Monday, March 18, 2013

Nantikan kemunculan ST dengan wajah baru

Assalamualaikum semua, Street Team akan kembali secara rasmi bermula pada bulan April 2013 ini dengan Muka Baru, Imej Baru dan Corak permainan yang baru. Kepada STALKER2 yang ader team boleh la mula berhubung terus dengan kami di FACEBOOK, EMAIL OR GO FUTSAL atau boleh terus hubungi kami. Sekian

Saturday, November 10, 2012

ST kembali buat kali kelapan

  • Macam chipsmore kann team ni..kejap ada kejap takde.
  • Mungkin bukan kali kelapan to be exact, tapi camnilah kami...buat comeback lagi setelah lama menyepi.
  • It has been getting tough untuk cope dengan banyak team futsal sekarang. Masing masing makin hebat, budak budak lepas sekolah semua main skillfull & laju cam Kamil. So kami decide untuk concentrate more kepada main friendly sahaja.
  • Kami dah masuk ke category bapak budak campor brader brader (adalah dua tiga peringkat remaja, tapi sorang dah lebih muatan..kann), so kalau team anda amatur ala pakcik pakcik..moh le kite friendly yob!
  • Ada 2 friendly setelah ST comeback kalini.
    • 1. vs Unit Kecemasan, Hospital Ampang
    • 2. vs Team Afiq, Merah Batik..ke alas meja (MU lah senang)
  • Friendly pertama, Kamil setting. Reunion match katanya. Yang main: Lan, Zarif, Aqil, Wan Felany, Ilma, Kamil, Adihafiz, Apek, Syafiq Pandan Mewah, Shafiq Su & Kucai.


  • Kami menang dengan beza 10 gol rasanya. Lost count, semua busy terutama kucai, busy assist katanya.
  • Friendly kedua, Adi setting. Lawan team kawan dia nama Afiq, player presiden KL.
  • Kami menang dengan beza 5 gol. Team ni banyak tenaga dan game ni agak high tempo berbanding 1st game lepas.
  • Overall, kemenangan bagi aku penting. Ia meninggalkan rasa best jauh dalam sudut hati kau...afterall lepas kau susah payah, lari sana sini, to win is a good medicine untuk cure rasa penat tu.
  • Memandangkan baru setting team balik, so takde nak banyak komen sangat lah.
  • Cuma...(mesti ada punya komen)....cuma aku rasa satu perkara ni kalau korang buat, mudahkan sikit korang lah kot. Well benda tu memudahkan aku so aku tergerak nak bagitau supaya korang mencubanya....benda itu adalah 'menutup mengikut logik'
  • Itu bukanlah tajuk cerita atau pepatah melayu. Menutup mengikut logik mengikut apa yang aku faham selama ni, adalah kau harus tutup satu ruang dalam masa yang sama membuka ruang yang lain. Dengan logik akal, opponent aku pergi ke ruang yang dibuka. Sounds simple kann?
  • Aku perhatikan kita entahlah samada tak larat atau tamak, sebab kita selalu bergelut nak cover semua ruang. Walhal kita boleh gunakan teknik diatas untuk memudahkan kita & secara tak langsung, mengurangkan pergerakan/larian yang tak perlu. So kurang penat
  • Contoh: opponent pegang bola. kau facing opponent. kanan kau jaring tepi court. kiri kau ruang permainan. Pilih satu ruang, tutup dan make your opponent pergi ke satu ruang lagi. Sambung contoh tadi, kau tutup ruang kanan, so ruang kiri akan terbuka. Kalau sistem 2 player atas 2 player bawah, bila kau dah tutup kanan...kawan lagi sorang akan masuk ke tengah sedikit. What happened then?
  • Opponent kena buat skill through ball yang macam iniesta atau pun dia akan pass ke kawan dia di hujung belah kiri. Teori yang sama juga kita guna pakai apabila bola di sebelah kiri. Kawan kita akan tutup sampai hujung kiri, kita di kanan akan masuk ke tengah sikit.
  • Bila mana bola itu opponent berjaya go through maknanya kau kena buat kerja lagi, jangan jalan lenggang kangkung. Tapi bila opponent dah pass back to keeper dia, kau dikira menang 1vs1 tu.
  • Panjang aku cerita tu..faham suku pon jadilah ye
  • So sekarang nak cerita serious sikit...aku suka end of story dengan kisah teladan. Sebab kita ni selalunya aware part mula cerita, pastu part klimaks dan end of story je, part lain tido pon takpe...
  • Masa ST berhenti main untuk seketika sebelum ni...aku personally tak rindu pon nak main futsal. tak rindu pon nak kangkang opponent, nak score goal, nak menang match dan seumpamanya
  • Benda paling lost aku rasa adalah aktiviti kekawanan kita. Ye betol kita still lepak, main basikal, blah blah blah sesama...tapi ada something dalam team futsal ni yang buat aku rasa ada benda missing masa tu.
  • So aku found out that...perkara yang kita pernah put an effort onto it, adalah perkara yang sangat bernilai dalam hidup kita. benda tu akan hilang juga satu hari nanti bilamana masing masing dah bekeluarga dan duduk jauh jauh. Tapi bilamana kita masih boleh menikmati perkara tu bersama, aku rasa rugi kalau kita tak buat benda tu.
  • Contoh lah, kita ada ibu bapa. kita tahu satu hari nanti, mereka pasti akan pergi meninggalkan kita...atau kita pergi dulu. Ambil masa fikirkan, kalau kita tak buat benda baik untuk mereka hari ini...bila lagi? sementara kita ada peluang untuk berbuat begitu...jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja.
  • Steady huh (ayat Thong dalam Kepong Gangster)

Tuesday, April 10, 2012

ST vs TM Selangor

Street Team vs TM Selangor
10PM 5 April 2012
Sport Planet Ampang (Court 5)
  • First of all, sorry sebab tak dapat datang friendly game haritu diatas alasan alasan yang mementingkan diri sendiri. Tu yang lambat sikit update blog sebab collect info dari kawan kawan yang datang game haritu.
  • Player yang main: Wan Keeper, Zul, Kamil, Shafiq Kamil, Shafiq Adi, Adihafiz, Faiz & Member Faiz. Ilma & Apek datang tapi tak main sebab injury, sorang hamstring poyo & sorang lagi kaki belubang jatuh motor masa amik kona simpang berpasir.
  • Salah satu tak tahulah kelebihan ke kelemahan, tapi ST ni jenis start-start je terus masuk gear 4. Takde main rilek rilek, so amatlah penting untuk warm up ye bagi memastikan keadaan tubuh badan (especially jantung) dalam keadaan ready to play. Boleh rujuk Coach Adi untuk maklumat lanjut, dia sains sukan dapat A masa SPM.
  • Dari apa maklumat yang diperolehi, pujian harus diberikan kepada Faiz. Ramai mengatakan ini game terbaik dipersembahkan Faiz. Ada confident pegang bola, tahu mana nak pergi & Faiz juga yang membuka jaringan friendly ni dengan sepakan padu dari tengah padang.
  • Kamil & Shafiq adik ipar dia, walaupun tak nampak serasi main pair di depan tapi dua-dua boleh diharap dengan speed yang baik. Apabila forward kita dah press defender opponent, usually player opponent akan tend to make mistakes...which is happened a lot dalam game ini.
  • Shafiq Adi atau Shafiq Pandan Mewah walaupun lama dah tak main dengan ST tapi masih dapat menunjukkan keserasian yang baik. Bermula dengan permainan agak gementar mungkin sebab takot dengan Kamil yang agak stress, mungkin kerana Kamil amat inginkan kemenangan dalam game ni.
  • Sekali lagi tahniah buat ST, sebab 2 tahun berturut friendly dengan TM Selangor dan menang. Last year main tanpa Ilma & this year pon main tanpa Ilma, dah boleh bersara dah kot hahaha
  • Last but not least, you see when people playing to win - lihat contoh Kamil & Adi. Mereka tend untuk play above their limit. Which is result to Kamil agak stress & Adi sampai injured. Tapi ia adalah risk yang lots of orang nak berjaya ambil. Kalau nak berjaya kena usaha lebih. Mungkin kita gagal hari ini tapi orang berjaya tak jumpa perkataan putus asa dalam kamus dia.
  • Cuma orang yang lebih berjaya ialah bila dia dapat kawal diri dalam apa jua keadaan. Kalau dia suka, dia tak terlalu suka. Kalau dia marah, dia boleh kawal marah dia. Kalau dia sedih, dia tak terlalu sedih. Dapat apa aku cuba sampaikan?
  • Ni lah jadinya bila post dibuat pada keadaan mood tak mari...nak membahan pon tahan tahan. nak memuji pon tesekat sekat.
  • Ok result: ST menang 10-6. Kbai

Monday, March 19, 2012

Posting semua dalam satu

  • Oleh kerana hidup aku dah makin sibuk dengan hal hal duniawi yang entah untung entah tidak. Jadi blog memang low prioriti dalam ranking hal hal duniawi aku...langsung diabaikan begitu saja.
  • Maafkan aku ye buat kengkawan yang ternanti nanti dipuji mahupon dibahan secara ikhlas dalam blog ni. Sebenarnya bukan bahan, cuma menambah seri blog. Kengkawan pon semua faham antara bahan gurau senda dengan bahan nak drop orang :)
  • Maaf juga buat peminat peminat blog ni yang ternanti nanti posting baru. Sampaikan ada yang email kami tanyakan kenapa blog lama senyap..ada yang sms player ST cakap "updatelahh blog" dan sebagainya.
  • Kami akui blog ini tak lah se hot blog hanis zalika mahupon najwa latif yang nyanyi lagu kosong tu...sekali lagi kami tegaskan, blog ini cuma kumpulan cerita cerita pengalaman main futsal sekumpulan jejaka hensem (mungkin ada 1,2 tak hensem sangat hahaha) yang dicoretkan untuk kisah sejarah kami sebagai ST. Like we always said "nanti adalah benda nak story kat anak anak cucu..." & macam kami suka katakan "blog ni bukti kami pernah berkawan baik, ada team futsal walau tak berapa gempak macam brabus...pernah suka duka sesama" (touching kan..memang jiwa bunga bunga aku ni. akibat novel tepi pulau perhentian lah ni)
  • Maaf juga kepada stalker blog ni mahupon stalker team ST (Kalau ada hahaha)....kami suka distalk untuk tujuan yang baik. Cuma kalau anda represent diri anda & berkawan dengan kami..trust me, kami ni takda rekod jenayah makan orang. Lets be friend :)
  • Ada few friendly yang termiss untuk posting, berikut adalah list friendlynya:
  1. vs Team Celcom AI, SP Ampang = Menang
  2. vs Team Kawan Adi, Sports Affair = Menang
  3. vs Falcons FC (Team Boy), Centermart = Kalah (1st time pakai jersi baru)
  4. vs Team Wafi + Kawan Ilma, Sports Affair = Menang
  5. vs Team Kawan Faiz, SP Ampang = Menang
  • Paling latest, lawan team kawan faiz (Selayang Merah) iaitu semalam 18/03/12...kami menang result 17-9. Opponent yang baik, mempunyai player player yang boleh shooting dengan BAEKK. Mujur Wan Keeper kembali mempamerkan aksi aksi tangkas sepertimana ketika mula mula menyarung jersi ST satu ketika dulu. Mungkin kecederaan siku & tangan dah baik..Tahniah Wan!
  • Wan Felany amat dirindui..jauh di perantauan, berjuang mencari rezki di Offshore Sarawak tak silap. Semoga selamat & pulang membawa ole-ole..eh silap pulang membawa kejayaan!
  • Aqil dah kembali secara full time sekarang, satu motivational addition untuk ST. Kemahiran, keskillan & kekelantanan nya adalah diperlukan untuk membantu ST, memandangkan beliau mempunyai pengalaman luas bermain liga futsal professional...kalau bola padang tanya Adihafiz, dia power bola katanya :))
  • Zarif, tenaga belakang tabir yang sememangnya banyak membantu ST dalam & luar padang. Dalam padang, walaupun bukan beliau yang turun bermain tetapi beliau lah yang membantu dengan arahan arahan kemas di tepi jaring court. Itu sesuatu yang amat diperlukan pemain pemain...kerana penjaga gol ST, dari Wan Keeper - Zul - Khairil semuanya menyimpan mutiara di celah gigi, takot terkeluar mutiara amatlah rugi. OOOPS lupa, zarif ada bermain sebagai player semasa friendly dengan team Wafi + kawan ilma...Dan beliau menjaringkan 1 gol (pehhh)...tetapi (ada tetapi tau) mensia-siakan lebih dari 1 peluang hahaha
  • Lan, Kamil, Apek, Ilma, Faiz, Adihafiz....adalah pemain tetap ST yang kerap turun di friendly dan membantu ST dalam & luar padang. Jersi baru dah ada tulis nama STREET TEAM jadi semua kita adalah secara automatik dilantik jawatan PEGAWAI PEMASARAN untuk ST (Gaji ikhlas..)
  • Jadi pakailah baju tu ke tempat tempat yang elok, sebab anda membawa nama ST. Kalau didapati ada yang memakai baju tu tetapi kelihatan merempit mencelah kereta sambil dibonceng awak pakai skirt (confirm kami pecat dari ST, yes! diktator), juga jika berpeleseran di chowkit mencari hiburan 2 alam (confirm makk terajang kau nyahh).
  • Pakai lah masa korang pergi main futsal dengan kawan-kawan korang, masa korang pergi training bola padang....masa pergi sukan sekolah, masa pergi keluar beli kasut kat al-ikhsan. Nanti kalau orang tanya, team apa ni bang ---> senyum, tarik nafas...(sebut pelan pelan) "team futsal abang dikk".
  • Mungkin kalau korang nak pakai pergi masjid pon boleh, cuma kalau korang jadi imam..takot makmum belakang dari rakaat pertama dah tertanya-tanya "team apa pulakk imam niii...".
  • Kesimpulannya, pakailah bila korang nak pakai..baju korang, duit korang, lantak korang lahh hahaha. Cuma kalau nombor cabut, logo cabut, jersi koyak...bolehlah claim balik kat ilma. Dia memang ada sediakan bajet repair baju & banyak masa terluang nak layan sebarang claim korang, cuma sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.
  • Sekian, OKbai

Wednesday, January 18, 2012

Opening match 2012. (Rematch)

Street Team vs Dark Army FC
Sports Affair, Cheras Hartamas (Court near entrance)
11pm 17 Januari 2012

  • Jarang dengar ST buat rematch kan? Ok rematch bukanlah sebab last time kalah, tapi sebab dah sangap sangat nak futsal...3 minggu stop sebab takde opponent. pehh sengal kaki bro.
  • Gambar diatas saja upload tanpa sebab. Boring je tengok blog takde gambar, tulis je manjang. Tak menarik kot.
  • So game vs Dark Army disetting oleh ilma. Dia dah add friend dengan kapten Dark Army FC :)
  • Players ST yang main: Wan Keeper, Lan, Ilma, Adihafiz, Faiz, Aqil "Kelate", Apek, Member Faiz (Fazli & Wan). Aqil Kelate kerana menggunakan kemudahan rakyat negeri kelantan barangkali :))
  • Wan Felany kat offshore lagi, Kamil study exam, Kucai -- msg macam nak datang tapi _____ (sila isi tempat kosong).
  • Awal permainan yang tenang, kecekapan penjaga gol ST di awal permainan iaitu ilma bolehlah dipuji. Menyelamatkan beberapa percubaan pihak lawan. Kemudian digantikan dengan Wan Keeper yang sampai agak lewat kerana sangkut jem orang repair jalan di plaza phoenix.
  • Wan Keeper datang bertiga ye kali ni...untuk makluman yang belum tahu, nama hero dia: Muhammad Kahfil (Betulkan kalau aku silap ye)...tapi jangan tambah Bin Wan Keeer pulakk...Bin Redzuan.
  • Aqil beraksi dengan skil tarik tarik bola yang takde pemain ST yang lain mampu tiru. Mungkin Wan Felany ada praktis kat offshore skill tarik tarik tu.
  • Leading pada satu tahap tetapi kemudian disamakan & terus ketinggalan 2 gol kerana kelalaian pemain ST atau boleh juga kerana "dah penat tapi taknak keluar jugak". Pemain atas padang masa tu: Adihafiz, Apek, Faiz, Aqil..hah jawab!
  • Kesudahan game draw 8-8. Last gol dijaringkan oleh Lan dengan satu rembatan kencang melepasi jangkauan penjaga gol baju oren pihak lawan.
  • Nasihat: dah nampak berat weh kita. terutama ______ (sila isi tempat kosong).
  • Baik: nampak lah gerakan gerakan 1,2 yang menarik.
  • Perbaiki: bila attack jangan menggelabah sampai orang last pon nak naik atas sangat.
  • Kesimpulan: dapat kalendar Bank Islam percuma (terima kasih Wan Keeper)