Thursday, September 29, 2011

ST vs Asbestos FC

Street Team vs Asbestos FC

22 September 2011

Khamis 10.32 malam

Sports Affair, Cheras Hartamas


  • Mesti boring kan baca ayat skema "setelah sekian lama menyepi.." ----- ok tukar ayat baru "setelah lemak-lemak pejal di badan rasa semakin menyesakkan & setelah kaki asyik vibrate gian nak main futsal"...maka dengan itu diumumkan "we are back in business"

  • Rehat yang panjang digunakan oleh pemain ST dengan bermacam subjek kehidupan; ada yang naik gunung masuk gua menuntut ilmu futsal, ada yang masuk workshop repair lutut, ada yang menjadi engineer pembinaan masjid, ada yang masuk oxford (itulah pentingnya english education..) dan lain lain.

  • Untuk makluman, penghidupan semula ST adalah inisiatif semua tapi terutama kepada Kapten Kamil, Adi & Faiz. Mungkin sebab rindu kot dengan bau champion baju kuning.

  • So Adi setting tempat & masa (so no wonder masa agak lewat memandangkan esok dia tak kerja), Kamil setting team untuk di friendly & yang lain lain setting kaki...lama tak menendang kan.

  • Player main: Zarif, Ilma, Adihafiz, Kamil, Apek, Faiz, Wan keeper, Wan Felany & Lan. Line-up macam biasa je cuma kemunculan kembali Wan keeper & Zarif. Zarif sebelum ini berehat panjang dan lebih banyak menjalankan tugas manager ST, oleh kerana kecekapan beliau maka beliau akan terus menjawat jawatan manager sehingga ada jutawan yang nak sponsor team ni dan pecat zarif.

  • Gameplay aku dah tak ingat, tapi opponent ada sorang player yang skillfull (ehem ehem)....so untuk kami yang baru 1st time nak main semula, memang taktik bulldozer & langgar lari amat sering terpacul sepanjang perlawanan berlangsung.

  • Keputusan kami menang tipis 9-8. Pada awal game, ketinggalan 2,3 gol...mungkin disebabkan lemak pejal masih kental, tetapi setelah lemak lemak digegarkan selama 10,15 minit...kalori dibakar ala bbq, peluh peluh jantan mula dirembeskan ---> hasilnya ST mula mempamerkan corak permainan ala pakcik pakcik team office.

  • Menang kalah is not a big deal. Tapi for sure kami gembira to start dengan kemenangan. Walaupun had muatan ketara berat ditambah pula peluh yang menghujani tubuh badan sehingga menimbulkan aroma baju kuning yang sekian lama dirindui...rindu kan bau baju kuning?? bau champion...tarak jual punyaa!

  • Komen peribadi: aku rasa thumbs up kepada Wan felany yang masih mengekalkan corak permainan yang sama, cuma pesanan penaja jangan maintain macam ni je sampai bila bila sebab nanti bila orang lain dah start get back to track kau akan nampak biasa biasa je pulakk.

  • Adi tak tau nak kata apa lah...mungkin sebab kaki sakit so pergerakan terbatas. Ohh ya bentuk badan Adi lebih maskulin sekarang :))

  • So apa yang boleh disummarize kan: good point adalah ST is back! Kasi sengattt!

  • Yang boleh diupgrade: teknik takda masalah, formasi...how to play semua dah tahu. cuma kena cari fitness sikit sikit balik. Lemak lemak pejal adalah musuh kita (sila tulis atas manilakad dan lekat dekat dalam bilik)

  • Jadi setakat ini dulu kali ini...ikutkan dah malas nak update blog ni (buat buat lupa paswd) tapi Faiz merengek sebab takot nanti anak dia takda bahan bacaan nak gelakkan dia.hahaha. Oh ya tak lama lagi ST junior (insyaAllah) akan terhasil dari kilang Wan keeper & Kamil :)

  • Guys, remember this....aku selalu keep telling to diri aku & semua, benda baik yang kita buat hari ini walaupun kita rasa macam tak significant pada kita tetapi believe me, ia boleh jadi bermanfaat atau terkesan kepada orang lain, mungkin bukan hari ini tapi esok lusa siapa tahu....So itulah main point blog ini, mungkin hari ini kita gelak, kita geram, kita benci, apa jua lah perasaan, tetapi come a time bila kita duduk dan realize value kawan-kawan, kita pernah ada team futsal yang best, seronok main futsal sama-sama, blah blah blah...

  • Mungkin bukan sekarang tapi 10,20 tahun dari sekarang siapa tahu apa jadi masa tu...itulah nilai memori, nilai sejarah. So kita hari ini adalah sedang menulis sejarah so terpulang bagaimana korang nak korang diingati...

  • Mungkin 10,20 tahun lagi bila anak Kamil dah ke sekolah rendah, anak Wan Felany dah ke nurseri atau mungkin masa tu Adi dah kat UK jadi coach kat sana...masa tu mungkin korang baca blog ni dah tak macam korang baca hari ini. Hari ni mungkin korang gelak sebab nak bahan kawan-kawan tapi mungkin nanti kita gelak sebab rindu.....Ok tak payah nak melankolik lebih lebih, ini cerita futsal bukan blog touching. tak kuasa mak!

1 comment:

kamil said...

terbaik..hidup ST.. Blog ST akan jadi sejarah untuk anak-anak kita.