Sunday, December 27, 2009

ST 27 vs 7 Ex Player JUTA & Kilat

Street Team vs Ex-JUTA & Kilat
25 Disember 2009
Jumaat 10.00 malam
Sports 7 (Court 1)
  • Supposedly match vs Best Friends FC (MU Fan Club ??). Tapi last minit opponent cancel. So recovery plan, emergency team yang replace adalah ex player liga KL mostly team JUTA KL & Kilat KL. ilma deal game.
  • Game dimulai dengan upacara ala-ala black metal, iaitu court "black-out" selama hampir 30 minit. alasan tuan tanah katanya fius terbakar.
  • Player hadir: Kamil, wan gato, ilma, faiz, adihafiz, aqil & zarif (namun zarif tidak bermain kerana kaki kena virus big foot). Player tak hadir: kucai (reunion dengan awek-awek lama), lan (demam), wan keeper (bertunang), math (pegi sehati berdansa)
  • Kehadiran aqil menyemarakkan semangat kawan-kawan lain, namun abang dia sendiri tak semangat.
  • First 10-15 minit,tempo game agak pantas. larian beganti-ganti ala-ala 4x100m mula terpamer.
  • Taktik diamond, taktik lapan, taktik kosong, taktik rotate...hampir semua taktik yang wujud dalam kamus futsal adalah tidak dipamerkan....okela-okela ada sikit-sikit.
  • Penjaring gol: ilma 4 gol. yang lain malas nak kira, korang edit post ni sendiri. banyak lemak wan ni. (eh pesal wan plak??)
  • Tetapi statistik menunjukkan wan boy atau wan pato/gato tidak menjaringkan waima satu gol dalam permainan pada kali ini. Maka tahta top scorer berpindah milik kepada orang lain yang akan dimaklumkan setelah database pengiraan statistik dikemaskini.
  • Sekian laporan untuk kalini, kalau masa baca ni gambar belum ada maknanya kamil masih tehegeh nak crop gambar. Kalau dah ada, gambar adalah diambil oleh sekumpulan geng secara bersekutu.
  • Oh ya, untuk pertama kalinya Street Team memakai jersi warna kuning. Untuk makluman, jersi ini tidak ada kena mengena dengan Van Der Sar ataupun MU. Sila komen jersi kami jika sudi.
  • Have a nice day! Majulah sukan untuk negara :)

No comments: