Tuesday, April 10, 2012

ST vs TM Selangor

Street Team vs TM Selangor
10PM 5 April 2012
Sport Planet Ampang (Court 5)
  • First of all, sorry sebab tak dapat datang friendly game haritu diatas alasan alasan yang mementingkan diri sendiri. Tu yang lambat sikit update blog sebab collect info dari kawan kawan yang datang game haritu.
  • Player yang main: Wan Keeper, Zul, Kamil, Shafiq Kamil, Shafiq Adi, Adihafiz, Faiz & Member Faiz. Ilma & Apek datang tapi tak main sebab injury, sorang hamstring poyo & sorang lagi kaki belubang jatuh motor masa amik kona simpang berpasir.
  • Salah satu tak tahulah kelebihan ke kelemahan, tapi ST ni jenis start-start je terus masuk gear 4. Takde main rilek rilek, so amatlah penting untuk warm up ye bagi memastikan keadaan tubuh badan (especially jantung) dalam keadaan ready to play. Boleh rujuk Coach Adi untuk maklumat lanjut, dia sains sukan dapat A masa SPM.
  • Dari apa maklumat yang diperolehi, pujian harus diberikan kepada Faiz. Ramai mengatakan ini game terbaik dipersembahkan Faiz. Ada confident pegang bola, tahu mana nak pergi & Faiz juga yang membuka jaringan friendly ni dengan sepakan padu dari tengah padang.
  • Kamil & Shafiq adik ipar dia, walaupun tak nampak serasi main pair di depan tapi dua-dua boleh diharap dengan speed yang baik. Apabila forward kita dah press defender opponent, usually player opponent akan tend to make mistakes...which is happened a lot dalam game ini.
  • Shafiq Adi atau Shafiq Pandan Mewah walaupun lama dah tak main dengan ST tapi masih dapat menunjukkan keserasian yang baik. Bermula dengan permainan agak gementar mungkin sebab takot dengan Kamil yang agak stress, mungkin kerana Kamil amat inginkan kemenangan dalam game ni.
  • Sekali lagi tahniah buat ST, sebab 2 tahun berturut friendly dengan TM Selangor dan menang. Last year main tanpa Ilma & this year pon main tanpa Ilma, dah boleh bersara dah kot hahaha
  • Last but not least, you see when people playing to win - lihat contoh Kamil & Adi. Mereka tend untuk play above their limit. Which is result to Kamil agak stress & Adi sampai injured. Tapi ia adalah risk yang lots of orang nak berjaya ambil. Kalau nak berjaya kena usaha lebih. Mungkin kita gagal hari ini tapi orang berjaya tak jumpa perkataan putus asa dalam kamus dia.
  • Cuma orang yang lebih berjaya ialah bila dia dapat kawal diri dalam apa jua keadaan. Kalau dia suka, dia tak terlalu suka. Kalau dia marah, dia boleh kawal marah dia. Kalau dia sedih, dia tak terlalu sedih. Dapat apa aku cuba sampaikan?
  • Ni lah jadinya bila post dibuat pada keadaan mood tak mari...nak membahan pon tahan tahan. nak memuji pon tesekat sekat.
  • Ok result: ST menang 10-6. Kbai