Friday, January 29, 2010

Kejohanan Futsal Terbuka Belia 1MALAYSIA, Putrajaya

24 Januari 2010
Ahad 8-10 pagi
Pancarona/Puspanita (Precint 10)
  • Tournament yang disertai di Putrajaya. Sepatutnya berlangsung pada 23 & 24 hb, tapi cuaca dan susunan jadual tak mengizinkan kami main hari sabtu.
  • Ahad, players main: khairil (keeper), wan keeper (keeper), adihafiz, wan felany, yai & K.
  • Khairil & K adalah 2 player jemputan yang diundang untuk mengisi kekosongan slot pemain kerana kesibukan player ST yang lain dengan komitmen duniawi masing2.
  • Players tak main: kucai & lan (futsal UDA), kamil & ilma (class), zarif, aqil & faiz (shah alam), matbas (kerja)
  • Keseluruhan keputusan:
  1. Kalah percuma (kehadiran lewat, tak cukop player)
  2. seri 2-2
  3. menang 2-0
  4. menang 2-1
  • Kami gagal melayakkan diri ke peringkat seterusnya atas kiraan jaringan. Jadi terkandaslah kami di peringkat kumpulan
  • Diharap pada masa yang akan datang, ST dapat membaiki pencapaian ini.
  • Selalu sangat tak cukop player, adakah sudah tiba masa kita buka pintu kepada pemain2 luar yang berminat untuk bermain dengan pasukan kita? jeng jeng jeng.....
  • Dah. bye

Friday, January 22, 2010

ST 20 vs 18 KL Pendidikan

Street Team vs KL Pendidikan 20 Januari 2010 Rabu 10 malam Sports 7, Wangsa Maju (Pitch 2)
  • First of all, score adalah keputusan tidak rasmi. Memandangkan kami lost scoring count sebab gol asyik bertubi-tubi masuk silih berganti di kedua-dua gawang gol.
  • Namun kami base kan score tu berdasarkan jumlah gol yang dijaringkan setiap pemain kami dan sejauh mana kotak RAM penjaga gol kami mengingati berapa banyak dia bolos.
  • 2nd of all, gambar takde. sebab jurukamera bertauliah kami iaitu adihafiz belum khatam level 1 jurusan fotografi beliau.
  • 3rd of all, thank to cikgu-cikgu dan team KL Pendidikan. gila fit player baju hitam team korang, tak kua-kua langsung sejam main. takjub2!
  • So players main: wan keeper, wan felany, kamil, adihafiz, ilma, lan, yai, kucai, matbas. Penampilan pertama untuk yai dan matbas dalam siri friendly Street Team.
  • Yai atau nama sebenar beliau Yai Kok Meng, telah secara rasmi menawarkan diri dan ditawarkan diri untuk join Street Team. Surat tawaran tidaklah dapat dikeluarkan secara rasmi kerana HR department tutup malam-malam.
  • Players tak main: zarif (ada ko-q), shafiq teratai (@uitm penang), aqil (training MASUM), faiz (training MASAM)
  • Reaksi selepas game adalah seperti berikut:
  1. Yai - "kita main macam game plak. laju gila tempo"
  2. Kucai - "aku score 4 eh.."
  3. Wan Felany - "kan aku dah cakap pagi tadi, aku nak score banyak malam ni"
  4. Kamil - "aku takde respons..ikot korang je. eh jap-jap nak sms..."
  5. Adihafiz - "basic doh..aritu kan dah belajar..."
  6. Ilma - "patotnya kita belajar defending. banyak gila lepas malam ni.."
  7. Lan - "hehehehehe" (gelak je)
  8. Wan Keeper - "aku score 1 tau.."
  9. Matbas - "weh balik aa. sok aku keje pagi doh..nak balik jauh ni"
  • So senarai penjaring: 1gol: adihafiz, wan keeper 2gol: wan felany,yai 3gol: kamil,matbas 4gol: kucai,lan
  • Soalan trivia pada kali ini adalah: apakah moral yang anda dapat atau mahu dapat dalam friendly game yang sering kita lakukan? moral tu lebih kurang macam ajaran aa (aku tau semua player baca blog ni, so reply kat komen ye, sape tak reply potong 2 gol. haha!)
  • ada satu story. hari ini seorang cikgu ajar anak murid dia ABC, esok dia ajar DEF. lusa, cikgu saja nak test...resultnya, ada anak murid yang dapat baca ABC sahaja. ada yang dapat ABCDEF. tapi ada yang extraordinary, dapat ABCDEFGHI...
  • moral of the story: pokok pangkalnya adalah usaha individu tu sendiri. kalau dia mahu maju ke depan, tak perlu tunggu semua benda orang suap kat dia. usaha. dan jangan pernah putus asa kerana putus asa itu seolah menyatakan aku gagal.
  • konsep dia boleh diaplikasikan di dalam game futsal kita. setiap kali game adalah ibarat memasuki medan peperangan, itu adalah kata-kata Paolo Maldini.
  • kalau dalam perang, defend kita kena attack. adakah wajar kita berjalan lenggang kangkung balik ke kubu pertahanan (mengenangkan kepenatan kita pergi menyerang tadi) dan merelakan kubu kita bocor diserang musuh?
  • kalau dalam perang, 10 lawan 10. sorang demi sorang ahli kita ditembak musuh. hingga tinggal kita 6 lawan 10. Apakah kita perlu melulu menyerang musuh ala-ala rambo selepas itu? atau adakah kita perkuatkan kubu pertahanan agar jangan ada lagi ahli kita yang ditembak musuh dan dalam masa yang sama kita cuba menyerang dan menembak musuh?
  • renung-renungkan dan selamat beramal. sekian.

Saturday, January 16, 2010

Friday Futsal

15 Januari 2010 Jumaat 10-12 malam Sport Planet Ampang (Pitch 1)

  • Alhamdulillah, kami dapat baju dan voucher rm60.
  • Memandangkan kami tak sempat cari team untuk friendly minggu ini, maka kami ambil keputusan untuk main bowling.
  • Tapi bowling seluruh KL full plak malam tu, mungkin persatuan bowling seluruh KL saja tak nak bagi kami mempamerkan skil 'longkang' kami atau pon mungkin semua ofis-ofis pakat adakan pertandingan bowling malam tu (dan2).
  • So kami join friday futsal (F5).
  • Players main: kucai (keeper), kamil, aqil, adihafiz, zarif, faiz, ilma & lan.
  • Player tak dapat main: wan felany (kerja kuat di luar kawasan), mat bas (beliau baru kehilangan ayahanda tercinta, takziah dari ST), wan keeper (fokus untuk futsal interbank esok hari)
  • Keputusan seperti di bawah:
  1. ST menang 2-1
  2. ST menang 2-0
  3. ST menang 3-1
  4. ST menang 3-0 (Final)
  • Penjaring gol malam tu setelah diambil kata sepakat, tak perlu diupdate. kerana semuanya berfungsi membantu orang yang menjaringkan gol. demi menjaga keharmonian atau dengan kata lain yang lebih jujur "malas aku nak update", ok adil.
  • Gambar membuktikan ada player yang main semua game, ada player yang main sikit-sikit, ada player yang tido & berak je lebih (muka nantok).
  • Ada sedikit insiden tak best berlaku, namun harap player ST dapat lebih matang menghadapi situasi selepas ini.
  • Malam ni, Selangor jumpa KL Plus. jom turun! (cai, sticker kete dah setahun aku tunggu. hahaha! )
  • Tahniah buat ST. Tiada yang indah selain kemenangan, namun kekalahan bukanlah satu malapetaka jika kita belajar darinya. Sekian :)

Saturday, January 9, 2010

ST 18 vs 7 Mosryte UTD

Street Team vs Mosryte UTD 8 Januari 2010
Jumaat 11 malam HTO USJ Subang (Pitch 2)

  • Kalau tengok gambar, macam Liverpool vs Penjaga Gol MU. Kalau korang tak rasa macam tu..."ada aku kesah?" hahaha
  • Kamil deal game. Melalui gofutsal.com. portal futsal malaysia yang paling hot.
  • Thanx kepada azrin dari mosryte UTD.
  • Players: wan keeper, kucai, lan, faiz, zarif, felany, adihafiz, ilma, kamil & aqil.
  • Players tak main: shafiq teratai (@uitm penang - sem baru dah start), matbas (ayah dia sakit malam tu), pacak (takde kredit nak reply sms).
  • Kami main futsal sama-sama since bulan 8 2009. Kami start officially team ni bulan 12 2009. Tapi malam tu, 5-10 minit awal permainan, adalah waktu paling hilang punca dalam lipatan sejarah kami.
  • Ditinggalkan 2-0 dengan begitu bersahaja oleh opponent. Masing-masing (player ST atas padang) main diam macam ada signboard "disini kawasan peperiksaan, sila diam".
  • Kamil selaku kapten yang bertanggungjawab untuk team ni dah tak senang duduk kat luar padang. (memang ada karisma kapten, tak bleh dok diam tengok team tengah suffer)
  • Kedudukan gol dan game berubah setelah beberapa pertukaran dilakukan oleh kedua-dua pasukan.
  • Aku tak reti nak review game secara overall. tapi aku reti nak review player by player, sebab senang nak bahan sorang-sorang. jap eh..
  • Aqil, mungkin sebab kecewa jadi reserved je masa futsal felda. beliau menjadikan game malam ni sebagai pelepas dendam. semua skil-skil yang selalunya mudah dilakukan memang sengaja beliau buat tak jadi malam ni. diulangi memang sengaja buat tak jadi.
  • Kamil, bunga-bunga kapten dalam diri kamil dah mula mekar. Tapi kapten pon kenalah percaya rakan sepasukan eh...
  • Ilma, mamat no 13 ni kena 'takik' sket nak jatuh lebih-lebih..aritu farid kamil panggil jadi pelakon xtra taknak plak. kecah la mamat ni!
  • Faiz....dah mula nampak improve game by game. dah boleh confident pegang bola walaupun nampak bulu kening dah gegar-gegar goyang bila opponent pressure. jadikan setiap friendly/training untuk improve lagi. pasni KL Figos nak carik player senang sket.
  • Felany, saja aku komen wan felany lepas komen faiz. sebab mereka berdua ni tak boleh dipisahkan. memang selalu sependapat dalam apa jua perkara. Wan walaupun agak lost pada mula permainan malam ni tapi kehadiran wani (gf dia) telah membakar semangat beliau, malah juga membakar lemak-lemak dan kalori dalam badan beliau.
  • Kucai...kalau orang lain defend zone, dia defend zone. kalau orang lain defend man-to-man, dia defend zone lagi. cantik!! memang strategi yang paling sukar dikenalpasti pihak lawan. sudahnya rakan sepasukanlah yang kena double-up lari dan kejar opponent, ko kena belanja teh ais ni cai. takpon up sket gatorade tiger woods.
  • Lan, stamina dia memang tak bleh disangkal lagi. orang lain lari, dia lari. orang lain stop, dia lari lagi...(namun belum ada rekod lari rumah dilaporkan). konsep lan dengan kucai hampir sama. tapi konsep lan positif sket dari konsep kucai...shoot-shoot jarak jauh lan dah makin mantap. pasni mungkin kucai akan up ilmu sepakan jurus kelapan plak.
  • Wan keeper....bolos 1 gol masa game dengan coach/ex player. bolos 7 gol masa game dengan mosrite united. pemain yang hanya minat main posisi penjaga gol sahaja, pasal tu kalau bola kat kaki or player back pass kat keeper memang dia standby nak clear jela, takde nak pass-pass dekat-dekat dah.
  • Zarif...gaya-gaya bulldozer dah berjaya dilenyek dalam diri beliau. tapi prinsip beliau kalau tak dapat bola, keting kau pon jadik!....Namun beliau adalah the most reliable defender dalam team ni. kekentalan beliau diakui secara peribadi oleh wan keeper, namun disangkal oleh ilma bulat-bulat. sebab sepatutnya pujila ilma. puji zarif kang jadi kembang sangat plak. dah macam doremon plak kang abang aqil ni nanti.
  • Adihafiz, kina (gf dia) hadir memberi sokongan walaupon mengikut berita terkini sekitar jam 9 malam tu adi dan kina sedang melancarkan perang dunia kedua...adi macam biasa, cool bila bola kat kaki. kalau main bola padang kita memang senang-senang nampak dia malas belari dan kejar opponent. tapi berbeza dengan futsal. beliau membuktikan perot yang besar bukanlah satu halangan untuk belari.
  • Keseluruhan penjaring: 1 gol: faiz, ilma, zarif. 2 gol: wan felany, lan, adihafiz. 3 gol: kamil, aqil, kucai. wan keeper tak jaring gol, sebab dia hanya berlegar dalam kotak penalti sendiri sepanjang masa permainan.
  • Terima kasih buat geng Mosrite United. Good team dengan skillfull player. Mereka juga friendly dan kami yang malu-malu kucing ni takla feel stranger sangat.
  • Permulaan 2010 yang baik untuk street team.
  • Semoga pasukan Selangor berjaya menewaskan Negeri Sembilan malam ni untuk mengekalkan waima hanyalah Piala Sumbangsih (Piala Sultan Ahmad Shah). Sorry lari topik plak.
  • Walaupun korang (player street team) jarang komen or promote blog ni (kecuali wan). tapi aku tau korang rajin baca. sebab tu apa yang kena komplen dalam post sebelum ni, aku dah tak rasa nak komplen lagi dalam post kalini. semua dah improve. thanx kawan-kawan. kita sama-sama tolong each other -- untuk team kita gak :)
  • Untuk kalini apa yang boleh kita sama-sama improve adalah masa kehadiran dan pemberitahuan (kredit kawan-kawan). Walaupun training atau friendly, kehadiran kenalah berpatutan. Kalau game pukol 11, sedang elok lah kalo 10.45-10.50 dah sampai venue. Boleh warm-up (bukan apa takot injury) dan prepare or diskas taktik (jika ada). Kami faham KL ni jammed, waima 3 pagi pon downtown jammed lagi. Lagi satu, kalau tak dapat datang or lewat, just inform anybody.
  • Lagi satu kesian aku tengok kamil kena sms/call berkali-kali semata-mata untuk inform game, nak tanya korang dah sampai mana masa game dah nak start. pastu nak setting transportation semua. Tapi ada hikmah gak sebab sementara kamil 'solo' ni lah kita perabiskan kredit dia. hahaha (gelak jahat)
  • Sekadar itu untuk kali ini. posting blog ni suka-suka je. sape-sape rasa nak post, feel free. password blog seperti yang dibincangkan dulu. ada bincang ke?
  • Ok chaw! sambung tido -- malam ni kita ke paroi yo jang!

ST 4 vs 1 Coaches/Ex Player

Street Team vs Coaches/Ex Player
8 Januari 2010
Jumaat 10.40 malam
HTO USJ Subang (Pitch 2)
  • Game pasang siap namanya. Last minit kebetulan call-up.
  • Opponent team dah main start 10malam, tapi our "lucky day" dapat sama-sama join main untuk last 20 minit.
  • Kami sendiri tak tahu samada ianya friendly or main saja-saja mulanya. Tapi seronok dapat main dengan player seperti asmawi bakiri dan nizam jamil.
  • Sorryla abang-abang kalau kami agak beriya-riya..teruja agaknya.
  • Player line-up: Kamil, Aqil, Faiz, Zarif, Ilma (keeper). Gila apa ilma keeper? ---ooh sebab orang lain datang lambat. kena lantik sorang jadi macam cikgu disiplin pasni. lambat denda!
  • Player lain yang turun dan bermain untuk game ni: adihafiz, kucai, lan, felany, wan keeper.
  • Game start sangatlah kelam-kabut. Mungkin sebab player lain nak catch-up dengan larian lipas kudung kamil kot.
  • Takde banyak nak cite pon since 20 minit je main game ni.
  • Ada 4 gol kami jaringkan dan hasil daripada 4 pemain yang berbeza. Namun gol tidak dikira masuk ke dalam statistik jaringan sebab "friendly tak rasmi"
  • Keseluruhan, motif yang boleh dicipta..game sebagai warm-up sebab team baju merah (mosrite united-our official friendly opponent malam tu) dah berada di pitch 2 untuk game yang dijadual start pukul 11malam.
  • Kalau korang tak paham baca post ni...nape tiba-tiba nama mosrite united plak kua. cemane team coaches/ex player bleh masuk dalam skrip cite ni.....baca sekali lagi dari mula sampai habis. kalau tak paham gak, samalah macam kitorang. sebab kitorang pon tak paham apa sebenarnya yang berlaku pada mulanya. aku pon tak paham apa aku post ni.
  • 20 minit main. Masing-masing tekebil-kebil bila dengar announcement cakap pitch 2 dah tamat. (yang lain terkebil-kebil, tapi kamil ternganga mulot --xbleh blah) player atas padang dah salam-salam. Aqil dengan confident "ooh ni rehat ni"...
  • Cerita versi kisah benarnye camni. Kami sangka team yang kami main ni adalah mosrite united. Yang mana kami deal thru gofutsal. so memang tak kenal team ni mana satu. Mengikut sms yang diterima kami akan main pitch 2. Kebetolan masa kami sampai, team ni (Coaches/Ex player) tengah main dan dorang ajak kami main. Kami ingatkan ini team yang kami nak friendly malam ni. hahaha beriya-riya ingat kitorang yang dah lambat.
  • alih-alih team ni (Coaches/Ex player) ajak kami main saja-saja je...sebab tu awal-awal dorang cakap "takpe main je..kitorang bayar court". dah habis main baru kami recall ayat tersebut dengan penuh makna.
  • sekian. friendly dengan mosrite united dalam post seterusnya.