Tuesday, December 1, 2009

ST 16 - 7 Tasik

Street Team vs Tasik
23 November 2009
Isnin 10 malam
Sports Planet Ampang (Court 6)
  • Kamil deal game. Player yang turun beraksi hari kejadian: Kamil, Shafiq Teratai, Aidil Kecik, Kucai, Wan Felany, Ilma, Aqil, Zarif, Adi hafiz & Wan Keeper.
  • Player takde: Shafiq pacak (kasut sala pink basah), Faiz (nak tengok awan dania), Mat bas (awek tak kasi main, suh simpan tenaga. apa kes!)
  • Warm-up standard dengan aksi-aksi rembatan padu maut, walhal masa game satu shoot padu maut pon takde.
  • 10.15pm. Game start, lewat sebab player ST kurang sorang atas padang. Ini disebabkan sifat "dia suh dia main, dia plak suh dia yg lagi sorg"...so last-last ilma hero, selamba gagah masuk cukupkan 5 player.
  • Starting five: wan keeper, kamil (awal-awal dah masuk sebab kapten katanya), ilma dan zarif & aqil (adik-badik mesti men sama-sama).
  • Awal game, ilma main macam budak tingkatan 2 nak select wakil sekolah. dengan aksi passing yang ala-ala bergaya, padahal sume passing dapat kat kaki pihak lawan.
  • 10 minit pertama, tenaga tengah fresh. kedua-dua pasukan saling betukar gol. ST score 1, Tasik balas 1, ST score 2nd goal, Tasik score 2nd goal.
  • Petukaran pemain silih berganti sepanjang permainan yang memakan masa sejam.
  • Wan felany mula masuk beraksi dengan kasut pinjam bau cap samseng. Mula mempamerkan teknik-teknik lari berguling beliau. Skil kasut licin beliau seolah-olah memakai rollerblade. Meneruskan aksi selama 5-7 minit dengan lebih banyak belari dan terjatuh dari bermain futsal.
  • Aidil kecik masuk untuk aksi pertama bersama ST. Aksi cool budak sekolah projek dipamerkan, walaupon dulu masa sekolah selamba aku ayam-ayam kan. cis!
  • Shafiq Teratai yang juga stopper uitm penang bermain dengan penuh semangat. Aksi beliau mengingatkan wan felany kepada zaman mudanya, ketika wan masih gagah belari dan tenang mengawal bola di kaki.
  • Ketika kedua pasukan sengit berentap di atas padang. pemain-pemain yang berada di bangku simpanan juga bijak beraksi di luar padang dengan aksi tiut-tiut, sambil berpura-pura tanya "bape kedudukan sekarang eh.." kepada seorang gadis baju merah yang semangat kira score match.
  • Game yang pada mulanya short pass, wall pass dan skil ala europe telah berubah kepada banyak aksi long ball. ditambah dengan shooting ala clear ball. Oh kucai rupanya main kat dalam..
  • Wan felany dah tukar kasut lain, aksi-aksi ala emile heskey mula terpampang di atas court 6 sport planet ampang.
  • Jam menunjukkan nak dekat pukol 11pm. mean booking time dah nak abis. ST dah leading jauh, zarif mula mempamerkan aksi-aksi kereta kebal beliau. Memang sia-sia kalau aku main forward team sana, sakit tulang rusuk kena langgar.
  • Wahh kamil kapten dah mula keluarkan skil-skil arsenal bila dah lead. pass dan shooting dah tak pandang...ah! ni aksi yang tak patot dicontohi ye. jangan tiru aksi ni. dah lead jauh pon, kenala respect opponent ye kawan-kawan.
  • Penat aku nak cakap lagi, final score 16 - 7.

Overall, nice game...menang bleh aa cakap nice. kalau kalah nak post kat sini pon belum tentu. pohhdah! Ok keep up da good work street team. till next game. chow!

No comments: