Monday, December 12, 2011

ST vs Team Shazmir

Street Team vs Team Shazmir
JPS Ampang (Court 2)
11.20pm 09 Disember 2011
  • Satu perkara yang tak best bila tulis or baca blog ni ialah...kita hardly dapat opponent yang ada established name... or maybe ada, tapi takda yang rajin tanya. So end up, bila dalam blog...asyik tulis lawan team kawan ali lah...lawan team baju kuning lah...tak best kot.
  • Game disetting oleh Wan K (nama glamour baru Wan Keeper)...dapat deal sebab kebetulan Shazmir datang buat audit di bank dia. So mungkin dorang ada janji, kalau Wan K menang - audit clear. Kalau Shazmir menang - habislahh Wan K kantoi audit
  • Player main: Kamil, Wan K, Wan Felany, Ilma, Faiz, Apek, Hanif, Lan & Aqil. Welcoming back Lan (yang hilang untuk sebulan lepas), Aqil (yang back dari injury period), Wan Felany (yang sebelum ni memanjang bz kerja), Wan K (before ni komitmen family).
  • Kesudahan game: kalah 2 gol. Tak ingat exact scoreline...tapi kalah lahh senang cerita. Team lawan banyak gol shooting dentum dentum.
  • So aku nak kongsi sikit beberapa perkara, bukan untuk tunjuk pandai...jauh sekali untuk katakan aku sorang je betul. Tetapi untuk sharing, dan disebabkan aku yang tulis post ni...so aku ambil peluang ni untuk cerita sikit.
  • Bila kamu berada di luar padang, apa yang sepatutnya kamu buat??
  • duduk borak borak kosong dengan orang luar??
  • lepak main game angry birds kat handphone canggih korang??
  • atau tengok game??
  • .....ok ramai jawap tengok game kann (hehehe). So apa itu tengok game??
  • Tengok game tu yang aku faham, kamu perlu tahu apa kelemahan & kekuatan pemain pemain di atas padang (tak terhad kepada satu team sahaja). Bila kamu kenal itu, kamu akan jumpa kebiasaan seseorang pemain itu. Contoh: Kucai kekuatan dia = shooting peluru. Jadi kalau sebagai defender, kamu perlu tutup dia supaya jangan bagi dia shooting...kalau dia gelecek, follow saja sebab itu bukan kesudahan yang dia nak...sebab dia mesti nak cari space untuk shoot juga (logik akal). JADI....kamu close lah orang orang suka shooting tu cepat cepat sebelum dia ada space. Kalau jaga orang laju macam mana pula? fikir & come out dengan teori kamu sendiri ya!

Sekian untuk posting kalini. Dah basi lambat update!

No comments: