Posting semua dalam satu
- Oleh kerana hidup aku dah makin sibuk dengan hal hal duniawi yang entah untung entah tidak. Jadi blog memang low prioriti dalam ranking hal hal duniawi aku...langsung diabaikan begitu saja.
- Maafkan aku ye buat kengkawan yang ternanti nanti dipuji mahupon dibahan secara ikhlas dalam blog ni. Sebenarnya bukan bahan, cuma menambah seri blog. Kengkawan pon semua faham antara bahan gurau senda dengan bahan nak drop orang :)
- Maaf juga buat peminat peminat blog ni yang ternanti nanti posting baru. Sampaikan ada yang email kami tanyakan kenapa blog lama senyap..ada yang sms player ST cakap "updatelahh blog" dan sebagainya.
- Kami akui blog ini tak lah se hot blog hanis zalika mahupon najwa latif yang nyanyi lagu kosong tu...sekali lagi kami tegaskan, blog ini cuma kumpulan cerita cerita pengalaman main futsal sekumpulan jejaka hensem (mungkin ada 1,2 tak hensem sangat hahaha) yang dicoretkan untuk kisah sejarah kami sebagai ST. Like we always said "nanti adalah benda nak story kat anak anak cucu..." & macam kami suka katakan "blog ni bukti kami pernah berkawan baik, ada team futsal walau tak berapa gempak macam brabus...pernah suka duka sesama" (touching kan..memang jiwa bunga bunga aku ni. akibat novel tepi pulau perhentian lah ni)
- Maaf juga kepada stalker blog ni mahupon stalker team ST (Kalau ada hahaha)....kami suka distalk untuk tujuan yang baik. Cuma kalau anda represent diri anda & berkawan dengan kami..trust me, kami ni takda rekod jenayah makan orang. Lets be friend :)
- Ada few friendly yang termiss untuk posting, berikut adalah list friendlynya:
- vs Team Celcom AI, SP Ampang = Menang
- vs Team Kawan Adi, Sports Affair = Menang
- vs Falcons FC (Team Boy), Centermart = Kalah (1st time pakai jersi baru)
- vs Team Wafi + Kawan Ilma, Sports Affair = Menang
- vs Team Kawan Faiz, SP Ampang = Menang
- Paling latest, lawan team kawan faiz (Selayang Merah) iaitu semalam 18/03/12...kami menang result 17-9. Opponent yang baik, mempunyai player player yang boleh shooting dengan BAEKK. Mujur Wan Keeper kembali mempamerkan aksi aksi tangkas sepertimana ketika mula mula menyarung jersi ST satu ketika dulu. Mungkin kecederaan siku & tangan dah baik..Tahniah Wan!
- Wan Felany amat dirindui..jauh di perantauan, berjuang mencari rezki di Offshore Sarawak tak silap. Semoga selamat & pulang membawa ole-ole..eh silap pulang membawa kejayaan!
- Aqil dah kembali secara full time sekarang, satu motivational addition untuk ST. Kemahiran, keskillan & kekelantanan nya adalah diperlukan untuk membantu ST, memandangkan beliau mempunyai pengalaman luas bermain liga futsal professional...kalau bola padang tanya Adihafiz, dia power bola katanya :))
- Zarif, tenaga belakang tabir yang sememangnya banyak membantu ST dalam & luar padang. Dalam padang, walaupun bukan beliau yang turun bermain tetapi beliau lah yang membantu dengan arahan arahan kemas di tepi jaring court. Itu sesuatu yang amat diperlukan pemain pemain...kerana penjaga gol ST, dari Wan Keeper - Zul - Khairil semuanya menyimpan mutiara di celah gigi, takot terkeluar mutiara amatlah rugi. OOOPS lupa, zarif ada bermain sebagai player semasa friendly dengan team Wafi + kawan ilma...Dan beliau menjaringkan 1 gol (pehhh)...tetapi (ada tetapi tau) mensia-siakan lebih dari 1 peluang hahaha
- Lan, Kamil, Apek, Ilma, Faiz, Adihafiz....adalah pemain tetap ST yang kerap turun di friendly dan membantu ST dalam & luar padang. Jersi baru dah ada tulis nama STREET TEAM jadi semua kita adalah secara automatik dilantik jawatan PEGAWAI PEMASARAN untuk ST (Gaji ikhlas..)
- Jadi pakailah baju tu ke tempat tempat yang elok, sebab anda membawa nama ST. Kalau didapati ada yang memakai baju tu tetapi kelihatan merempit mencelah kereta sambil dibonceng awak pakai skirt (confirm kami pecat dari ST, yes! diktator), juga jika berpeleseran di chowkit mencari hiburan 2 alam (confirm makk terajang kau nyahh).
- Pakai lah masa korang pergi main futsal dengan kawan-kawan korang, masa korang pergi training bola padang....masa pergi sukan sekolah, masa pergi keluar beli kasut kat al-ikhsan. Nanti kalau orang tanya, team apa ni bang ---> senyum, tarik nafas...(sebut pelan pelan) "team futsal abang dikk".
- Mungkin kalau korang nak pakai pergi masjid pon boleh, cuma kalau korang jadi imam..takot makmum belakang dari rakaat pertama dah tertanya-tanya "team apa pulakk imam niii...".
- Kesimpulannya, pakailah bila korang nak pakai..baju korang, duit korang, lantak korang lahh hahaha. Cuma kalau nombor cabut, logo cabut, jersi koyak...bolehlah claim balik kat ilma. Dia memang ada sediakan bajet repair baju & banyak masa terluang nak layan sebarang claim korang, cuma sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.
- Sekian, OKbai
No comments:
Post a Comment