Sunday, July 4, 2010

ST masuk tournament

Super Endurance Futsal Tournament 2010 03 Julai 2010 Meracipta Futsal Centre, Salak Tinggi.
  • Supposedly,kami masuk Celcom Futsal di Melaka. tapi hasil last minit bincang, tukar plan plak. so masuk tourney ini (edisi zon tengah)
  • Players: kamil(captain), yai, boy, wan felany, ilma, adihafiz, shafiq pacak & zarif (keeper).
  • Zarif volunteer nak jadi keeper memandangkan keeper yang lain masih injured atau terikat dengan komitmen yang tidak dikenalpasti.
  • Kami group dengan Gandak FC dan U R My Bro. Info am, Gandak khabarnya merupakan benih bertam ulu junior, manakala U R My Bro baru sahaja mendapat tempat ke-4 di KIA futsal with soul baru-baru ini.
  • Oleh kerana info-info yang boleh buat kecut perut ni hanya diketahui selepas pertandingan, maka kami bermain pada hari itu tanpa terlalu memikirkan status pihak lawan.
  • Alhamdulillah, result group = kami champ group. Menang 3-1 dengan Gandak dan seri 1-1 dengan U R My Bro. U R My Bro kedua atas perbezaan jaringan gol dengan kami.
  • Pusingan kedua, kami menang 1-0. Pusingan ketiga, kami seri 1-1 (menang penalti 2-1). Suku akhir, kalah 1-2. Kami kalah kepada San Siro, yang dibarisi pemain futsal KL Plus dalam pusingan kelayakan Liga Futsal Felda kebangsaan dan bekas senior adi di SSBP.
  • Rezeki kami mendapat tempat ke-5 kerana perbezaan gol antara pasukan yang tewas di suku akhir.
  • Keseluruhan, kami pulang dengan hadiah wang tunai dan hamper. Okela, balik modal & untung ciput. Alhamdulillah :)
  • Tahniah ST, semoga lebih berjaya di tournament yang akan datang. Semoga mendapat lebih 'luck' ya kawan-kawan. Insya Allah.