Sunday, February 21, 2010

ST 13 vs 9 Kawan-Kawan FC

Street Team vs Kawan-Kawan FC
20 Februari 2010
Sabtu 9 malam
The Challenger, Bt 10 Cheras-Kajang (Pitch 3)
  • Siri friendly diteruskan seperti rutinnya untuk minggu ini. Faiz deal game untuk pertama kali.
  • Players main: faiz, wan felany, wan keeper, adihafiz. kucai, lan, boy, ilma & kamil.
  • Ilma sekali lagi bertindak sebagai penjaga gawang mengisi sementara posisi wan keeper yang tiba agak lewat kerana flight delayed dari bintulu.
  • 5 minit pertama menyaksikan ball posession play yang jarang dapat dilihat dilakukan pasukan ST. Kali pertama rasanya masing-masing belari mencari ruang, position rotation pon boleh nampak, ball control walaupon masih ada yang culas sikit-sikit, tapi okela.
  • 5 minit pertama yang penuh bersabar tanpa sebarang jaringan dikecewakan dengan aksi ala syed adney oleh ilma (penjaga gol masa tu), yang dengan selamba pass bola kepada opponent yang kemudian tenang placing ke kiri gawang.
  • Kapten kamil kemudian seolah marah ilma ala-ala cikgu disiplin memberi warning kepada pelajar yang datang lambat ke sekolah. ilma tunduk redha.
  • Tempo kemudian up sikit level kelajuannya memandangkan ST kecewa dengan jaringan awal pihak lawan. Boy menyamakan kedudukan dengan rembatan kencang setting dari lan.
  • Senarai penjaring: kamil(3), wan felany(2), ilma(2), adi(1), lan(2), boy(1) & kucai(2).
  • Faiz tak score mungkin sebab team member dia, cool-cool lah sket kan. Permainan faiz ada improve cuma bab-bab teknik passing masih tak betol kata coach adi. Lagi satu tak boleh selalu stay idle apabila dah pass bola kat kawan, kena move ye bang.
  • Permainan boy seperti biasa control ball yang baik. Dan player lain pon dah paham tiap kali boy pegang bola masing-masing dah pandai lari cari ruang, ada juga yang rotate. Cuma boy nampak "mandom" malam tu..mmmm
  • Lan seperti biasa gol-gol hasil sepakan jarak jauh. Perbuatan itu telah menyebabkan kucai juga ingin melepaskan rembatan peluru beliau, agar tiada yang dapat menyaingi level sepakannya.
  • Ilma kalini lebih tenang tanpa aksi singa beliau. Walaupun banyak rembatan dan aksi lipat takraw yang samada kena tiang mahupun disave oleh penjaga gol lawan, namun beliau masih dapat mengekalkan senyuman di bibir yang mulus. (macam haram!) kalau selalu dapat main sabar camni kan best tuu ma.
  • Kamil setelah buntu jaringan pada friendly sebelum ini, kembali dengan aksi lebih meyakinkan. 3 jaringan bukanlah ukuran tetapi game play beliau dah makin bersifat teamwork. Cuma bab defending memang tak sabar.
  • Wan Felany setelah ditegor jangan masuk sekali telah mempamerkan aksi masuk dua kalinya. Sekali sahaja seingat kami yang wan felany ditipu sebab masuk sekali hingga menyaksikan perot beliau beralih 180darjah ke kiri ketika ditipu itu.
  • Kucai, adihafiz & wan keeper juga seperti player lain, malangnya aku dah penat nak taip dah. so tak dapat nak komen lebih-lebih.
  • Gambar akan diupload setelah tuan punya kamera pulang dari medan perjuangan di gold coast. bukan australia tapi sepang je.
  • Tahniah ST atas permainan yang lebih tenang dan sepasukan. Berjumpa lagi di siri friendly seterusnya.

Sunday, February 14, 2010

Street Team 8 vs 7 Geng Wangsa Maju

Street Team vs Geng Wangsa Maju 13 Februari 2010 Sabtu 10 malam IFC Segambut (Pitch 4)
  • Street Team 2nd friendly match untuk bulan Februari.
  • Last minit setting mungkin sebab kapten kamil dah sebal takde main futsal langsung seminggu ni. Begitu juga coach adi. (eh? dah jadi coach)
  • Players main: kamil, adihafiz, ilma, wan felany, wan keeper, boy, kucai, khairil, ajib & syafiq KL.
  • Dan seperti kebiasaan lewat kebelakangan ini, semakin ramai player baru untuk Street Team. Mungkin disebabkan komitmen pemain asal ST yang semakin membesar.
  • Pertemuan diadakan di atas court turf (kata kamil) walaupun ia lebih kelihatan kepada rumput dan agak licin untuk kasut futsal tapak flat.
  • Kelebihan pihak lawan kerana mereka ada pemain Liga Super Kelantan yang siap memakai kasut boot Nike. Nasib baik stud 12. Kalau stud 6, aku dah cabot lari jauh-jauh.
  • Kalini main pakai bola baru ST yang disponsor oleh wan keeper (terima kasih wan). bola adidas hijau. bapak best!
  • Permainan berlangsung dengan lebih tenang, laju tu adalah sikit tapi momentum tu lebih terkawal dari kebiasaan.
  • Pada satu ketika ST leading 5-2. Hinggalah pertukaran keeper yang menyaksikan wan keeper ditukar dengan bekas penjaga gol piala presiden team kutip tol. Mungkin khairil tak feeling main keeper futsal (aku nampak muka dia kecewa tiap kali bola bolos)
  • Oh ye! setelah perbincangan di kedai nasi lemak ampang point. Maka pasukan bersetuju untuk secara rasminya mengalukan kemasukan Khairil sebagai ahli tetap pasukan Street Team.
  • Biodata khairil boleh didapati di laman web FAM. Tapi secara kasar, kelebihan khairil ialah beliau boleh bermain di posisi pertahanan dan penjaga gol untuk memberi cover kepada wan keeper.
  • Senarai penjaring: Ajib (3), wan felany (2), boy (1), syafiq KL (1), khairil (1)
  • 2 perkara: perkara 1, ilma dah makin kurang score gol. prestasi beliau semakin merosot agaknya (mungkin sebab bz facebooking lately, macam haram!). perkara ke-2, buat pertama kalinya kamil tak score waima 1 gol pon dalam friendly. mungkin sebab beliau kecewa sebab masa dalam perjalanan ke game ni ada ura-ura player semua nak join team aqil daripada team kamil. (gurau pon takleh dah kapten ni) - apa itu team aqil dan team kamil. tungguuuuu....
  • Ok sampai berjumpa di lain kali...Assalamualaikum!

Sunday, February 7, 2010

Kejohanan Bola Sepak 5 Sebelah 1 Malaysia DBKL, Titiwangsa

6 Februari 2010
Sabtu 9pagi -3petang
Taman Tasik Titiwangsa
  • Kami masuk pertandingan 5 sebelah, tapi yang istimewa pertandingan ini adalah WAJIB pakai kain pelekat yang disarung sehingga bawah paras lutut. Kapten bagitau kena pakai kain pelekat setelah kami register dan bayar payment. So layan jela...
  • Sebelum main, guna logik akal memang kami bajet kelakar dan susah lah pertandingan ni. So kami set kan sekadar main suka-suka sahaja. Memandangkan banyak pasukan futsal yang hebat-hebat bakal menyertai futsal metro pada tarikh yang sama, secara tak langsung peluang untuk meraih kemenangan menjadi kembang skala besar.
  • Players main: Kamil (kapten), wan felany, wan keeper, ilma, adi, ajib, zam & khairil.
  • Banyak player baru adalah kerana player ST yang lain terikat dengan komitmen duniawi masing-masing.
  • Keputusan seperti berikut:
  1. menang 2-1 (A7 United)
  2. menang 2-0 (DD FC)
  3. bye 2nd round
  4. draw 2-2, penalti 1-1. kalah lambung syiling (EGS FC)
  • Unlike kekalahan yang lain, tapi kekalahan kali ini tidak menyakitkan (kot?) kerana kami menentang pasukan EGS FC yang dibarisi kalangan pemain yang mewakili negeri Pahang di Futsal Felda 2009. Kami berpuas hati dapat mengekang mereka sehinggalah tewas lambungan syiling.

  • Alhamdulillah kali ni kami dapat saguhati yang berupa wang tunai dan medal. medal dia style weh!
  • Banyak pengajaran dapat diperoleh dari pertandingan ini. Masing-masing ada peranan masing-masing bila atas padang dan kita bukanlah sempurna. Kesilapan adalah normal tetapi sebaiknya pastikan kesilapan yang sama tidak berulang lagi..
  • Posting macam rilek-rilek sket kalini...sebab aku dalam proses nak jadi cool. (takbleh blah)
  • Ok chaw chin chaw. Jumpa lagi di lain kali.

Street Team 10 vs 14 Core-Tec FC

Street Team vs Core-Tec FC
5 Februari 2010
Jumaat 10 malam
HTO, USJ Subang (Pitch 3)
  • Orang kata bulan Februari adalah bulan kasih sayang. cintan cintun. valentino rossi.
  • Setelah menyepi buat seketika dari arena friendly, kerana menumpukan kepada siri pertandingan sambil mengumpul tabung. ST kembali turun beraksi pada friendly pertama di bulan "shayang" (sebut style wan felany) ni.
  • Players main: kamil, shafiq teratai, wan felany, faiz, ilma, adi, boy & wan keeper. Zarif turut hadir memberi sokongan moral atau boleh diibaratkan seperti konon-konon berangan Alex Ferguson pada hari kejadian.
  • Game start dengan ilma jadi keeper, mampos takleh pakai. lepas 2 gol senang..sesenang dia menonton sahaja bola masuk ke gawang. Wan keeper masuk setelah hadir lewat di HTO kerana kesesakan lalulintas akibat thaipusam (eh thaipusam minggu lepas?? mmm)
  • ST ketinggalan 7-1 seterusnya 8-2 akibat permainan hilang punca pasukan.
  • Apabila sesuatu pasukan hilang punca mereka memerlukan leader dalam padang untuk turning mood pasukan. Contoh macam Gerard di Liverpool.
  • Untungnya ST, apabila hilang punca semua player jadi leader. (untung ke? hehe..) so kalau ada 5 player atas padang maka 5 leader (kepala) muncul. masing-masing mempertahankan kekepalaan masing-masing. bak kata nabil "lu pikir lah sendiri.."
  • Hehehe....kita kena pegi kursus ketahanan mental lah kot...tapi mental kuat tu kena seiring fitness kuat.
  • Terima kasih kepada Core-Tec FC. organize dan laju-laju gak player dorang. player KL Figos tu memang core penggerak team korang.
  • Nama Core-Tec FC mungkin tersemadi sebagai pasukan pertama yang beat ST pada 2010.
  • Senarai penjaring game ni: kamil (6), ilma (1), boy (1), adi (1), felany (1).
  • Kepada players, jadikan kekalahan sebagai pengajaran yang berguna. kekalkan keutuhan perhubungan pasukan kita. Masih ada jalan yang panjang di hadapan...insya Allah.

Tuesday, February 2, 2010

Futsal Piala Cheras Jaya FC Edisi ke-2 2010

30 Januari 2010 Ahad 9pagi -2petang Asia Indoor Futsal, Bt 10 Cheras-Kajang

  • Tournament kedua yang disertai bagi tahun 2010.
  • Persiapan rapi dilakukan adalah latihan fizikal mendaki bukit saga, joging secara mengundur di tasik ampang hilir dan beep test di pertama kompleks, tak lupa juga cooper test sambil diperhatikan brader-brader chopper bikers.
  • Percaya? bagus bagus....
  • Eh tak baik plak tipu...okela jujor. kamil sorang je yang buat persiapan, tu pon persiapan nak kawin.
  • Persiapan futsal:
  1. adi - makan burger daging double kat saga
  2. ilma - cilok cheese burger mcd adi
  3. wan felany - bercuti ke hutan belum. belum siap kot
  4. khairil - persiapan ala-ala rabbit atau rabiatul adawiyah. eh eh
  5. aqil - persiapan topap, senang nak kol lecturer setiap kali abis game. huhu
  • Dah meleret dah ni, balik kat topik plak.
  • Players main tournament ni: kamil(c), aqil, ilma, adi, khairil, faiz & boy. tak cukop sorang. boy cakap bleh tapau duit lebih sket.
  • Yang tak tulis tu tak main lah, malas plak nak tulis sebab. dah besar kot! (eh)
  • Keputusan seperti dibawah:
  1. menang 5-2 (A7 United)
  2. seri 1-1 (Sala O JR)
  3. menang 5-2 (HSBB FC)
  4. seri 2-2 menang penalti 3-2 (Bersekutu) - Suku Akhir
  5. kalah 2-4 (Arora FC) - Separuh Akhir
  6. menang 2-1 (A7 United) - Ke 3 & 4
  • Nampak memang cam sket je, 6 game je. tapi penat doh, macam belajar berenang sejam. (eh sape plak tak reti berenang skang?)
  • Review: kami sebagai underdog team (tak payah susah-susah translate underdog ke melayu - bawah anjing tu lain.ish)...so tak nampak bahaya or istimewa. tapi mungkin jersi kuning kami buat menyerlah sket kot.
  • Kemenangan perlawanan pertama amat memberikan motivasi dan menaikkan semangat kami. walaupun sebelum tu ada yang complaint tidor tak cukop lah..roti bom kecik lah. (kecoh la player nombor 20)
  • Memorable game pada aku adalah suku akhir, yang mana kita ketinggalan 2-0. tapi akhir 2nd half dapat samakan kedudukan 2-2. elok kita score 2nd gol, wisel penamat pon tiup. Alhamdulillah luck kita! (klimaks dia bila khairil save 1st penalti opponent)
  • Walaupon kita tewas kepada juara pertandingan, namun masih ada ruang dan kesilapan yang perlu diperbaiki dan dimantapkan. nanti kapten set kan training!
  • So keputusan akhir, kami dapat nombor 3. Alhamdulillah :)
  • Kami juga mengambil keputusan untuk masuk WWF Royal Rumble lepas ni, memandangkan kami berjaya collect 2 kad merah dalam pertandingan kali ni.
  • Se-bulldozer style zarif main pon, dia tak pernah dapat kad merah.
  • Se-taiko ilma pon, dia sekali je dapat kad merah seumor hidop..tu pon sebab berangan jadi keeper. (ingat netball ke weh - bajet hero lah save bola atas line, tapi pakai tangan.ceh!)
  • Dan walaupun body wan felany macam fahrin ahmad (huh?)..tapi dia pon tak pernah dapat kad merah. ish ish ish
  • Penjaring gol tak perlu diupdate. tapi antara gol-gol penting adalah..gol pertama ST dalam pertandingan ni oleh ilma (perh! hebat-hebat). gol-gol lain walaupun penting tapi tayah citela kot. leceh je.
  • hahahahaha (gelak jahat)
  • Alaaaaa kamil majok plak..okela-okela. kamil score gol masuk celah kangkang keeper. kamil score gol last minit masa game suku akhir. kamil score penalti kemenangan suku akhir. kamil score gol kedua separuh akhir. bak kata orang..kamil lah segalanya! (su jeles plakk)
  • Huh? aqil plak nak majok. yelah-yelah...aqil hero gak. banyak gak dia score gol-gol crucial. Tuu yang manjang abis game je melekat tifon kat telinga. (zarif pandang sambil geleng kepala)
  • Tapi dengan sukacitanya dimaklumkan, gelabahnya kamil hingga dia jadi punca gol kita bolos. Skillfulnya aqil sampai gentel-gentel pastu bola sangkut berkali-kali. Begitu juga, rileknya adi sampai passing cool-cool kat pihak lawan yang shooting berdentum!. Begitu juga, machonya khairil sampai bolos gol celah kangkang. ole!
  • Dah banyak sangat cite kot....mmm dah lama tak main macam dulu-dulu. kita main suka-suka sama-sama malam ahad. sejak masuk tournament ni, semua main nak siyes je manjang.
  • Akhir kata, tahniah Street Team. teruskan momentum yang baik di masa hadapan.
  • Tahniah buat semua, yang main atau tak. kita tetap satu team! Chaiyokkk!
  • Duit tabung dah up RM25 balance duit menang tournament ni :)
  • Bila aku tengok gambar atas, adi dah ada kembar rupanya. nak tau carilah sendiri...hehehehe