Monday, January 10, 2011

Edisi buka kedai 2011

Street Team vs Team Langat (Kawan Felany) 6 Januari 2011 Khamis, 9.00 Malam Court Outdoor, Nanding Langat
  • 1st friendly game untuk 2011. Game mungkin dah setting seminggu camtu, cuma wan felany dengan selamba hanya confirmkan pada petang hari kejadian.
  • 2011, buka buku baru. harap-harap taktik-taktik dan skil-skil menyusahkan kawan-kawan pada 2010 dah boleh campak dalam tong sampah ok.hehehe
  • player main malam kejadian: adihafiz, umar, apek, faiz, ilma, wan felany, awin & lan. lan amatlah suka kerana game kalini buat pertama kalinya berdekatan dengan rumah lan. iaitu hanya 189 langkah sahaja. tapi lan datang dengan kereta, baru nampak gangster taman sikit.
  • ST ketinggalan 2gol pada awal permainan, memaksa pemain-pemain menggelabah kuda atas court. terus merubah corak permainan dengan bersifat lebih agresif.
  • agresif disini bukan lah merujuk kepada van-damme atau bruce lee. tetapi pemain-pemain lebih alert & bersemangat untuk memperbaiki keadaan.
  • ternyata, taktik menggelabah kuda itu menjadi. apabila gol pertama 2011 ST dijaringkan oleh ilma, gol demi gol datang mencurah.
  • harus diingat kawan-kawan, gol bukan lah sesuatu prioriti dalam perlawanan friendly. macam mana kita nak dapatkan gol itu yang penting. sebab dalam perlawanan lain & pertandingan, situasi mungkin berbeza, pasukan lawan berbeza. tetapi kalau kita faham & tahu cara mendapatkan gol, maka ia menjadi lebih mudah di masa hadapan.
  • tempo permainan mungkin slow atau mungkin takat kipas nombor 3 je. adakah disebabkan kapten kamil tiada? itu tidak dapat dipastikan. memandangkan kamil adalah player paling laju ST, 2 saat beza dengan kelajuan adi & wan felany.
  • senarai penjaring tak dapatlah dipastikan. cuma rasanya semua player ada 1 gol, kecuali awin. dia melepaskan gol sahaja.
  • kesimpulan, game yang elok untuk pendedahan pemain. supaya masing-masing nampak macam mana flow sesuatu game. cuma perlu diingat, di lain hari...situasi pasti berbeza, jadi kita perlu bersedia dan adapt dengan pantas kepada game.
  • faham ke tak faham, lu pikir lah sendiri. Assalamualaikum!

1 comment:

Mohd Kamil said...

game st makin lame hilang rentak..
hendaklah diperbaiki dengan segera.. moga tahun 2011 mencapai satu kejayaan untuk ST