Thursday, December 9, 2010

Street Team vs KKM Selangor

Street Team vs KKM Selangor
8 Disember 2010 Rabu 10.00malam Court Biru, Segambut
  • Kesudahan score: KKM Selangor menang 1 gol. Tak pasti exact scoreline, tukang kira cuti rehat atas sofa.
  • Player main: Adihafiz, ilma, kamil, felany, faiz, lan, jid (keeper), umar, apek & shafiq.
  • Jid (keeper) & shafiq rasanya baru 1st time join kami untuk friendly match. Dalam usaha kami menambah pemain pasukan ini. Ada sapa-sapa lagi nak join tak??
  • Macam mana ehh nak komen game ni?? hilang rasa nak bergurau la plak, kena serius sikit kalini.
  • Overall pada aku, bad game kot. Maaf ye kawan-kawan.
  • Guys, simple...futsal & bola padang berbeda (ingat tu!). Dimana perbedaan dia? sama saja kann..lari,bola bulat,sepak,gol...
  • Bukan itu, tapi movement/pergerakan. movement of play & movement of player. (malas pulak aku nak elaborate, seolah-olah aku dah main futsal wakil NS Chempaka je plak)
  • Tapi aku cakap ni sekadar untuk share lah kawan-kawan, aku tahu korang baca. Ambillah mana baik, kaji balik pastu, praktikkan. video-video kat youtube banyak, internet banyak info. sama-sama majukan diri untuk kebaikan team ni juga kan...
  • Movement tu pada aku, tak kira samada bola ada di kaki kau atau tidak, kau mesti tahu dimana patut berada. ya, mungkin difikirkan penat, kadang kita leka...tapi percayalah, game kita akan lebih baik kalau masing-masing faham & buat kerja kita. Barcelona,Arsenal tak akan main secantik tu kalau player dia tak berada di tempat yang betul. Messi sorang dalam Barca takkan mungkin hebat kalau teammates dia tak reti nak bantu.
  • Main bola, kita attack ruang! ingat tu (ruang, ruang, ruang)...jadi kalau tiada ruang macam mana nak attack?? kalau player duduk belakang orang, stay setempat bila kena mark...macam mana nak tercipta ruang??
  • Dah la kot sharing tu, sikit-sikit je aku dapat bagi. pandai-pandailah kita fikirkan. semua nak A!
  • Player: personally, aku puas hati dengan player baru - shafiq, umar, apek, jid. Player senior - kita dah main sama dah lama dah kot. cakap benda yang sama, buat benda yang sama. mungkin expectation aku tinggi sangat kot. takpelah kita sama-sama ada salah, sama-sama lah bantu membantu ye.
  • Sekian dah kot ulasan kalini. next week ada game lagi, harap ada perubahan. sabtu ni kita cuba ok!

No comments: