6 Februari 2010
Sabtu 9pagi -3petang
Taman Tasik Titiwangsa
- Kami masuk pertandingan 5 sebelah, tapi yang istimewa pertandingan ini adalah WAJIB pakai kain pelekat yang disarung sehingga bawah paras lutut. Kapten bagitau kena pakai kain pelekat setelah kami register dan bayar payment. So layan jela...
- Sebelum main, guna logik akal memang kami bajet kelakar dan susah lah pertandingan ni. So kami set kan sekadar main suka-suka sahaja. Memandangkan banyak pasukan futsal yang hebat-hebat bakal menyertai futsal metro pada tarikh yang sama, secara tak langsung peluang untuk meraih kemenangan menjadi kembang skala besar.
- Players main: Kamil (kapten), wan felany, wan keeper, ilma, adi, ajib, zam & khairil.
- Banyak player baru adalah kerana player ST yang lain terikat dengan komitmen duniawi masing-masing.
- Keputusan seperti berikut:
- menang 2-1 (A7 United)
- menang 2-0 (DD FC)
- bye 2nd round
- draw 2-2, penalti 1-1. kalah lambung syiling (EGS FC)
- Unlike kekalahan yang lain, tapi kekalahan kali ini tidak menyakitkan (kot?) kerana kami menentang pasukan EGS FC yang dibarisi kalangan pemain yang mewakili negeri Pahang di Futsal Felda 2009. Kami berpuas hati dapat mengekang mereka sehinggalah tewas lambungan syiling.
- Alhamdulillah kali ni kami dapat saguhati yang berupa wang tunai dan medal. medal dia style weh!
- Banyak pengajaran dapat diperoleh dari pertandingan ini. Masing-masing ada peranan masing-masing bila atas padang dan kita bukanlah sempurna. Kesilapan adalah normal tetapi sebaiknya pastikan kesilapan yang sama tidak berulang lagi..
- Posting macam rilek-rilek sket kalini...sebab aku dalam proses nak jadi cool. (takbleh blah)
- Ok chaw chin chaw. Jumpa lagi di lain kali.
1 comment:
Tahniah ST.. kita bukan kalah game,kita kalah lambung duit. Kita dpt kekang team Futsal Pahang tu smpai dorang tk dpt tebus benteng ST. Syabas ST.. go go go!
Post a Comment