Street Team vs DRE FC
12 Januari 2011
Rabu 10.00malam
Centermart, Danau
- Friendly yang di setting oleh ilma, melalui gofutsal. Thx kepada joe & afiq dari DRE FC.
- ST Players: kamil, umar, apek, faiz, ilma, wan felany, zul (keeper), adihafiz & yai. Line-up ST dah maintained sejak kebelakangan ni, cuma 1,2 player jemputan & 1,2 player yang on-off berdasarkan komitmen duniawi yang lain.
- DRE FC salah satu team futsal yang sedang meningkat naik di arena futsal tempatan. kalau tak silap since 2010, dorang start aktif dan telah menjuarai beberapa kejohanan futsal.
- Rupanya mereka ada banyak team, malam kejadian itu sahaja rasanya lebih kurang 3 team DRE FC turun untuk friendly yang telah mereka aturkan. Team opponent kami rasanya maybe 2nd team mereka kot. But anyhow, mereka still mempamerkan permainan futsal yang baik.
- Gameplay tak banyak nak disentuh atau diperdebatkan. Masing-masing dah tahu peranan masing-masing dan ada rasa aware & sifat tak nak kalah yang membantu.
- Kesilapan taktikal futsal banyak kelihatan, mungkin fitness level ST dan DRE jauh berbeza menyebabkan kami melakukan banyak perkara-perkara tak sepatutnya.
- Kawan-kawan, sliding tackle is a BIG NO dalam futsal ok. kita patut rasa malu apabila melakukannya atau ada team mates kita yang melakukannya.
- Futsal pada aku adalah mengenai teknik & taktik, kepantasan & ruang. secara jujur, ST masih lemah dari segi teknik & taktik. jadi kepantasan dan ruang adalah 2 perkara yang patut kita kuasai, untuk menutup kelemahan dalam aspek lain itu.
- Sebagai contoh, jika opponent lebih berkemahiran, mempunyai teknik kawalan bola & passing yang baik. apa yang boleh kita lakukan? kita improve on defending, stay compact supaya tiada ruang untuk pasukan lawan masuk ke dalam zon kita....dan apabila ada ruang, disitulah kepantasan perlu digunakan untuk counter attack & menjaringkan gol.
- Dalam friendly, jaringan gol bukanlah yang dituntut. tetapi macam mana kita build gol, itu lebih penting. sebab bila movement dalam build up to gol itu menjadi, maka itu menunjukkan kita faham & tahu keperluan berada di posisi yang sesuai pada masa yang sesuai.
- Dalam friendly atau pertandingan, peluang itu amatlah emas. sesuatu yang sukar didapati. jadi bila dapat peluang, kenalah sempurnakan. kerana kadang kala, bila depan gol...kita gagal menjaringkan gol, rakan-rakan lain akan moral effect kepada situasi itu.
- Teamwork, adalah penting dalam apa jua perkara yang melibatkan lebih dari seorang. Jadi berusahalah memudahkan team mates yang lain, insyaAllah kerja kita juga akan lebih mudah.
- Semoga berjaya di 2011. teruskan friendly & belajar, semoga ST lebih mantap di masa hadapan.
No comments:
Post a Comment