Thursday, December 31, 2009

Street Team 9 vs 5 Copa Del Ray

Street Team vs Copa Del Ray 30 Disember 2009 Rabu 10 malam Sports Planet Ampang (Court 5)

  • First of all, gambar hodoh sket ye kawan-kawan, sory. bukan sebab handphone chokia, tapi individu yang ambil tak ikhlas agaknye. :)
  • Kamil deal game, through gofutsal.com. thanx to amir from copa del ray.
  • Player line-up: Wan keeper, kamil, felany, shafiq teratai, ilma, faiz, kucai, adihafiz, lan. Kamil kapitan yang select first 5 untuk game kali ni yeh, dah mula terpancar aura kapten. go kamil!
  • Player tak hadir: mat bas (projek juta-juta complete by this week), zarif (pegi penang makan line clear), aqil (futsal felda)
  • 20 minit awal kedua-dua pasukan buntu mencari gol, keadaan ini dikenalpasti mungkin berpunca daripada kehebatan penjaga gol, kekentalan tiang dan palang gol beraksi, ataupun mungkin golpost ghaib untuk minit-minit awal permainan.
  • Setelah golpost kembali ke posisi asal, kucai membuka tirai jaringan dengan sepakan dari sudut kiri pasukan lawan. takdela cantik mana pon gol tu, tp as always first gol amatlah penting untuk kemunculan gol-gol seterusnya.
  • Shafiq teratai bersungguh-sungguh amik tiket bas dari penang jam 2 petang semata-mata untuk mempamerkan aksi kaki silang bola beliau di lantai futsal malam tadi.
  • Kamil yang baru pulang dari berjumpa awek upm, bersemangat berlari atas-bawah di bahagian kiri mengikut taktik diamond king. kelicikan beliau seolah-olah roh s.kunalan telah merasuk ke tubuhnya.
  • Lan pula banyak melakukan cubaan jarak jauh, ini mungkin kerana kucai telah menyerahkan ilmu sepakan peluru jurus ke 5 kepada lan.
  • Kesudahan: senarai penjaring: 2 gol: kucai, lan, kamil. 1 gol: felany, ilma, shafiq. 0 gol: adi, faiz (apa budak 2 ekor ni buat? boleh tak score, boleh hidop macam ni!)
  • Lagi satu kena improve: next time, less foul & sama sekali no sliding tackle ye sahabat-sahabat sekalian. dan jangan tiru aksi kucai, bila ole nak bising-bising. kan dah kena balik!
  • Huh lagi satu wahai pemain street team, kalau friendly dengan team orang yang tak dikenali -- janganlah stranger sangat. kenalah ramah mesra, ni sebelum start game masing-masing buat muka ketat (taula fokus). senyum sket, tegur-tegur. esok-esok team kita gak senang di masa hadapan.
  • Moral of the story, kenalah buat baik dengan sesiapa jua. sebab buat baik tu tak mendatangkan dosa. Panjang lagi aku boleh ceramah, tapi nanti faiz cakap aku nak rampas title ustaz dia. so aku stop kat sini dulu.
  • Buku friendly 2009 dah boleh ditutup. harap-harap buku 2010 tak cacat dan masih mengekalkan momentum kemenangan sepertimana flow pasukan bola sepak Malaysia.
  • Begitulah cerita episod kalini ini, sampai berjumpa lagi di minggu depan. tata :)

1 comment:

irwan felany asna said...

team ni boleh pergi jauh kalau semua rajin turun training, belaja benda baru, mintak idea dari yang berpengalaman.tiada sikap sombong dan angkuh.so hopefully team ni akan maju dan semakin maju....