Sunday, February 14, 2010

Street Team 8 vs 7 Geng Wangsa Maju

Street Team vs Geng Wangsa Maju 13 Februari 2010 Sabtu 10 malam IFC Segambut (Pitch 4)
  • Street Team 2nd friendly match untuk bulan Februari.
  • Last minit setting mungkin sebab kapten kamil dah sebal takde main futsal langsung seminggu ni. Begitu juga coach adi. (eh? dah jadi coach)
  • Players main: kamil, adihafiz, ilma, wan felany, wan keeper, boy, kucai, khairil, ajib & syafiq KL.
  • Dan seperti kebiasaan lewat kebelakangan ini, semakin ramai player baru untuk Street Team. Mungkin disebabkan komitmen pemain asal ST yang semakin membesar.
  • Pertemuan diadakan di atas court turf (kata kamil) walaupun ia lebih kelihatan kepada rumput dan agak licin untuk kasut futsal tapak flat.
  • Kelebihan pihak lawan kerana mereka ada pemain Liga Super Kelantan yang siap memakai kasut boot Nike. Nasib baik stud 12. Kalau stud 6, aku dah cabot lari jauh-jauh.
  • Kalini main pakai bola baru ST yang disponsor oleh wan keeper (terima kasih wan). bola adidas hijau. bapak best!
  • Permainan berlangsung dengan lebih tenang, laju tu adalah sikit tapi momentum tu lebih terkawal dari kebiasaan.
  • Pada satu ketika ST leading 5-2. Hinggalah pertukaran keeper yang menyaksikan wan keeper ditukar dengan bekas penjaga gol piala presiden team kutip tol. Mungkin khairil tak feeling main keeper futsal (aku nampak muka dia kecewa tiap kali bola bolos)
  • Oh ye! setelah perbincangan di kedai nasi lemak ampang point. Maka pasukan bersetuju untuk secara rasminya mengalukan kemasukan Khairil sebagai ahli tetap pasukan Street Team.
  • Biodata khairil boleh didapati di laman web FAM. Tapi secara kasar, kelebihan khairil ialah beliau boleh bermain di posisi pertahanan dan penjaga gol untuk memberi cover kepada wan keeper.
  • Senarai penjaring: Ajib (3), wan felany (2), boy (1), syafiq KL (1), khairil (1)
  • 2 perkara: perkara 1, ilma dah makin kurang score gol. prestasi beliau semakin merosot agaknya (mungkin sebab bz facebooking lately, macam haram!). perkara ke-2, buat pertama kalinya kamil tak score waima 1 gol pon dalam friendly. mungkin sebab beliau kecewa sebab masa dalam perjalanan ke game ni ada ura-ura player semua nak join team aqil daripada team kamil. (gurau pon takleh dah kapten ni) - apa itu team aqil dan team kamil. tungguuuuu....
  • Ok sampai berjumpa di lain kali...Assalamualaikum!

No comments: