Sunday, October 9, 2011

Street Team vs TBPKW FC

Street Team vs TBPKW FC 05 Oktober 2011 Rabu 10.37 Malam Sports Affair, Cheras Hartamas
  • TBPKW FC = Team Baju Putih Kawan Wafi FC. Selamba aku tambah FC (nampak macam nama skema team bola sikit). Baju putih kerana kebiasaanya diorang pakai baju putih. Tapi malam tu maybe diorang sengaja pakai macam-macam color, untuk tujuan mengelirukan pihak musuh agaknya.
  • Opponent datang dengan senjata rahsia mereka yang belum pernah lagi opponent-opponent kami sebelum ini bawa, itulah dia stroller baby :)
  • Player ST: Kamil, Wan Felany, Faiz, Kucai, Lan, Ilma, Adihafiz, Adios, Zarif Kempeng, Wafi & Fad.
  • Lemau lahh nak taip posting kali ni. Pesal huh? Ok Springboks baru kalah dengan Wallabies, dem! tak dapat tengok Habana lagi. But thumbs up to Wallabies backline (defends)!
  • Satu saja nota peribadi aku pasal game kita haritu (untuk difikirkan) : semua orang boleh main bola, semua orang boleh form a team - main friendly - menang kalah, tapi tanya diri anda sendiri...apa yang buat korang puas hati setelah habis game? *jawapan itulah yang menentukan objektif korang main.
  • Kalau nak keluar peluh, ok puas hati dapat keluar peluh. Kalau main nak enjoy time dengan kawan-kawan, ok puas hati enjoy. Kalau main nak menang, ok puas hati menang. Itu andaian yang elok-elok. Apa jadi kalau objektif tak sampai? tak puas hati lah kan. Jadi sebelum main pentingnya kita tahu apa kita nak, jadi kita akan buat apa yang kita nak.
  • Sama macam belajar, kalau objektif takat nak lulus exam. Bila lulus, korang akan puas hati takat itu je lah. Kalau tauke burger, objektif nak kaya. Tapi tak kaya-kaya, so dia tak puas hati. Sebab tu lepas tu dia join MLM plak. Pebenda aku cerita ni pon aku tak tahu, macam tengah high.
  • Ulasan game:
  1. Kucai punya shooting dah tak macam dulu, mungkin takes time untuk dapatkan sepakan peluru semula.
  2. Lan masih meneruskan aktiviti merembat jauh macam main golf kat driving range, satu perkara baik: Lan jenis tak putus asa, dia try & try dan try lagi...itu tak salah. Perkara yang boleh diupgrade: analoginya begini --> bila kita naik motor, sambil merempit celah-celah kereta, tiba-tiba jalan sempit sebab ada awek cun bawak volkswagen mini nak masuk lane sebelah tapi brader ketat bawa wira turbo tak bagi....so dia dah makan lane untuk motor mencelah. tapi bila nampak camtu, kadang bila motor dah terlajak -- kita try gak nak selit celah lorong sempit tu. Tapi ada plak motor lain belakang kita yang nampak macam kita dah stuck, dia pon lalu belakang volkswagen mini awek tu dah terus rempit ke depan...(motif: kadang-kadang kita buat tak salah, kita mencuba tak salah, tapi contoh dalam padang futsal ada 5 pemain, ada 5 kepala otak yang berjalan, bila kita buat satu benda 2,3 kali tak jadi, try cara lain...mungkin kawan-kawan lain ada cara lain)
  3. Faiz, Wan Felany, Adihafiz dah starting get back on track. Mungkin 2,3 game lagi dah boleh dapat tune lama. Ilma dah kurang main turun naik bak kata Adihafiz. Kamil, inspiring player. Sampai hari ini aku rasa kita tak silap pilih dia sebagai Kapten ST. Kadang bila aku letih, bila aku rasa team kita lemah, aku tengok dia, teruja dengan semangat dia...itu yang buat aku nak berusaha lebih lagi.
  4. Adios, Wafi & Zarif Kempeng serta Fad. Player baru nak join main-main dengan ST...so banyak lagi nak kena khatamkan walaupun azalinya mereka adalah bekas player bola dan ada basic. Cuma nak join ST kena ada darah ST agaknya :)
  • Ok game All Blacks vs Argentina dah nak start, haka dah mula. Tiba-tiba idea stop, so bye. Wan Felany pergi honeymoon di Langkawi, kalau dia baca entry ni di Langkawi...bertuahlah kita sebab akan dapat souvenir dari Langkawi. Suka hati!

1 comment:

Anonymous said...

thanks mar /fz