Monday, October 17, 2011

ST vs Falcons FC

ST vs Falcons FC 12 Oktober 2011 Rabu 10.02 Malam JPS Ampang, FIFA Court
  • Manusia ni bila ada satu sifat tu, ia lazimnya menyebabkan perkara cepat jadi lambat, perkara mudah jadi payah..itulah sifat malas. Inilah bahana malas, game rabu lepas hari isnin baru nak update. Memang takda gaya blogger gosip panas ala ala 'ohartis' langsung.
  • Bukan kali pertama ST main kat JPS Ampang, FIFA court kat sini size memanjang & kurang lebar, ditambah perisa dengan debu debu pasir untuk memudahkan kasut futsal menjadi rollerblade. Jadi conclusion disini, tak payah lah panggil FIFA court sangat kot.
  • Untuk kali pertama setelah gabungan semula ini, kehadiran pemain pasukan ST adalah memuaskan. Semua datang awal & semua player ada. So total haritu yang main 13 orang. Kamil, Ilma, Wan Felany, Wan Keeper, Zul Keeper, Faiz, Adihafiz, Adios, Wafi, Fad, Zarif Kempeng, Lan & Kucai. Zarif juga hadir cuma tak dapat beraksi sebab keadaan padang & game yang tak mengizinkan player baru keluar workshop lutut sepertinya untuk mempamerkan skill bulldozernya.
  • Ada yang comment, game yang berdisiplin. Yep, aku puji bab tu. We are defending as a team, yang mana bila bola hilang kita drop to our own half & stay compact. Itu bagus.
  • Cuma benda tu cuma berlaku macam gerhana bulan gak lah, jarang jarang tapi ada. Yang paling ketara & selalu aku nampak (asyik yang salah je aku nampak ehh), player kita bila attack ada lagi 2 lori muatan berat kat bawah tak naik (even half court)....resultnya bila kita attack 3 orang naik, bila defend 2 orang tu jela akan defend sebab bila opponent counter kita akan dapati mid line kita kosong. 3 orang tadi penat menyerang kononnya, lalu jalan bersiar jap tengok awek awek keliling court.
  • Bila menyerang atau defend, fikirkan cara paling selamat dulu. Baru fikir cara berisiko, bila kita ambil risiko & berjaya (which is kadang je berlaku) itu nampak hebat! Tapi bila kita ambil risiko & gagal, cepat cepat get back to plan selamat tadi. Contoh: kita nak pergi Pavilion lepak dengan geng geng Adi depan pavilion tu (hahaha)...pastu normalnya ikut Kg.Pandan cepat tapi jem, ikut Loke Yew jauh tapi tak jem. Risikonya ikut jalan jem lah, selamatnya ikut Loke Yew. (Kalau tak faham pon tolonglah buat buat faham, aku takde idea dah)
  • Falcons FC adalah team Boy yang juga antara 'pengasas' pasukan ST suatu masa dahulu. Beliau antara player luar terawal yang join team kami & kami mendoakan semoga kecederaan lututnya lekas pulih. Kami kehilangan 'datuk bandar' bak kata Lan.
  • Falcons FC mempunyai pemain yang bagus, gameplay walaupon tak nampak sangat tapi mereka ada 1,2 movement futsal yang kemas. Cuma maybe disebabkan haritu main 6 vs 6, mungkin defending line ST yang compact menyebabkan tiada space untuk Falcons membuat movement. Di lain hari, bila 5 vs 5, suasana pasti berlainan. Sila ambil note player ST sekalian.
  • Kesudahan game = ST menang 4-1. Setelah berturut game Ilma scorer, tapi kalini Ilma tak score, dia pon main 15minit saja, penat katanya fitness training di titiwangsa petang tu. Biasalah manusia bila gagal mesti kena ada alasan kan. Alasan anda kami terima!
  • Pujian aku hamburkan kepada 2 penjaga gol ST pada malam itu, iaitu Wan & Zul. Dua-dua terbaik! Macam Casillas & Buffon. Siapa Casillas siapa Buffon, korang rebut sendiri. Komunikasi antara player dengan keeper sahaja yang boleh diupgradekan lagi, sebab aku kurang dengar suara dari keeper kita padahal banyak je defend yang tak close gap & lambat recover posisi.
  • Player lain macam biasa je, tiada peningkatan drastik dari game game lepas. Cuma Lan, mungkin sebab dia baca posting blog sebelum ni, dah kurang buat ambitious shooting, lebih bersabar & banyak spread bola ke wide player.
  • Kucai pon ok setelah kian lama tak nampak dia main as a player, dia nampak steady & dengan kelebihan tubuh sasa ala Fahrin Ahmad, amatlah mudah dia shield bola & space dari player opponent. Memang steady.
  • Kamil, another inspiring performance i must say. Mungkin sebab birthday isteri tercinta, jadi kemenangan ni dia nak hadiahkan buat isteri dia SU kot. Ok dari ST, Happy Birthday Su :)
  • Faiz, dah berani & dah tahu nak close cuma kena berani buat benda yang kau tak pernah buat sebelum ni. Sebab kalau kau keep on buat benda yang dah sama kau buat sebelum ni, hasilnya adalah sama seperti sebelum sebelum ni. Jadi sekali sekala, kena try buat benda benda extraordinary..contohnya gelecek 3,4 orang pastu tak lepas, kena marah dengan Adi ehh dengan Wan Felany gak. Ok bukan camtu, kau cuma kena beranikan diri take a shot! & amatlah penting, shot tu dihalakan ke pintu gol lawan bukan pintu gol sendiri.
  • Pujian juga kepada player jemputan, Zarif Kempeng. Beberapa kali membantu barisan defend ST dengan baik. Fad kena banyak kerja lagi, selalu passing ala ala cool cool tapi bola dapat kat player lawan. Adios dah hebat, player lain kena faham...bila bola dapat kat adios jangan terus lari berdesup..sebab selalunya adios akan hold bola & tarik tarik...pastu bila dah susah dia kata "mana weh" "larilah weh". Banyak chances adios depan gol haritu cuma mungkin emosi terlebih, tu yang nak merembat je tu. Wafi pula kurang menjadi malam tu, mungkin sebab kena tackle melambung oleh player opponent. Tapi overall Wafi player yang berpotensi untuk dikembangkan lagi di masa depan.
  • Zarif dah minta untuk jadi manager sepenuh masa. Cuma kami masih mengharapkan dia mampu menjadi pemain juga dalam masa yang sama. Kami masih memerlukan skill bulldozer & steamroll!
  • Adihafiz & Wan Felany, tahniah sebab dah nampak perubahan. Bukan pada susuk tubuh tapi pada permainan. Lebih baik dalam kawalan bola & itu semua memang tak dinafikan sebab korang dulu pernah suatu masa lampau menjadi pemain yang baik. Jangan nak kembang sangat, ini bukan pujian tapi aku takde idea nak kitai korang (nasib baik).
  • Overall, tahniah. Sekali sekala main ramai camni, seronok plak. Makin besar keluarga ST makin meriah rasanya cuma belum ada yang mahu menyumbang lebih kepada tabung ST.hahaha Tabung ST akan digunakan untuk tujuan futsal saja, samada duit jersi atau duit padang. Tidak akan digunakan untuk ST pergi bercuti ke Bali ataupon Krabi. Siapa nak ikut ke Pulau Pinang november ni sila contact ilma, sekian.

Sunday, October 9, 2011

Street Team vs TBPKW FC

Street Team vs TBPKW FC 05 Oktober 2011 Rabu 10.37 Malam Sports Affair, Cheras Hartamas
  • TBPKW FC = Team Baju Putih Kawan Wafi FC. Selamba aku tambah FC (nampak macam nama skema team bola sikit). Baju putih kerana kebiasaanya diorang pakai baju putih. Tapi malam tu maybe diorang sengaja pakai macam-macam color, untuk tujuan mengelirukan pihak musuh agaknya.
  • Opponent datang dengan senjata rahsia mereka yang belum pernah lagi opponent-opponent kami sebelum ini bawa, itulah dia stroller baby :)
  • Player ST: Kamil, Wan Felany, Faiz, Kucai, Lan, Ilma, Adihafiz, Adios, Zarif Kempeng, Wafi & Fad.
  • Lemau lahh nak taip posting kali ni. Pesal huh? Ok Springboks baru kalah dengan Wallabies, dem! tak dapat tengok Habana lagi. But thumbs up to Wallabies backline (defends)!
  • Satu saja nota peribadi aku pasal game kita haritu (untuk difikirkan) : semua orang boleh main bola, semua orang boleh form a team - main friendly - menang kalah, tapi tanya diri anda sendiri...apa yang buat korang puas hati setelah habis game? *jawapan itulah yang menentukan objektif korang main.
  • Kalau nak keluar peluh, ok puas hati dapat keluar peluh. Kalau main nak enjoy time dengan kawan-kawan, ok puas hati enjoy. Kalau main nak menang, ok puas hati menang. Itu andaian yang elok-elok. Apa jadi kalau objektif tak sampai? tak puas hati lah kan. Jadi sebelum main pentingnya kita tahu apa kita nak, jadi kita akan buat apa yang kita nak.
  • Sama macam belajar, kalau objektif takat nak lulus exam. Bila lulus, korang akan puas hati takat itu je lah. Kalau tauke burger, objektif nak kaya. Tapi tak kaya-kaya, so dia tak puas hati. Sebab tu lepas tu dia join MLM plak. Pebenda aku cerita ni pon aku tak tahu, macam tengah high.
  • Ulasan game:
  1. Kucai punya shooting dah tak macam dulu, mungkin takes time untuk dapatkan sepakan peluru semula.
  2. Lan masih meneruskan aktiviti merembat jauh macam main golf kat driving range, satu perkara baik: Lan jenis tak putus asa, dia try & try dan try lagi...itu tak salah. Perkara yang boleh diupgrade: analoginya begini --> bila kita naik motor, sambil merempit celah-celah kereta, tiba-tiba jalan sempit sebab ada awek cun bawak volkswagen mini nak masuk lane sebelah tapi brader ketat bawa wira turbo tak bagi....so dia dah makan lane untuk motor mencelah. tapi bila nampak camtu, kadang bila motor dah terlajak -- kita try gak nak selit celah lorong sempit tu. Tapi ada plak motor lain belakang kita yang nampak macam kita dah stuck, dia pon lalu belakang volkswagen mini awek tu dah terus rempit ke depan...(motif: kadang-kadang kita buat tak salah, kita mencuba tak salah, tapi contoh dalam padang futsal ada 5 pemain, ada 5 kepala otak yang berjalan, bila kita buat satu benda 2,3 kali tak jadi, try cara lain...mungkin kawan-kawan lain ada cara lain)
  3. Faiz, Wan Felany, Adihafiz dah starting get back on track. Mungkin 2,3 game lagi dah boleh dapat tune lama. Ilma dah kurang main turun naik bak kata Adihafiz. Kamil, inspiring player. Sampai hari ini aku rasa kita tak silap pilih dia sebagai Kapten ST. Kadang bila aku letih, bila aku rasa team kita lemah, aku tengok dia, teruja dengan semangat dia...itu yang buat aku nak berusaha lebih lagi.
  4. Adios, Wafi & Zarif Kempeng serta Fad. Player baru nak join main-main dengan ST...so banyak lagi nak kena khatamkan walaupun azalinya mereka adalah bekas player bola dan ada basic. Cuma nak join ST kena ada darah ST agaknya :)
  • Ok game All Blacks vs Argentina dah nak start, haka dah mula. Tiba-tiba idea stop, so bye. Wan Felany pergi honeymoon di Langkawi, kalau dia baca entry ni di Langkawi...bertuahlah kita sebab akan dapat souvenir dari Langkawi. Suka hati!