Wednesday, January 18, 2012

Opening match 2012. (Rematch)

Street Team vs Dark Army FC
Sports Affair, Cheras Hartamas (Court near entrance)
11pm 17 Januari 2012

  • Jarang dengar ST buat rematch kan? Ok rematch bukanlah sebab last time kalah, tapi sebab dah sangap sangat nak futsal...3 minggu stop sebab takde opponent. pehh sengal kaki bro.
  • Gambar diatas saja upload tanpa sebab. Boring je tengok blog takde gambar, tulis je manjang. Tak menarik kot.
  • So game vs Dark Army disetting oleh ilma. Dia dah add friend dengan kapten Dark Army FC :)
  • Players ST yang main: Wan Keeper, Lan, Ilma, Adihafiz, Faiz, Aqil "Kelate", Apek, Member Faiz (Fazli & Wan). Aqil Kelate kerana menggunakan kemudahan rakyat negeri kelantan barangkali :))
  • Wan Felany kat offshore lagi, Kamil study exam, Kucai -- msg macam nak datang tapi _____ (sila isi tempat kosong).
  • Awal permainan yang tenang, kecekapan penjaga gol ST di awal permainan iaitu ilma bolehlah dipuji. Menyelamatkan beberapa percubaan pihak lawan. Kemudian digantikan dengan Wan Keeper yang sampai agak lewat kerana sangkut jem orang repair jalan di plaza phoenix.
  • Wan Keeper datang bertiga ye kali ni...untuk makluman yang belum tahu, nama hero dia: Muhammad Kahfil (Betulkan kalau aku silap ye)...tapi jangan tambah Bin Wan Keeer pulakk...Bin Redzuan.
  • Aqil beraksi dengan skil tarik tarik bola yang takde pemain ST yang lain mampu tiru. Mungkin Wan Felany ada praktis kat offshore skill tarik tarik tu.
  • Leading pada satu tahap tetapi kemudian disamakan & terus ketinggalan 2 gol kerana kelalaian pemain ST atau boleh juga kerana "dah penat tapi taknak keluar jugak". Pemain atas padang masa tu: Adihafiz, Apek, Faiz, Aqil..hah jawab!
  • Kesudahan game draw 8-8. Last gol dijaringkan oleh Lan dengan satu rembatan kencang melepasi jangkauan penjaga gol baju oren pihak lawan.
  • Nasihat: dah nampak berat weh kita. terutama ______ (sila isi tempat kosong).
  • Baik: nampak lah gerakan gerakan 1,2 yang menarik.
  • Perbaiki: bila attack jangan menggelabah sampai orang last pon nak naik atas sangat.
  • Kesimpulan: dapat kalendar Bank Islam percuma (terima kasih Wan Keeper)

No comments: