Sunday, February 21, 2010

ST 13 vs 9 Kawan-Kawan FC

Street Team vs Kawan-Kawan FC
20 Februari 2010
Sabtu 9 malam
The Challenger, Bt 10 Cheras-Kajang (Pitch 3)
  • Siri friendly diteruskan seperti rutinnya untuk minggu ini. Faiz deal game untuk pertama kali.
  • Players main: faiz, wan felany, wan keeper, adihafiz. kucai, lan, boy, ilma & kamil.
  • Ilma sekali lagi bertindak sebagai penjaga gawang mengisi sementara posisi wan keeper yang tiba agak lewat kerana flight delayed dari bintulu.
  • 5 minit pertama menyaksikan ball posession play yang jarang dapat dilihat dilakukan pasukan ST. Kali pertama rasanya masing-masing belari mencari ruang, position rotation pon boleh nampak, ball control walaupon masih ada yang culas sikit-sikit, tapi okela.
  • 5 minit pertama yang penuh bersabar tanpa sebarang jaringan dikecewakan dengan aksi ala syed adney oleh ilma (penjaga gol masa tu), yang dengan selamba pass bola kepada opponent yang kemudian tenang placing ke kiri gawang.
  • Kapten kamil kemudian seolah marah ilma ala-ala cikgu disiplin memberi warning kepada pelajar yang datang lambat ke sekolah. ilma tunduk redha.
  • Tempo kemudian up sikit level kelajuannya memandangkan ST kecewa dengan jaringan awal pihak lawan. Boy menyamakan kedudukan dengan rembatan kencang setting dari lan.
  • Senarai penjaring: kamil(3), wan felany(2), ilma(2), adi(1), lan(2), boy(1) & kucai(2).
  • Faiz tak score mungkin sebab team member dia, cool-cool lah sket kan. Permainan faiz ada improve cuma bab-bab teknik passing masih tak betol kata coach adi. Lagi satu tak boleh selalu stay idle apabila dah pass bola kat kawan, kena move ye bang.
  • Permainan boy seperti biasa control ball yang baik. Dan player lain pon dah paham tiap kali boy pegang bola masing-masing dah pandai lari cari ruang, ada juga yang rotate. Cuma boy nampak "mandom" malam tu..mmmm
  • Lan seperti biasa gol-gol hasil sepakan jarak jauh. Perbuatan itu telah menyebabkan kucai juga ingin melepaskan rembatan peluru beliau, agar tiada yang dapat menyaingi level sepakannya.
  • Ilma kalini lebih tenang tanpa aksi singa beliau. Walaupun banyak rembatan dan aksi lipat takraw yang samada kena tiang mahupun disave oleh penjaga gol lawan, namun beliau masih dapat mengekalkan senyuman di bibir yang mulus. (macam haram!) kalau selalu dapat main sabar camni kan best tuu ma.
  • Kamil setelah buntu jaringan pada friendly sebelum ini, kembali dengan aksi lebih meyakinkan. 3 jaringan bukanlah ukuran tetapi game play beliau dah makin bersifat teamwork. Cuma bab defending memang tak sabar.
  • Wan Felany setelah ditegor jangan masuk sekali telah mempamerkan aksi masuk dua kalinya. Sekali sahaja seingat kami yang wan felany ditipu sebab masuk sekali hingga menyaksikan perot beliau beralih 180darjah ke kiri ketika ditipu itu.
  • Kucai, adihafiz & wan keeper juga seperti player lain, malangnya aku dah penat nak taip dah. so tak dapat nak komen lebih-lebih.
  • Gambar akan diupload setelah tuan punya kamera pulang dari medan perjuangan di gold coast. bukan australia tapi sepang je.
  • Tahniah ST atas permainan yang lebih tenang dan sepasukan. Berjumpa lagi di siri friendly seterusnya.

No comments: