Friday, October 29, 2010

Street Team 14 vs 16 Team Segambut Merah

Street Team vs Team Segambut Merah
28 Oktober 2010 Khamis 10.00malam Court Merah, Segambut
  • setelah berkurun keras, akhirnya terupdate juga blog team futsal kami ini.
  • bukanlah menyepikan diri atau mengkuburkan impian team kami, tetapi masing-masing sibuk dengan komitmen duniawi yang tak pernah habis. dengan hal kerja sampai hulu puak maori, dengan karenah bercinta dan bertasbih tak henti-henti. haiii manusia..manusia
  • ok, sebelum story pasal apa yang dah berlaku sebelum ini. kita dengar dulu story pasal game malam tadi.
  • player main: adihafiz, ilma, faiz, kamil, lan, umar, boy & acap. ok kalau ada awek-awek hot yang follow blog ni sure perasan ada 2 nama tak pernah dengar kat situ. umar & acap.
  • firstly, umar & acap tak hot ok. so awek-awek cute, stay kan fokus kepada player lain macam biasa. jangan berubah paksi.
  • 2 player baru kononnya nak membentuk team harimau muda. tapi for better, maybe akan diserapkan sekaligus dalam team sedia ada. bergantung kepada perbincangan ahli-ahli majlis mesyuarat tingkap.
  • selepas warm-up ala-ala team liga perdana bentong tengah, game start sedikit lewat dari pukul 10. standard lah kan janji melayu.
  • 1st 5: ilma (keeper), adihafiz, lan, kamil, faiz. ilma mengada-ngada nak main keeper. kononnya teruja tengok aksi joe hart. poyo ok!
  • game berhati-hati dipamerkan pada permulaan. tempo semakin laju namun bola masih berlegar-legar di kaki player sahaja, masih belum ada shooting-shooting berapi yang keluar hingga minit ke 10-15 permainan.
  • gol pertama pihak lawan, oleh kerana adihafiz lari meninggalkan posisi belakang kanan team. memberi ruang opponent through ball kepada flank kiri yang seterusnya melakukan shooting rendah yang menewaskan joe hart poyo.
  • komen individu:
  1. kamil: ini lah kamil yang kami kenali. larian deras menewaskan pemain lawan namun bila one by one, bergoyang telur hingga kadangkala sukar menewaskan penjaga gol lawan. tapi kalau kamil main macam ni setiap kali game,pehh! memang sangat menggembirakan ilma, yang berharap sangat ada pengganti kamil & aqil. dah ketandusan penjaring team ni....
  2. faiz: 1 perkara yang patut diketahui, tolong jangan jerit nama faiz bila dia main. dia jadi cuak.haha! oleh kerana takda yang emo dengan faiz, maka game dia lebih tenang dan boleh mengawal bola walaupun dalam keadaan pressure dari opponent. good improvement. teruskan usaha.
  3. boy: kehadiran boy sangat membantu, dengan ketidakcukupan or ngam2 player. seterusnya memberi nyawa kepada team. game boy macam biasa, simple pass dan larian rotate. cuma datuk bandar tak masuk kerja harini.
  4. lan: mungkin sebab penat or tak sihat. lan macam agak lost. selalu tertinggal opponent, dan bila hilang bola dia agak lambat untuk turun. sesuatu yang jarang berlaku kerana lan memang dikenali dengan workrate yang super duper tinggi. masih mengekalkan shooting jarak jauh yang berbisa, kucai makin drop lah level pasni....namun ada 1,2 shooting yang agak ambitious, tersasar ke lapang sasar golf subang.
  5. acap: player baru yang mempunyai fizikal macam swedish ibrahimovic, cuma main masih level adik-adik daudsu. size ada, control ball boleh..cuma put a bit of speed,pehh! sure letop. dia masih agak blur dengan system of play tapi dia tak tahu yang semua orang lain pon blur jugak..hahaha main lari je asal jadi. 2 benda kalau dapat, speed & shooting. sure lepasni kau letop dude! ok dah puji, swimming free :))
  6. umar: tolong aa weh, nama panggilan mar mar....nak sama dengan ilma.gila tak cool.haha. umar & acap sebenarnya dah join kami untuk 2,3 friendly dan game sebelum ini. cuma sebelum ini, kamil selalu cakap macam lembik je budak ni. tapi game ini, umar telah mengeluarkan hikmat-hikmat yang selama ini disembunyikan di kedai roti canai abu pandan mewah. (selamba aku promote abu, pasni roti canai free)...ok dah nampak lebih confidence. aku pon tak tahu lah game kalini nampak player2 lebih confidence walaupun dah lama tak main futsal sama-sama.mmmm.....ok kelebihan umar, dia boleh guna dua-dua kaki, pehh bajet iniesta. 2,3 gol dijaringkan oleh umar dengan shooting dan 2,3 lagi dengan larian dan tap depan gol. maknanya dah boleh baca movement of play. keep it up!
  7. ilma: overall biasa saja. nampak penat dengan asyik-asyik minta keluar...mungkin banyak kerja kot di office baru. main keeper pon bolehlah, bidan terjun. tapi acap keeper lagi baik. dah la mar, kau main player jela.
  8. adihafiz: berat doh kau! tolong aa. cuma adi mempunyai control ball yang baik & no doubt, shooting dia deras dan accuracy yang baik. eh apesal aku puji plak mamat store ni. game ni adi overall biasa saja, reading of the game ada cuma badan berat so lambat lah sikit pergerakan dia. kenderaan berat sila ikut kiri.
  • ok done untuk game kalini. opponent kali ini team dah selalu main futsal, dengan player-player state mereka. so no doubt, game mereka organize dan player-player yang fit bapak ah. nice game!
  • score tu aku pon tak sure, rasanya kami kalah kot. cuma mungkin tak tepat dan tak ada zarif manager untuk kira score dan note siapa score. so habis kat situ jela cerita dia....
  • cuma goal of the day-->> bak kata lan aa, bukan ilma cakap sendiri. ilma score volley lah yang paling lawa. chip dari kiri padang oleh lan/boy, terus ilma volley ala-ala paul scholes (eh apahal MU player plak)...ala-ala fandi ahmad. pehh hensem! ok dah, kamil tak suka puji ilma banyak-banyak.
  • so jumpa lagi next game, next tournament or maybe next post...or next year. siapa jaga FB street team sekarang eh???