Sunday, December 26, 2010

Edisi post tutup kedai 2010

Street Team vs TKI
16 Disember 2010
Khamis, 9.00 Malam
Court 150, JPS Ampang
  • Friendly game last minit yang berjaya diarrange kan oleh pihak pengurusan Street Team. Ada ke pihak pengurusan?? hahaha (pihak pengurusan tu -- ayat bajet team organized lah)
  • Opponent ilma yang arrange, member-member dia katanya. mostly set-set pantai timur.
  • Player ST: adihafiz, umar, apek, faiz, felany, ilmar, lan, awin (keeper) & hanif. awin & hanif 1st time join kami friendly. muka baru yang didedahkan dengan dunia fantasi street team.
  • Ulasan game, bosan. tak ada gerakan futsal yang menarik untuk ditonton mahupon untuk diperbahankan di blog ini.
  • Masih lagi dengan skil tahan bola tak kena, skil malas turun or cover tempat dan skil-skil lain yang sama waktu dengannya.
  • Overall, keputusan ST menang game ini. cuma kemenangan ini bukanlah perlu dibanggakan kerana team lawan bukanlah team yang every week main.

Street Team vs Salam FT 22 Disember 2010 Rabu, 9.00 Malam Court 3, Challenger Kepong

  • Game terakhir ST untuk 2010. diarrange kan oleh ilma, menerusi contact di gofutsal. terima kasih Fadil dari Salam FT.
  • Player main: adihafiz, felany, faiz, umar, apek, syafiq, ilma & awin (keeper). Player tak main tak perlu lah kot nak ulas. kredit dah penat habiskan text sorang-sorang, dah susah-susah arrange game awal-awal. tapi benda nak jadi camtu kan....apa boleh buat. (ceciter..ceciter) malas lah nak citer, masing-masing tahu komitmen masing-masing kan.
  • Keputusan game, tewas 10-7. Penjaring tak pasti, tapi kata wan felany dia banyak score. biasalah, top striker menggantikan kekosongan striker 'kepentingan' kami.
  • Ulasan game: rasanya masa mula-mula kita setup team ni, lagi bagus kot dari kita main malam ni. cuba masing-masing rasa dan amati sendiri.
  • Cuma untuk game kalini, nampak lah yang wan felany cool-cool control bola...tapi dengan gol, pehh sepak ragbi.
  • Umar, kelam kabut. macam kamil...tapi kamil kelam kabut kat atas, umar kelam kabut kat bawah. beterabur...tapi baguslah ada player baru yang attitude macam ni, nak cover semua tempat. cuma by time, harap umar dapat belajar tutup ruang (adi tolong ajar eh...hehe). sebab futsal ni kalau main court kecik, mana sangat player tu nak pergi. kalau kita semua buat kerja, senang jadinya.
  • syafiq pandan mewah ok, cuma maybe tak sihat. so agak lemau di akhir-akhir permainan.
  • awin banyak mengagalkan...bukan cubaan pihak lawan. tapi mengagalkan cubaan menyelamatkan pintu gol sendiri. aksi-aksi meninggalkan goal post kerap kali dilakukan. mungkin boring sebab tak dapat lepak cc. (apa pon terima kasih awin, selaku keeper bidan terjun) -- dah 18 keeper, takda yang lekat. boleh faham tak kenapa kawan-kawan??? hehehehhe
  • Ok so tutup buku 2010. buat conclusion sendiri. untuk 2011 (kalau ada lagi), set target sendiri. kalau nak team ni takat main friendly, kawan-kawan, suka-suka saja...ok fine, kita boleh mula balik dari situ.
  • Have fun year end, joys to come year ahead. Assalamualaikum.

Thursday, December 9, 2010

Street Team vs KKM Selangor

Street Team vs KKM Selangor
8 Disember 2010 Rabu 10.00malam Court Biru, Segambut
  • Kesudahan score: KKM Selangor menang 1 gol. Tak pasti exact scoreline, tukang kira cuti rehat atas sofa.
  • Player main: Adihafiz, ilma, kamil, felany, faiz, lan, jid (keeper), umar, apek & shafiq.
  • Jid (keeper) & shafiq rasanya baru 1st time join kami untuk friendly match. Dalam usaha kami menambah pemain pasukan ini. Ada sapa-sapa lagi nak join tak??
  • Macam mana ehh nak komen game ni?? hilang rasa nak bergurau la plak, kena serius sikit kalini.
  • Overall pada aku, bad game kot. Maaf ye kawan-kawan.
  • Guys, simple...futsal & bola padang berbeda (ingat tu!). Dimana perbedaan dia? sama saja kann..lari,bola bulat,sepak,gol...
  • Bukan itu, tapi movement/pergerakan. movement of play & movement of player. (malas pulak aku nak elaborate, seolah-olah aku dah main futsal wakil NS Chempaka je plak)
  • Tapi aku cakap ni sekadar untuk share lah kawan-kawan, aku tahu korang baca. Ambillah mana baik, kaji balik pastu, praktikkan. video-video kat youtube banyak, internet banyak info. sama-sama majukan diri untuk kebaikan team ni juga kan...
  • Movement tu pada aku, tak kira samada bola ada di kaki kau atau tidak, kau mesti tahu dimana patut berada. ya, mungkin difikirkan penat, kadang kita leka...tapi percayalah, game kita akan lebih baik kalau masing-masing faham & buat kerja kita. Barcelona,Arsenal tak akan main secantik tu kalau player dia tak berada di tempat yang betul. Messi sorang dalam Barca takkan mungkin hebat kalau teammates dia tak reti nak bantu.
  • Main bola, kita attack ruang! ingat tu (ruang, ruang, ruang)...jadi kalau tiada ruang macam mana nak attack?? kalau player duduk belakang orang, stay setempat bila kena mark...macam mana nak tercipta ruang??
  • Dah la kot sharing tu, sikit-sikit je aku dapat bagi. pandai-pandailah kita fikirkan. semua nak A!
  • Player: personally, aku puas hati dengan player baru - shafiq, umar, apek, jid. Player senior - kita dah main sama dah lama dah kot. cakap benda yang sama, buat benda yang sama. mungkin expectation aku tinggi sangat kot. takpelah kita sama-sama ada salah, sama-sama lah bantu membantu ye.
  • Sekian dah kot ulasan kalini. next week ada game lagi, harap ada perubahan. sabtu ni kita cuba ok!