Saturday, November 10, 2012

ST kembali buat kali kelapan

  • Macam chipsmore kann team ni..kejap ada kejap takde.
  • Mungkin bukan kali kelapan to be exact, tapi camnilah kami...buat comeback lagi setelah lama menyepi.
  • It has been getting tough untuk cope dengan banyak team futsal sekarang. Masing masing makin hebat, budak budak lepas sekolah semua main skillfull & laju cam Kamil. So kami decide untuk concentrate more kepada main friendly sahaja.
  • Kami dah masuk ke category bapak budak campor brader brader (adalah dua tiga peringkat remaja, tapi sorang dah lebih muatan..kann), so kalau team anda amatur ala pakcik pakcik..moh le kite friendly yob!
  • Ada 2 friendly setelah ST comeback kalini.
    • 1. vs Unit Kecemasan, Hospital Ampang
    • 2. vs Team Afiq, Merah Batik..ke alas meja (MU lah senang)
  • Friendly pertama, Kamil setting. Reunion match katanya. Yang main: Lan, Zarif, Aqil, Wan Felany, Ilma, Kamil, Adihafiz, Apek, Syafiq Pandan Mewah, Shafiq Su & Kucai.


  • Kami menang dengan beza 10 gol rasanya. Lost count, semua busy terutama kucai, busy assist katanya.
  • Friendly kedua, Adi setting. Lawan team kawan dia nama Afiq, player presiden KL.
  • Kami menang dengan beza 5 gol. Team ni banyak tenaga dan game ni agak high tempo berbanding 1st game lepas.
  • Overall, kemenangan bagi aku penting. Ia meninggalkan rasa best jauh dalam sudut hati kau...afterall lepas kau susah payah, lari sana sini, to win is a good medicine untuk cure rasa penat tu.
  • Memandangkan baru setting team balik, so takde nak banyak komen sangat lah.
  • Cuma...(mesti ada punya komen)....cuma aku rasa satu perkara ni kalau korang buat, mudahkan sikit korang lah kot. Well benda tu memudahkan aku so aku tergerak nak bagitau supaya korang mencubanya....benda itu adalah 'menutup mengikut logik'
  • Itu bukanlah tajuk cerita atau pepatah melayu. Menutup mengikut logik mengikut apa yang aku faham selama ni, adalah kau harus tutup satu ruang dalam masa yang sama membuka ruang yang lain. Dengan logik akal, opponent aku pergi ke ruang yang dibuka. Sounds simple kann?
  • Aku perhatikan kita entahlah samada tak larat atau tamak, sebab kita selalu bergelut nak cover semua ruang. Walhal kita boleh gunakan teknik diatas untuk memudahkan kita & secara tak langsung, mengurangkan pergerakan/larian yang tak perlu. So kurang penat
  • Contoh: opponent pegang bola. kau facing opponent. kanan kau jaring tepi court. kiri kau ruang permainan. Pilih satu ruang, tutup dan make your opponent pergi ke satu ruang lagi. Sambung contoh tadi, kau tutup ruang kanan, so ruang kiri akan terbuka. Kalau sistem 2 player atas 2 player bawah, bila kau dah tutup kanan...kawan lagi sorang akan masuk ke tengah sedikit. What happened then?
  • Opponent kena buat skill through ball yang macam iniesta atau pun dia akan pass ke kawan dia di hujung belah kiri. Teori yang sama juga kita guna pakai apabila bola di sebelah kiri. Kawan kita akan tutup sampai hujung kiri, kita di kanan akan masuk ke tengah sikit.
  • Bila mana bola itu opponent berjaya go through maknanya kau kena buat kerja lagi, jangan jalan lenggang kangkung. Tapi bila opponent dah pass back to keeper dia, kau dikira menang 1vs1 tu.
  • Panjang aku cerita tu..faham suku pon jadilah ye
  • So sekarang nak cerita serious sikit...aku suka end of story dengan kisah teladan. Sebab kita ni selalunya aware part mula cerita, pastu part klimaks dan end of story je, part lain tido pon takpe...
  • Masa ST berhenti main untuk seketika sebelum ni...aku personally tak rindu pon nak main futsal. tak rindu pon nak kangkang opponent, nak score goal, nak menang match dan seumpamanya
  • Benda paling lost aku rasa adalah aktiviti kekawanan kita. Ye betol kita still lepak, main basikal, blah blah blah sesama...tapi ada something dalam team futsal ni yang buat aku rasa ada benda missing masa tu.
  • So aku found out that...perkara yang kita pernah put an effort onto it, adalah perkara yang sangat bernilai dalam hidup kita. benda tu akan hilang juga satu hari nanti bilamana masing masing dah bekeluarga dan duduk jauh jauh. Tapi bilamana kita masih boleh menikmati perkara tu bersama, aku rasa rugi kalau kita tak buat benda tu.
  • Contoh lah, kita ada ibu bapa. kita tahu satu hari nanti, mereka pasti akan pergi meninggalkan kita...atau kita pergi dulu. Ambil masa fikirkan, kalau kita tak buat benda baik untuk mereka hari ini...bila lagi? sementara kita ada peluang untuk berbuat begitu...jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja.
  • Steady huh (ayat Thong dalam Kepong Gangster)