Thursday, December 31, 2009

Street Team 9 vs 5 Copa Del Ray

Street Team vs Copa Del Ray 30 Disember 2009 Rabu 10 malam Sports Planet Ampang (Court 5)

  • First of all, gambar hodoh sket ye kawan-kawan, sory. bukan sebab handphone chokia, tapi individu yang ambil tak ikhlas agaknye. :)
  • Kamil deal game, through gofutsal.com. thanx to amir from copa del ray.
  • Player line-up: Wan keeper, kamil, felany, shafiq teratai, ilma, faiz, kucai, adihafiz, lan. Kamil kapitan yang select first 5 untuk game kali ni yeh, dah mula terpancar aura kapten. go kamil!
  • Player tak hadir: mat bas (projek juta-juta complete by this week), zarif (pegi penang makan line clear), aqil (futsal felda)
  • 20 minit awal kedua-dua pasukan buntu mencari gol, keadaan ini dikenalpasti mungkin berpunca daripada kehebatan penjaga gol, kekentalan tiang dan palang gol beraksi, ataupun mungkin golpost ghaib untuk minit-minit awal permainan.
  • Setelah golpost kembali ke posisi asal, kucai membuka tirai jaringan dengan sepakan dari sudut kiri pasukan lawan. takdela cantik mana pon gol tu, tp as always first gol amatlah penting untuk kemunculan gol-gol seterusnya.
  • Shafiq teratai bersungguh-sungguh amik tiket bas dari penang jam 2 petang semata-mata untuk mempamerkan aksi kaki silang bola beliau di lantai futsal malam tadi.
  • Kamil yang baru pulang dari berjumpa awek upm, bersemangat berlari atas-bawah di bahagian kiri mengikut taktik diamond king. kelicikan beliau seolah-olah roh s.kunalan telah merasuk ke tubuhnya.
  • Lan pula banyak melakukan cubaan jarak jauh, ini mungkin kerana kucai telah menyerahkan ilmu sepakan peluru jurus ke 5 kepada lan.
  • Kesudahan: senarai penjaring: 2 gol: kucai, lan, kamil. 1 gol: felany, ilma, shafiq. 0 gol: adi, faiz (apa budak 2 ekor ni buat? boleh tak score, boleh hidop macam ni!)
  • Lagi satu kena improve: next time, less foul & sama sekali no sliding tackle ye sahabat-sahabat sekalian. dan jangan tiru aksi kucai, bila ole nak bising-bising. kan dah kena balik!
  • Huh lagi satu wahai pemain street team, kalau friendly dengan team orang yang tak dikenali -- janganlah stranger sangat. kenalah ramah mesra, ni sebelum start game masing-masing buat muka ketat (taula fokus). senyum sket, tegur-tegur. esok-esok team kita gak senang di masa hadapan.
  • Moral of the story, kenalah buat baik dengan sesiapa jua. sebab buat baik tu tak mendatangkan dosa. Panjang lagi aku boleh ceramah, tapi nanti faiz cakap aku nak rampas title ustaz dia. so aku stop kat sini dulu.
  • Buku friendly 2009 dah boleh ditutup. harap-harap buku 2010 tak cacat dan masih mengekalkan momentum kemenangan sepertimana flow pasukan bola sepak Malaysia.
  • Begitulah cerita episod kalini ini, sampai berjumpa lagi di minggu depan. tata :)

Sunday, December 27, 2009

ST 27 vs 7 Ex Player JUTA & Kilat

Street Team vs Ex-JUTA & Kilat
25 Disember 2009
Jumaat 10.00 malam
Sports 7 (Court 1)
  • Supposedly match vs Best Friends FC (MU Fan Club ??). Tapi last minit opponent cancel. So recovery plan, emergency team yang replace adalah ex player liga KL mostly team JUTA KL & Kilat KL. ilma deal game.
  • Game dimulai dengan upacara ala-ala black metal, iaitu court "black-out" selama hampir 30 minit. alasan tuan tanah katanya fius terbakar.
  • Player hadir: Kamil, wan gato, ilma, faiz, adihafiz, aqil & zarif (namun zarif tidak bermain kerana kaki kena virus big foot). Player tak hadir: kucai (reunion dengan awek-awek lama), lan (demam), wan keeper (bertunang), math (pegi sehati berdansa)
  • Kehadiran aqil menyemarakkan semangat kawan-kawan lain, namun abang dia sendiri tak semangat.
  • First 10-15 minit,tempo game agak pantas. larian beganti-ganti ala-ala 4x100m mula terpamer.
  • Taktik diamond, taktik lapan, taktik kosong, taktik rotate...hampir semua taktik yang wujud dalam kamus futsal adalah tidak dipamerkan....okela-okela ada sikit-sikit.
  • Penjaring gol: ilma 4 gol. yang lain malas nak kira, korang edit post ni sendiri. banyak lemak wan ni. (eh pesal wan plak??)
  • Tetapi statistik menunjukkan wan boy atau wan pato/gato tidak menjaringkan waima satu gol dalam permainan pada kali ini. Maka tahta top scorer berpindah milik kepada orang lain yang akan dimaklumkan setelah database pengiraan statistik dikemaskini.
  • Sekian laporan untuk kalini, kalau masa baca ni gambar belum ada maknanya kamil masih tehegeh nak crop gambar. Kalau dah ada, gambar adalah diambil oleh sekumpulan geng secara bersekutu.
  • Oh ya, untuk pertama kalinya Street Team memakai jersi warna kuning. Untuk makluman, jersi ini tidak ada kena mengena dengan Van Der Sar ataupun MU. Sila komen jersi kami jika sudi.
  • Have a nice day! Majulah sukan untuk negara :)

Saturday, December 19, 2009

ST 10 vs 2 Heitech Padu

Street Team vs Heitech Padu 17 Disember 2009 Khamis 12.00 malam HTO Subang USJ (Court 1)

  • ilma deal game. thanx capang from heitech padu.
  • Players main: kamil(c), wan boy, wan kecik, faiz, ilma, adihafiz, syafiq teratai, ki tom yam gung, yai.
  • Player tak datang: pacak (leg injury), zarif & aqil (balik kampung), mat (cari duit), lan (cuti-cuti malaysia ke penang)
  • Game on 12.10am: taktik diamond ala-ala kuala muda naza. perh!
  • Penjaring: 1 gol: kamil, wan boy, syafiq, yai. 2 gol: faiz, ilma, ki
  • Tak mau cite panjang, bukan malas tapi faiz tak bagi. haha
  • Overall, kejayaan tu tak dicapai dalam masa satu hari. ia memerlukan satu jangka masa. kelemahan harini adalah petunjuk kepada kesepakatan pada masa depan.
  • Game yang baik, semua player belari. tak ada yang curi tulang (berehat bersama kit-kat) ketika bola kat half kita. dan masa corner dah tau kerja masing-masing. taktik langgar opponent ala bulldozer pon dah kurang.
  • Cuma boleh improve dengan cuba setting dan shooting. Nice game mates!

Thursday, December 10, 2009

Street Team 16 - 14 Ex Selangor (President Cup & Sukma)

Street Team vs Ex Selangor (President Cup & Sukma) 2 Disember 2009 Rabu 11.30 malam The Challenger, Batu 5 Cheras-Kajang (Court 3)

  • Aidil kecik deal game main dengan geng dia. Mostly ex player sekolah projek, mssm selangor, sukma selangor dan piala presiden selangor.
  • Apa pasal street team bleh selamba berani nak main?? mula-mula tak tau lawan siapa, dah tau mula aa muka masing-masing bekerut nyesal.
  • Ok warm-up macam biasa, letop-letop shooting. Taktik bakar game.
  • Line up: Wan keeper, kamil (C), shafiq teratai, zarif, kucai, lan lalik, ilma, wan boy, faiz, adihafiz. Tidak hadir: shafiq pacak (busy study), mat bas (busy cari duit), aqil (terlibat dengan futsal felda)
  • Game start, 10 minit awal opponent control game. Game ST serba tak menjadi. Mungkin sebab lambat panas (eh so apa gunanya warm-up eh)
  • Shafiq teratai menggunakan taktik nak ikat tali kasut, lalu merampas bola dan menjaringkan opening goal. Goal yang membuka semangat. Shafiq juga dikhabarkan ada sorang akak cun. (eh ada kaitan ke dengan cite futsal)
  • Ok back to story, Kucai menampilkan persembahan penuh bertenaga setelah sign kontrak dengan ST. Rembatan-rembatan peluru tanpa kesian penjaga gol dilemparkan begitu sahaja.
  • Ketangkasan penjaga gol lawan seolah-olah iker casillas menampan percubaan demi percubaan pada minit-minit awal permainan.
  • Faiz yang tampil buat kali pertama setelah rasminya team ST, menunjukkan permainan acah-acahnye. Seringkali keliru dengan rasa hati dan percakapan orang luar. Mengejar pemain pihak lawan hingga ke lubang cacing adalah motto permainan beliau.
  • Wan felany atau lebih afdal dikenali sebagai wan boy, bertindak selaku penyerang utama. Menjaringkan gol demi gol dalam perlawanan kali ini. (Oh kasut ilma rupanya...)
  • Zarif masih kental di bahagian pertahanan walaupun tanpa kelibat adik di atas padang, beliau masih bersemangat waja menghenyak dan menghentam tubuh badan pihak lawan.
  • Wan keeper pon superb, banyak save bola-bola bahaya. Kemampuan beliau boleh diibaratkan seperti farizal marlias main keeper futsal.
  • Sape lagi aku tak cite ni...ha lan lalik. 1st time join futsal kami, seorang pemain yang mempunyai stamina yang tinggi. bekas kapten bola sepak sekolah. keje maintenance di building klcc. ada rxz merah sebiji. kasut futsal adidas.
  • Adihafiz, tak banyak bleh cite. dah memang bagus main, so orang lain mengharapkan sesuatu yang istimewa setiap kali dia beraksi. Tapi kali ini yang istimewa cuma awek dia dah berjaya kua dari kereta.
  • Ok overall, another good game. Bila dah 2 kali menang, kena expect better lah untuk 3rd game. Tahniah & good luck semuanya.

Tuesday, December 1, 2009

ST 16 - 7 Tasik

Street Team vs Tasik
23 November 2009
Isnin 10 malam
Sports Planet Ampang (Court 6)
  • Kamil deal game. Player yang turun beraksi hari kejadian: Kamil, Shafiq Teratai, Aidil Kecik, Kucai, Wan Felany, Ilma, Aqil, Zarif, Adi hafiz & Wan Keeper.
  • Player takde: Shafiq pacak (kasut sala pink basah), Faiz (nak tengok awan dania), Mat bas (awek tak kasi main, suh simpan tenaga. apa kes!)
  • Warm-up standard dengan aksi-aksi rembatan padu maut, walhal masa game satu shoot padu maut pon takde.
  • 10.15pm. Game start, lewat sebab player ST kurang sorang atas padang. Ini disebabkan sifat "dia suh dia main, dia plak suh dia yg lagi sorg"...so last-last ilma hero, selamba gagah masuk cukupkan 5 player.
  • Starting five: wan keeper, kamil (awal-awal dah masuk sebab kapten katanya), ilma dan zarif & aqil (adik-badik mesti men sama-sama).
  • Awal game, ilma main macam budak tingkatan 2 nak select wakil sekolah. dengan aksi passing yang ala-ala bergaya, padahal sume passing dapat kat kaki pihak lawan.
  • 10 minit pertama, tenaga tengah fresh. kedua-dua pasukan saling betukar gol. ST score 1, Tasik balas 1, ST score 2nd goal, Tasik score 2nd goal.
  • Petukaran pemain silih berganti sepanjang permainan yang memakan masa sejam.
  • Wan felany mula masuk beraksi dengan kasut pinjam bau cap samseng. Mula mempamerkan teknik-teknik lari berguling beliau. Skil kasut licin beliau seolah-olah memakai rollerblade. Meneruskan aksi selama 5-7 minit dengan lebih banyak belari dan terjatuh dari bermain futsal.
  • Aidil kecik masuk untuk aksi pertama bersama ST. Aksi cool budak sekolah projek dipamerkan, walaupon dulu masa sekolah selamba aku ayam-ayam kan. cis!
  • Shafiq Teratai yang juga stopper uitm penang bermain dengan penuh semangat. Aksi beliau mengingatkan wan felany kepada zaman mudanya, ketika wan masih gagah belari dan tenang mengawal bola di kaki.
  • Ketika kedua pasukan sengit berentap di atas padang. pemain-pemain yang berada di bangku simpanan juga bijak beraksi di luar padang dengan aksi tiut-tiut, sambil berpura-pura tanya "bape kedudukan sekarang eh.." kepada seorang gadis baju merah yang semangat kira score match.
  • Game yang pada mulanya short pass, wall pass dan skil ala europe telah berubah kepada banyak aksi long ball. ditambah dengan shooting ala clear ball. Oh kucai rupanya main kat dalam..
  • Wan felany dah tukar kasut lain, aksi-aksi ala emile heskey mula terpampang di atas court 6 sport planet ampang.
  • Jam menunjukkan nak dekat pukol 11pm. mean booking time dah nak abis. ST dah leading jauh, zarif mula mempamerkan aksi-aksi kereta kebal beliau. Memang sia-sia kalau aku main forward team sana, sakit tulang rusuk kena langgar.
  • Wahh kamil kapten dah mula keluarkan skil-skil arsenal bila dah lead. pass dan shooting dah tak pandang...ah! ni aksi yang tak patot dicontohi ye. jangan tiru aksi ni. dah lead jauh pon, kenala respect opponent ye kawan-kawan.
  • Penat aku nak cakap lagi, final score 16 - 7.

Overall, nice game...menang bleh aa cakap nice. kalau kalah nak post kat sini pon belum tentu. pohhdah! Ok keep up da good work street team. till next game. chow!