So yang kat bawah ni tak perlu kelam kabut nak pergi sana pergi sini. Cukup dengan cepat-cepat close opponent yang ada bola. Tahu lah orang lain buat kerja untuk turun cover, kalau in case tak turun, itu wajib maki ala Wan Jamak.
  1. Friendly Ketiga: ST vs Wafis, Sport Affair Cheras Hartamas. 2 November 2011 (10pm)
  • The good thing about game ni adalah game ni adalah selepas kekalahan ST sebelum ni. Bagusnya apabila kita kalah, kita akan looks to bounce back from the defeat or else kita hanyut dengan kekalahan yang akhirnya melemahkan moral pasukan, yang akhirnya menjurus kepada bubar team.
  • Tahniah kerana kita bounce back. Not only that, we bounce back in style! Seronok kan bila menang & seeing everyone smiles after the game.
  • Game lebih tersusun kali ni, banyak kali...diulangi banyak kali, aku nampak ada movement futsal yang kita cuba create & berjaya create. Tahniah! Dah pandai nak move dengan & tanpa bola. Dah banyak wall pass yang menarik, one touch play yang menarik.
  • Kita cuma masih lack of shooting je, player kaki shooting kita macam Lan, Kucai, Adihafiz kena double up lagi..cari step & taktik macam mana nak dapatkan shooting range yang baik.
  • Oleh kerana Kucai takde dalam game ni, Lan & Adihafiz pikul tugas untuk shooting tapi ilma plak yang mengade-ngade nak shooting (cari nama lah tu).
  • So result menang 19-8. Cool game & kongratulasi ye kawan kawan. Lihat wajah kemenangan di bawah:

  • Satu persamaan antara ketiga-tiga friendly ini bukanlah permainan baik atau buruk, bukanlah scorer yang sama atau tidak, bukan juga warna jersi...tetapi adalah Faiz tak main ketiga-tiga friendly ni. Perasan tak? Kalau tak perasan, abaikan. memang orang tak glamer nasib dia selalu camtu, manjang orang tak perasan...hahaha (touching plak faiz pasni)
  • So settle kerja untuk post 3 game. 1 minggu 1 game, we continue macam tu buat masa ni. Next month mungkin tukar hari sebab beberapa komitmen lain yang memaksa. Till then..assalamualaikum :)

Monday, October 17, 2011

ST vs Falcons FC

ST vs Falcons FC 12 Oktober 2011 Rabu 10.02 Malam JPS Ampang, FIFA Court
  • Manusia ni bila ada satu sifat tu, ia lazimnya menyebabkan perkara cepat jadi lambat, perkara mudah jadi payah..itulah sifat malas. Inilah bahana malas, game rabu lepas hari isnin baru nak update. Memang takda gaya blogger gosip panas ala ala 'ohartis' langsung.
  • Bukan kali pertama ST main kat JPS Ampang, FIFA court kat sini size memanjang & kurang lebar, ditambah perisa dengan debu debu pasir untuk memudahkan kasut futsal menjadi rollerblade. Jadi conclusion disini, tak payah lah panggil FIFA court sangat kot.
  • Untuk kali pertama setelah gabungan semula ini, kehadiran pemain pasukan ST adalah memuaskan. Semua datang awal & semua player ada. So total haritu yang main 13 orang. Kamil, Ilma, Wan Felany, Wan Keeper, Zul Keeper, Faiz, Adihafiz, Adios, Wafi, Fad, Zarif Kempeng, Lan & Kucai. Zarif juga hadir cuma tak dapat beraksi sebab keadaan padang & game yang tak mengizinkan player baru keluar workshop lutut sepertinya untuk mempamerkan skill bulldozernya.
  • Ada yang comment, game yang berdisiplin. Yep, aku puji bab tu. We are defending as a team, yang mana bila bola hilang kita drop to our own half & stay compact. Itu bagus.
  • Cuma benda tu cuma berlaku macam gerhana bulan gak lah, jarang jarang tapi ada. Yang paling ketara & selalu aku nampak (asyik yang salah je aku nampak ehh), player kita bila attack ada lagi 2 lori muatan berat kat bawah tak naik (even half court)....resultnya bila kita attack 3 orang naik, bila defend 2 orang tu jela akan defend sebab bila opponent counter kita akan dapati mid line kita kosong. 3 orang tadi penat menyerang kononnya, lalu jalan bersiar jap tengok awek awek keliling court.
  • Bila menyerang atau defend, fikirkan cara paling selamat dulu. Baru fikir cara berisiko, bila kita ambil risiko & berjaya (which is kadang je berlaku) itu nampak hebat! Tapi bila kita ambil risiko & gagal, cepat cepat get back to plan selamat tadi. Contoh: kita nak pergi Pavilion lepak dengan geng geng Adi depan pavilion tu (hahaha)...pastu normalnya ikut Kg.Pandan cepat tapi jem, ikut Loke Yew jauh tapi tak jem. Risikonya ikut jalan jem lah, selamatnya ikut Loke Yew. (Kalau tak faham pon tolonglah buat buat faham, aku takde idea dah)
  • Falcons FC adalah team Boy yang juga antara 'pengasas' pasukan ST suatu masa dahulu. Beliau antara player luar terawal yang join team kami & kami mendoakan semoga kecederaan lututnya lekas pulih. Kami kehilangan 'datuk bandar' bak kata Lan.
  • Falcons FC mempunyai pemain yang bagus, gameplay walaupon tak nampak sangat tapi mereka ada 1,2 movement futsal yang kemas. Cuma maybe disebabkan haritu main 6 vs 6, mungkin defending line ST yang compact menyebabkan tiada space untuk Falcons membuat movement. Di lain hari, bila 5 vs 5, suasana pasti berlainan. Sila ambil note player ST sekalian.
  • Kesudahan game = ST menang 4-1. Setelah berturut game Ilma scorer, tapi kalini Ilma tak score, dia pon main 15minit saja, penat katanya fitness training di titiwangsa petang tu. Biasalah manusia bila gagal mesti kena ada alasan kan. Alasan anda kami terima!
  • Pujian aku hamburkan kepada 2 penjaga gol ST pada malam itu, iaitu Wan & Zul. Dua-dua terbaik! Macam Casillas & Buffon. Siapa Casillas siapa Buffon, korang rebut sendiri. Komunikasi antara player dengan keeper sahaja yang boleh diupgradekan lagi, sebab aku kurang dengar suara dari keeper kita padahal banyak je defend yang tak close gap & lambat recover posisi.
  • Player lain macam biasa je, tiada peningkatan drastik dari game game lepas. Cuma Lan, mungkin sebab dia baca posting blog sebelum ni, dah kurang buat ambitious shooting, lebih bersabar & banyak spread bola ke wide player.
  • Kucai pon ok setelah kian lama tak nampak dia main as a player, dia nampak steady & dengan kelebihan tubuh sasa ala Fahrin Ahmad, amatlah mudah dia shield bola & space dari player opponent. Memang steady.
  • Kamil, another inspiring performance i must say. Mungkin sebab birthday isteri tercinta, jadi kemenangan ni dia nak hadiahkan buat isteri dia SU kot. Ok dari ST, Happy Birthday Su :)
  • Faiz, dah berani & dah tahu nak close cuma kena berani buat benda yang kau tak pernah buat sebelum ni. Sebab kalau kau keep on buat benda yang dah sama kau buat sebelum ni, hasilnya adalah sama seperti sebelum sebelum ni. Jadi sekali sekala, kena try buat benda benda extraordinary..contohnya gelecek 3,4 orang pastu tak lepas, kena marah dengan Adi ehh dengan Wan Felany gak. Ok bukan camtu, kau cuma kena beranikan diri take a shot! & amatlah penting, shot tu dihalakan ke pintu gol lawan bukan pintu gol sendiri.
  • Pujian juga kepada player jemputan, Zarif Kempeng. Beberapa kali membantu barisan defend ST dengan baik. Fad kena banyak kerja lagi, selalu passing ala ala cool cool tapi bola dapat kat player lawan. Adios dah hebat, player lain kena faham...bila bola dapat kat adios jangan terus lari berdesup..sebab selalunya adios akan hold bola & tarik tarik...pastu bila dah susah dia kata "mana weh" "larilah weh". Banyak chances adios depan gol haritu cuma mungkin emosi terlebih, tu yang nak merembat je tu. Wafi pula kurang menjadi malam tu, mungkin sebab kena tackle melambung oleh player opponent. Tapi overall Wafi player yang berpotensi untuk dikembangkan lagi di masa depan.
  • Zarif dah minta untuk jadi manager sepenuh masa. Cuma kami masih mengharapkan dia mampu menjadi pemain juga dalam masa yang sama. Kami masih memerlukan skill bulldozer & steamroll!
  • Adihafiz & Wan Felany, tahniah sebab dah nampak perubahan. Bukan pada susuk tubuh tapi pada permainan. Lebih baik dalam kawalan bola & itu semua memang tak dinafikan sebab korang dulu pernah suatu masa lampau menjadi pemain yang baik. Jangan nak kembang sangat, ini bukan pujian tapi aku takde idea nak kitai korang (nasib baik).
  • Overall, tahniah. Sekali sekala main ramai camni, seronok plak. Makin besar keluarga ST makin meriah rasanya cuma belum ada yang mahu menyumbang lebih kepada tabung ST.hahaha Tabung ST akan digunakan untuk tujuan futsal saja, samada duit jersi atau duit padang. Tidak akan digunakan untuk ST pergi bercuti ke Bali ataupon Krabi. Siapa nak ikut ke Pulau Pinang november ni sila contact ilma, sekian.

Sunday, October 9, 2011

Street Team vs TBPKW FC

Street Team vs TBPKW FC 05 Oktober 2011 Rabu 10.37 Malam Sports Affair, Cheras Hartamas
  • TBPKW FC = Team Baju Putih Kawan Wafi FC. Selamba aku tambah FC (nampak macam nama skema team bola sikit). Baju putih kerana kebiasaanya diorang pakai baju putih. Tapi malam tu maybe diorang sengaja pakai macam-macam color, untuk tujuan mengelirukan pihak musuh agaknya.
  • Opponent datang dengan senjata rahsia mereka yang belum pernah lagi opponent-opponent kami sebelum ini bawa, itulah dia stroller baby :)
  • Player ST: Kamil, Wan Felany, Faiz, Kucai, Lan, Ilma, Adihafiz, Adios, Zarif Kempeng, Wafi & Fad.
  • Lemau lahh nak taip posting kali ni. Pesal huh? Ok Springboks baru kalah dengan Wallabies, dem! tak dapat tengok Habana lagi. But thumbs up to Wallabies backline (defends)!
  • Satu saja nota peribadi aku pasal game kita haritu (untuk difikirkan) : semua orang boleh main bola, semua orang boleh form a team - main friendly - menang kalah, tapi tanya diri anda sendiri...apa yang buat korang puas hati setelah habis game? *jawapan itulah yang menentukan objektif korang main.
  • Kalau nak keluar peluh, ok puas hati dapat keluar peluh. Kalau main nak enjoy time dengan kawan-kawan, ok puas hati enjoy. Kalau main nak menang, ok puas hati menang. Itu andaian yang elok-elok. Apa jadi kalau objektif tak sampai? tak puas hati lah kan. Jadi sebelum main pentingnya kita tahu apa kita nak, jadi kita akan buat apa yang kita nak.
  • Sama macam belajar, kalau objektif takat nak lulus exam. Bila lulus, korang akan puas hati takat itu je lah. Kalau tauke burger, objektif nak kaya. Tapi tak kaya-kaya, so dia tak puas hati. Sebab tu lepas tu dia join MLM plak. Pebenda aku cerita ni pon aku tak tahu, macam tengah high.
  • Ulasan game:
  1. Kucai punya shooting dah tak macam dulu, mungkin takes time untuk dapatkan sepakan peluru semula.
  2. Lan masih meneruskan aktiviti merembat jauh macam main golf kat driving range, satu perkara baik: Lan jenis tak putus asa, dia try & try dan try lagi...itu tak salah. Perkara yang boleh diupgrade: analoginya begini --> bila kita naik motor, sambil merempit celah-celah kereta, tiba-tiba jalan sempit sebab ada awek cun bawak volkswagen mini nak masuk lane sebelah tapi brader ketat bawa wira turbo tak bagi....so dia dah makan lane untuk motor mencelah. tapi bila nampak camtu, kadang bila motor dah terlajak -- kita try gak nak selit celah lorong sempit tu. Tapi ada plak motor lain belakang kita yang nampak macam kita dah stuck, dia pon lalu belakang volkswagen mini awek tu dah terus rempit ke depan...(motif: kadang-kadang kita buat tak salah, kita mencuba tak salah, tapi contoh dalam padang futsal ada 5 pemain, ada 5 kepala otak yang berjalan, bila kita buat satu benda 2,3 kali tak jadi, try cara lain...mungkin kawan-kawan lain ada cara lain)
  3. Faiz, Wan Felany, Adihafiz dah starting get back on track. Mungkin 2,3 game lagi dah boleh dapat tune lama. Ilma dah kurang main turun naik bak kata Adihafiz. Kamil, inspiring player. Sampai hari ini aku rasa kita tak silap pilih dia sebagai Kapten ST. Kadang bila aku letih, bila aku rasa team kita lemah, aku tengok dia, teruja dengan semangat dia...itu yang buat aku nak berusaha lebih lagi.
  4. Adios, Wafi & Zarif Kempeng serta Fad. Player baru nak join main-main dengan ST...so banyak lagi nak kena khatamkan walaupun azalinya mereka adalah bekas player bola dan ada basic. Cuma nak join ST kena ada darah ST agaknya :)
  • Ok game All Blacks vs Argentina dah nak start, haka dah mula. Tiba-tiba idea stop, so bye. Wan Felany pergi honeymoon di Langkawi, kalau dia baca entry ni di Langkawi...bertuahlah kita sebab akan dapat souvenir dari Langkawi. Suka hati!

Thursday, September 29, 2011

ST vs TML (aka Team Member Lan)

Street Team vs TML 28 September 2011 Rabu 10.30malam Sports Affair, Cheras Hartamas
  • Game baru semalam berlangsung so benda benda masih segar dalam kepala otak aku..siapplah aku kitai sorang sorang dalam ni nanti..hahahaha (gelak jahat)
  • Bila tengok balik gambar team kita semalam, satu je aku nak cakap kat semua TAHNIAH! sebab baru aku perasan semua pakaian panjang sikit. Takda yang pakai seluar pendek lagi...Kawan-kawan, ingat ni...takda ruginya bersukan pakai seluar panjang or at least seluar 3 quarter asalkan tutup aurat.
  • Hebat macam mana pon kita main tapi pakai seluar pendek, habis-habis dapat penat dapat dosa buka aurat. Tapi kalau sekalipun kita tak hebat tapi main tutup aurat, kita secara tak langsung dah berdakwah kepada orang lain..dapat pahala. best kan? hehe Korang pon ada yang dah jadi suami, nak jadi ayah...makin besar tanggungjawab.
  • Ok segmen imam muda dah habis, sekarang kita cerita futsal plak. Game kedua ST setelah kehidupan semula.
  • Game disetting oleh orang-orang biasa, so management dah setuju bagi tugasan tetap kepada setiap individu lepas ni. Adi akan in charge untuk arrangement tempat main & masa. Opponent boleh deal dengan Kamil, bukan bermaksud orang lain dok diam melangokk je...kalau ada team, direct dengan Kamil. Macam game semalam, Lan setting team..sebab tu dapat nama TML.haha
  • Gosip yang digembar gemburkan oleh Lan, opponent kali ni BAIKK, so kena ada keeper yang bagus sebab opponent kaki shooting. Pastu Lan kata opponent pakai jersi argentina malangnya malam tadi tak dapat pakai sebab flight dari buenos aires kena cancel..so kedai dobi kat argentina tu tak dapat nak hantar delivery jersi.
  • Overall, kami suka opponent kalini. Semuanya sporting & attitude player ST juga harus dipuji. Macam tulah bersukan..kalau terlanggar,tersadung (jangan main blahh buat muka ketat bajet Michael Essien)...tapi ringankan mulut say sory ke, tolong angkat or tap sikit kat badan mamat tu ke. Senyum lahh kalau orang terkasar kat kita sikit, awek-awek takda kot yang suka laki muka nak masam masam.
  • Player yang main kalini: Kamil, Ilma, Faiz, Wan Felany, Wan keeper, Adios, Fad kecik, Lan & Wafi. Ok buat makcik-makcik, isteri-isteri yang follow blog ni (memandangkan 2,3 orang dah kawin)...mesti perasan ada 2,3 nama player baru kan. Adios, Fad kecik & Wafi. Kalau tak perasan, sila buat buat perasan juga..tak kira!
  • So player baru ni semuanya 1st time join main dengan ST. Kalau hasil perbincangan management berpuas hati dengan mereka, maka mereka akan diwelcome sebagai ahli keluarga baru ST. Jadi kawan-kawan, sila set meeting :)
  • Keputusan: seri 13-13. Aku boleh je tulis 13 sama atau seri 13. tapi memandangkan 13 tu nombor macam best je so dengan sukahatinya aku tulis 13-13. Takda issu pon benda ni, saja nak panjangkan tulis blog ni.
  • Adunan player-player baru dengan lama kalini menampakkan hasil yang agak positif. Namun masih terlalu awal kerana ST masih lagi main dengan tempo abang abang yang main suka suka lepas habis syif. Player baru ni taklah baru main futsal cuma baru nak join kami je...masing-masing dah ada pengalaman main team lain sebelum ni. Jadi secara tak langsung tekanan juga kepada player lama untuk mengekalkan posisi, tapi bak kata malek "lu siapa wa mau goyang, lu belum pakai tattoo, wa sudah pergi perang maa"
  • Seperti selalu, kehadiran ST ditambah serinya dengan kehadiran tulang rusuk adam sebagai pom pom pemberi semangat. Kumpulan pemberi semangat ini belumlah ditubuhkan secara rasmi, namun kehadiran mereka di tepi padang adalah membantu, semalam yang ada isteri Kamil = Su, isteri Wan keeper = Faezah & kawan ke awek ke Adi...aku tak tau status = Donat. Ketua pom pom semalam adalah Adihafiz diiringi Zarif.
  • Kadang kadang pelik juga, kawan-kawan dah pergi perang...macam mana boleh kita terfikir nak tengok je? Aku ada masalah dengan benda ni, haha...tak jumpa lagi penyelesaian yang logik.
  • Jadi sekian dulu posting untuk 2nd game kalini, jumpa lagi di lain kali. Untuk makluman orang lain, kalau ada yang nak friendly dengan kami...boleh contact kami ye. Kami available untuk friendly sahaja, seminggu satu game itu motif permulaan. Terima Kasih

ST vs Asbestos FC

Street Team vs Asbestos FC

22 September 2011

Khamis 10.32 malam

Sports Affair, Cheras Hartamas


  • Mesti boring kan baca ayat skema "setelah sekian lama menyepi.." ----- ok tukar ayat baru "setelah lemak-lemak pejal di badan rasa semakin menyesakkan & setelah kaki asyik vibrate gian nak main futsal"...maka dengan itu diumumkan "we are back in business"

  • Rehat yang panjang digunakan oleh pemain ST dengan bermacam subjek kehidupan; ada yang naik gunung masuk gua menuntut ilmu futsal, ada yang masuk workshop repair lutut, ada yang menjadi engineer pembinaan masjid, ada yang masuk oxford (itulah pentingnya english education..) dan lain lain.

  • Untuk makluman, penghidupan semula ST adalah inisiatif semua tapi terutama kepada Kapten Kamil, Adi & Faiz. Mungkin sebab rindu kot dengan bau champion baju kuning.

  • So Adi setting tempat & masa (so no wonder masa agak lewat memandangkan esok dia tak kerja), Kamil setting team untuk di friendly & yang lain lain setting kaki...lama tak menendang kan.

  • Player main: Zarif, Ilma, Adihafiz, Kamil, Apek, Faiz, Wan keeper, Wan Felany & Lan. Line-up macam biasa je cuma kemunculan kembali Wan keeper & Zarif. Zarif sebelum ini berehat panjang dan lebih banyak menjalankan tugas manager ST, oleh kerana kecekapan beliau maka beliau akan terus menjawat jawatan manager sehingga ada jutawan yang nak sponsor team ni dan pecat zarif.

  • Gameplay aku dah tak ingat, tapi opponent ada sorang player yang skillfull (ehem ehem)....so untuk kami yang baru 1st time nak main semula, memang taktik bulldozer & langgar lari amat sering terpacul sepanjang perlawanan berlangsung.

  • Keputusan kami menang tipis 9-8. Pada awal game, ketinggalan 2,3 gol...mungkin disebabkan lemak pejal masih kental, tetapi setelah lemak lemak digegarkan selama 10,15 minit...kalori dibakar ala bbq, peluh peluh jantan mula dirembeskan ---> hasilnya ST mula mempamerkan corak permainan ala pakcik pakcik team office.

  • Menang kalah is not a big deal. Tapi for sure kami gembira to start dengan kemenangan. Walaupun had muatan ketara berat ditambah pula peluh yang menghujani tubuh badan sehingga menimbulkan aroma baju kuning yang sekian lama dirindui...rindu kan bau baju kuning?? bau champion...tarak jual punyaa!

  • Komen peribadi: aku rasa thumbs up kepada Wan felany yang masih mengekalkan corak permainan yang sama, cuma pesanan penaja jangan maintain macam ni je sampai bila bila sebab nanti bila orang lain dah start get back to track kau akan nampak biasa biasa je pulakk.

  • Adi tak tau nak kata apa lah...mungkin sebab kaki sakit so pergerakan terbatas. Ohh ya bentuk badan Adi lebih maskulin sekarang :))

  • So apa yang boleh disummarize kan: good point adalah ST is back! Kasi sengattt!

  • Yang boleh diupgrade: teknik takda masalah, formasi...how to play semua dah tahu. cuma kena cari fitness sikit sikit balik. Lemak lemak pejal adalah musuh kita (sila tulis atas manilakad dan lekat dekat dalam bilik)

  • Jadi setakat ini dulu kali ini...ikutkan dah malas nak update blog ni (buat buat lupa paswd) tapi Faiz merengek sebab takot nanti anak dia takda bahan bacaan nak gelakkan dia.hahaha. Oh ya tak lama lagi ST junior (insyaAllah) akan terhasil dari kilang Wan keeper & Kamil :)

  • Guys, remember this....aku selalu keep telling to diri aku & semua, benda baik yang kita buat hari ini walaupun kita rasa macam tak significant pada kita tetapi believe me, ia boleh jadi bermanfaat atau terkesan kepada orang lain, mungkin bukan hari ini tapi esok lusa siapa tahu....So itulah main point blog ini, mungkin hari ini kita gelak, kita geram, kita benci, apa jua lah perasaan, tetapi come a time bila kita duduk dan realize value kawan-kawan, kita pernah ada team futsal yang best, seronok main futsal sama-sama, blah blah blah...

  • Mungkin bukan sekarang tapi 10,20 tahun dari sekarang siapa tahu apa jadi masa tu...itulah nilai memori, nilai sejarah. So kita hari ini adalah sedang menulis sejarah so terpulang bagaimana korang nak korang diingati...

  • Mungkin 10,20 tahun lagi bila anak Kamil dah ke sekolah rendah, anak Wan Felany dah ke nurseri atau mungkin masa tu Adi dah kat UK jadi coach kat sana...masa tu mungkin korang baca blog ni dah tak macam korang baca hari ini. Hari ni mungkin korang gelak sebab nak bahan kawan-kawan tapi mungkin nanti kita gelak sebab rindu.....Ok tak payah nak melankolik lebih lebih, ini cerita futsal bukan blog touching. tak kuasa mak!

Monday, January 24, 2011

Street Team vs DRE FC

Street Team vs DRE FC
12 Januari 2011 Rabu 10.00malam Centermart, Danau
  • Friendly yang di setting oleh ilma, melalui gofutsal. Thx kepada joe & afiq dari DRE FC.
  • ST Players: kamil, umar, apek, faiz, ilma, wan felany, zul (keeper), adihafiz & yai. Line-up ST dah maintained sejak kebelakangan ni, cuma 1,2 player jemputan & 1,2 player yang on-off berdasarkan komitmen duniawi yang lain.
  • DRE FC salah satu team futsal yang sedang meningkat naik di arena futsal tempatan. kalau tak silap since 2010, dorang start aktif dan telah menjuarai beberapa kejohanan futsal.
  • Rupanya mereka ada banyak team, malam kejadian itu sahaja rasanya lebih kurang 3 team DRE FC turun untuk friendly yang telah mereka aturkan. Team opponent kami rasanya maybe 2nd team mereka kot. But anyhow, mereka still mempamerkan permainan futsal yang baik.
  • Gameplay tak banyak nak disentuh atau diperdebatkan. Masing-masing dah tahu peranan masing-masing dan ada rasa aware & sifat tak nak kalah yang membantu.
  • Kesilapan taktikal futsal banyak kelihatan, mungkin fitness level ST dan DRE jauh berbeza menyebabkan kami melakukan banyak perkara-perkara tak sepatutnya.
  • Kawan-kawan, sliding tackle is a BIG NO dalam futsal ok. kita patut rasa malu apabila melakukannya atau ada team mates kita yang melakukannya.
  • Futsal pada aku adalah mengenai teknik & taktik, kepantasan & ruang. secara jujur, ST masih lemah dari segi teknik & taktik. jadi kepantasan dan ruang adalah 2 perkara yang patut kita kuasai, untuk menutup kelemahan dalam aspek lain itu.
  • Sebagai contoh, jika opponent lebih berkemahiran, mempunyai teknik kawalan bola & passing yang baik. apa yang boleh kita lakukan? kita improve on defending, stay compact supaya tiada ruang untuk pasukan lawan masuk ke dalam zon kita....dan apabila ada ruang, disitulah kepantasan perlu digunakan untuk counter attack & menjaringkan gol.
  • Dalam friendly, jaringan gol bukanlah yang dituntut. tetapi macam mana kita build gol, itu lebih penting. sebab bila movement dalam build up to gol itu menjadi, maka itu menunjukkan kita faham & tahu keperluan berada di posisi yang sesuai pada masa yang sesuai.
  • Dalam friendly atau pertandingan, peluang itu amatlah emas. sesuatu yang sukar didapati. jadi bila dapat peluang, kenalah sempurnakan. kerana kadang kala, bila depan gol...kita gagal menjaringkan gol, rakan-rakan lain akan moral effect kepada situasi itu.
  • Teamwork, adalah penting dalam apa jua perkara yang melibatkan lebih dari seorang. Jadi berusahalah memudahkan team mates yang lain, insyaAllah kerja kita juga akan lebih mudah.
  • Semoga berjaya di 2011. teruskan friendly & belajar, semoga ST lebih mantap di masa hadapan.

Monday, January 10, 2011

Edisi buka kedai 2011

Street Team vs Team Langat (Kawan Felany) 6 Januari 2011 Khamis, 9.00 Malam Court Outdoor, Nanding Langat
  • 1st friendly game untuk 2011. Game mungkin dah setting seminggu camtu, cuma wan felany dengan selamba hanya confirmkan pada petang hari kejadian.
  • 2011, buka buku baru. harap-harap taktik-taktik dan skil-skil menyusahkan kawan-kawan pada 2010 dah boleh campak dalam tong sampah ok.hehehe
  • player main malam kejadian: adihafiz, umar, apek, faiz, ilma, wan felany, awin & lan. lan amatlah suka kerana game kalini buat pertama kalinya berdekatan dengan rumah lan. iaitu hanya 189 langkah sahaja. tapi lan datang dengan kereta, baru nampak gangster taman sikit.
  • ST ketinggalan 2gol pada awal permainan, memaksa pemain-pemain menggelabah kuda atas court. terus merubah corak permainan dengan bersifat lebih agresif.
  • agresif disini bukan lah merujuk kepada van-damme atau bruce lee. tetapi pemain-pemain lebih alert & bersemangat untuk memperbaiki keadaan.
  • ternyata, taktik menggelabah kuda itu menjadi. apabila gol pertama 2011 ST dijaringkan oleh ilma, gol demi gol datang mencurah.
  • harus diingat kawan-kawan, gol bukan lah sesuatu prioriti dalam perlawanan friendly. macam mana kita nak dapatkan gol itu yang penting. sebab dalam perlawanan lain & pertandingan, situasi mungkin berbeza, pasukan lawan berbeza. tetapi kalau kita faham & tahu cara mendapatkan gol, maka ia menjadi lebih mudah di masa hadapan.
  • tempo permainan mungkin slow atau mungkin takat kipas nombor 3 je. adakah disebabkan kapten kamil tiada? itu tidak dapat dipastikan. memandangkan kamil adalah player paling laju ST, 2 saat beza dengan kelajuan adi & wan felany.
  • senarai penjaring tak dapatlah dipastikan. cuma rasanya semua player ada 1 gol, kecuali awin. dia melepaskan gol sahaja.
  • kesimpulan, game yang elok untuk pendedahan pemain. supaya masing-masing nampak macam mana flow sesuatu game. cuma perlu diingat, di lain hari...situasi pasti berbeza, jadi kita perlu bersedia dan adapt dengan pantas kepada game.
  • faham ke tak faham, lu pikir lah sendiri. Assalamualaikum!