ST vs Falcons FC
12 Oktober 2011
Rabu 10.02 Malam
JPS Ampang, FIFA Court
- Manusia ni bila ada satu sifat tu, ia lazimnya menyebabkan perkara cepat jadi lambat, perkara mudah jadi payah..itulah sifat malas. Inilah bahana malas, game rabu lepas hari isnin baru nak update. Memang takda gaya blogger gosip panas ala ala 'ohartis' langsung.
- Bukan kali pertama ST main kat JPS Ampang, FIFA court kat sini size memanjang & kurang lebar, ditambah perisa dengan debu debu pasir untuk memudahkan kasut futsal menjadi rollerblade. Jadi conclusion disini, tak payah lah panggil FIFA court sangat kot.
- Untuk kali pertama setelah gabungan semula ini, kehadiran pemain pasukan ST adalah memuaskan. Semua datang awal & semua player ada. So total haritu yang main 13 orang. Kamil, Ilma, Wan Felany, Wan Keeper, Zul Keeper, Faiz, Adihafiz, Adios, Wafi, Fad, Zarif Kempeng, Lan & Kucai. Zarif juga hadir cuma tak dapat beraksi sebab keadaan padang & game yang tak mengizinkan player baru keluar workshop lutut sepertinya untuk mempamerkan skill bulldozernya.
- Ada yang comment, game yang berdisiplin. Yep, aku puji bab tu. We are defending as a team, yang mana bila bola hilang kita drop to our own half & stay compact. Itu bagus.
- Cuma benda tu cuma berlaku macam gerhana bulan gak lah, jarang jarang tapi ada. Yang paling ketara & selalu aku nampak (asyik yang salah je aku nampak ehh), player kita bila attack ada lagi 2 lori muatan berat kat bawah tak naik (even half court)....resultnya bila kita attack 3 orang naik, bila defend 2 orang tu jela akan defend sebab bila opponent counter kita akan dapati mid line kita kosong. 3 orang tadi penat menyerang kononnya, lalu jalan bersiar jap tengok awek awek keliling court.
- Bila menyerang atau defend, fikirkan cara paling selamat dulu. Baru fikir cara berisiko, bila kita ambil risiko & berjaya (which is kadang je berlaku) itu nampak hebat! Tapi bila kita ambil risiko & gagal, cepat cepat get back to plan selamat tadi. Contoh: kita nak pergi Pavilion lepak dengan geng geng Adi depan pavilion tu (hahaha)...pastu normalnya ikut Kg.Pandan cepat tapi jem, ikut Loke Yew jauh tapi tak jem. Risikonya ikut jalan jem lah, selamatnya ikut Loke Yew. (Kalau tak faham pon tolonglah buat buat faham, aku takde idea dah)
- Falcons FC adalah team Boy yang juga antara 'pengasas' pasukan ST suatu masa dahulu. Beliau antara player luar terawal yang join team kami & kami mendoakan semoga kecederaan lututnya lekas pulih. Kami kehilangan 'datuk bandar' bak kata Lan.
- Falcons FC mempunyai pemain yang bagus, gameplay walaupon tak nampak sangat tapi mereka ada 1,2 movement futsal yang kemas. Cuma maybe disebabkan haritu main 6 vs 6, mungkin defending line ST yang compact menyebabkan tiada space untuk Falcons membuat movement. Di lain hari, bila 5 vs 5, suasana pasti berlainan. Sila ambil note player ST sekalian.
- Kesudahan game = ST menang 4-1. Setelah berturut game Ilma scorer, tapi kalini Ilma tak score, dia pon main 15minit saja, penat katanya fitness training di titiwangsa petang tu. Biasalah manusia bila gagal mesti kena ada alasan kan. Alasan anda kami terima!
- Pujian aku hamburkan kepada 2 penjaga gol ST pada malam itu, iaitu Wan & Zul. Dua-dua terbaik! Macam Casillas & Buffon. Siapa Casillas siapa Buffon, korang rebut sendiri. Komunikasi antara player dengan keeper sahaja yang boleh diupgradekan lagi, sebab aku kurang dengar suara dari keeper kita padahal banyak je defend yang tak close gap & lambat recover posisi.
- Player lain macam biasa je, tiada peningkatan drastik dari game game lepas. Cuma Lan, mungkin sebab dia baca posting blog sebelum ni, dah kurang buat ambitious shooting, lebih bersabar & banyak spread bola ke wide player.
- Kucai pon ok setelah kian lama tak nampak dia main as a player, dia nampak steady & dengan kelebihan tubuh sasa ala Fahrin Ahmad, amatlah mudah dia shield bola & space dari player opponent. Memang steady.
- Kamil, another inspiring performance i must say. Mungkin sebab birthday isteri tercinta, jadi kemenangan ni dia nak hadiahkan buat isteri dia SU kot. Ok dari ST, Happy Birthday Su :)
- Faiz, dah berani & dah tahu nak close cuma kena berani buat benda yang kau tak pernah buat sebelum ni. Sebab kalau kau keep on buat benda yang dah sama kau buat sebelum ni, hasilnya adalah sama seperti sebelum sebelum ni. Jadi sekali sekala, kena try buat benda benda extraordinary..contohnya gelecek 3,4 orang pastu tak lepas, kena marah dengan Adi ehh dengan Wan Felany gak. Ok bukan camtu, kau cuma kena beranikan diri take a shot! & amatlah penting, shot tu dihalakan ke pintu gol lawan bukan pintu gol sendiri.
- Pujian juga kepada player jemputan, Zarif Kempeng. Beberapa kali membantu barisan defend ST dengan baik. Fad kena banyak kerja lagi, selalu passing ala ala cool cool tapi bola dapat kat player lawan. Adios dah hebat, player lain kena faham...bila bola dapat kat adios jangan terus lari berdesup..sebab selalunya adios akan hold bola & tarik tarik...pastu bila dah susah dia kata "mana weh" "larilah weh". Banyak chances adios depan gol haritu cuma mungkin emosi terlebih, tu yang nak merembat je tu. Wafi pula kurang menjadi malam tu, mungkin sebab kena tackle melambung oleh player opponent. Tapi overall Wafi player yang berpotensi untuk dikembangkan lagi di masa depan.
- Zarif dah minta untuk jadi manager sepenuh masa. Cuma kami masih mengharapkan dia mampu menjadi pemain juga dalam masa yang sama. Kami masih memerlukan skill bulldozer & steamroll!
- Adihafiz & Wan Felany, tahniah sebab dah nampak perubahan. Bukan pada susuk tubuh tapi pada permainan. Lebih baik dalam kawalan bola & itu semua memang tak dinafikan sebab korang dulu pernah suatu masa lampau menjadi pemain yang baik. Jangan nak kembang sangat, ini bukan pujian tapi aku takde idea nak kitai korang (nasib baik).
- Overall, tahniah. Sekali sekala main ramai camni, seronok plak. Makin besar keluarga ST makin meriah rasanya cuma belum ada yang mahu menyumbang lebih kepada tabung ST.hahaha Tabung ST akan digunakan untuk tujuan futsal saja, samada duit jersi atau duit padang. Tidak akan digunakan untuk ST pergi bercuti ke Bali ataupon Krabi. Siapa nak ikut ke Pulau Pinang november ni sila contact ilma, sekian.
No comments:
Post a Comment