Saturday, January 9, 2010

ST 18 vs 7 Mosryte UTD

Street Team vs Mosryte UTD 8 Januari 2010
Jumaat 11 malam HTO USJ Subang (Pitch 2)

  • Kalau tengok gambar, macam Liverpool vs Penjaga Gol MU. Kalau korang tak rasa macam tu..."ada aku kesah?" hahaha
  • Kamil deal game. Melalui gofutsal.com. portal futsal malaysia yang paling hot.
  • Thanx kepada azrin dari mosryte UTD.
  • Players: wan keeper, kucai, lan, faiz, zarif, felany, adihafiz, ilma, kamil & aqil.
  • Players tak main: shafiq teratai (@uitm penang - sem baru dah start), matbas (ayah dia sakit malam tu), pacak (takde kredit nak reply sms).
  • Kami main futsal sama-sama since bulan 8 2009. Kami start officially team ni bulan 12 2009. Tapi malam tu, 5-10 minit awal permainan, adalah waktu paling hilang punca dalam lipatan sejarah kami.
  • Ditinggalkan 2-0 dengan begitu bersahaja oleh opponent. Masing-masing (player ST atas padang) main diam macam ada signboard "disini kawasan peperiksaan, sila diam".
  • Kamil selaku kapten yang bertanggungjawab untuk team ni dah tak senang duduk kat luar padang. (memang ada karisma kapten, tak bleh dok diam tengok team tengah suffer)
  • Kedudukan gol dan game berubah setelah beberapa pertukaran dilakukan oleh kedua-dua pasukan.
  • Aku tak reti nak review game secara overall. tapi aku reti nak review player by player, sebab senang nak bahan sorang-sorang. jap eh..
  • Aqil, mungkin sebab kecewa jadi reserved je masa futsal felda. beliau menjadikan game malam ni sebagai pelepas dendam. semua skil-skil yang selalunya mudah dilakukan memang sengaja beliau buat tak jadi malam ni. diulangi memang sengaja buat tak jadi.
  • Kamil, bunga-bunga kapten dalam diri kamil dah mula mekar. Tapi kapten pon kenalah percaya rakan sepasukan eh...
  • Ilma, mamat no 13 ni kena 'takik' sket nak jatuh lebih-lebih..aritu farid kamil panggil jadi pelakon xtra taknak plak. kecah la mamat ni!
  • Faiz....dah mula nampak improve game by game. dah boleh confident pegang bola walaupun nampak bulu kening dah gegar-gegar goyang bila opponent pressure. jadikan setiap friendly/training untuk improve lagi. pasni KL Figos nak carik player senang sket.
  • Felany, saja aku komen wan felany lepas komen faiz. sebab mereka berdua ni tak boleh dipisahkan. memang selalu sependapat dalam apa jua perkara. Wan walaupun agak lost pada mula permainan malam ni tapi kehadiran wani (gf dia) telah membakar semangat beliau, malah juga membakar lemak-lemak dan kalori dalam badan beliau.
  • Kucai...kalau orang lain defend zone, dia defend zone. kalau orang lain defend man-to-man, dia defend zone lagi. cantik!! memang strategi yang paling sukar dikenalpasti pihak lawan. sudahnya rakan sepasukanlah yang kena double-up lari dan kejar opponent, ko kena belanja teh ais ni cai. takpon up sket gatorade tiger woods.
  • Lan, stamina dia memang tak bleh disangkal lagi. orang lain lari, dia lari. orang lain stop, dia lari lagi...(namun belum ada rekod lari rumah dilaporkan). konsep lan dengan kucai hampir sama. tapi konsep lan positif sket dari konsep kucai...shoot-shoot jarak jauh lan dah makin mantap. pasni mungkin kucai akan up ilmu sepakan jurus kelapan plak.
  • Wan keeper....bolos 1 gol masa game dengan coach/ex player. bolos 7 gol masa game dengan mosrite united. pemain yang hanya minat main posisi penjaga gol sahaja, pasal tu kalau bola kat kaki or player back pass kat keeper memang dia standby nak clear jela, takde nak pass-pass dekat-dekat dah.
  • Zarif...gaya-gaya bulldozer dah berjaya dilenyek dalam diri beliau. tapi prinsip beliau kalau tak dapat bola, keting kau pon jadik!....Namun beliau adalah the most reliable defender dalam team ni. kekentalan beliau diakui secara peribadi oleh wan keeper, namun disangkal oleh ilma bulat-bulat. sebab sepatutnya pujila ilma. puji zarif kang jadi kembang sangat plak. dah macam doremon plak kang abang aqil ni nanti.
  • Adihafiz, kina (gf dia) hadir memberi sokongan walaupon mengikut berita terkini sekitar jam 9 malam tu adi dan kina sedang melancarkan perang dunia kedua...adi macam biasa, cool bila bola kat kaki. kalau main bola padang kita memang senang-senang nampak dia malas belari dan kejar opponent. tapi berbeza dengan futsal. beliau membuktikan perot yang besar bukanlah satu halangan untuk belari.
  • Keseluruhan penjaring: 1 gol: faiz, ilma, zarif. 2 gol: wan felany, lan, adihafiz. 3 gol: kamil, aqil, kucai. wan keeper tak jaring gol, sebab dia hanya berlegar dalam kotak penalti sendiri sepanjang masa permainan.
  • Terima kasih buat geng Mosrite United. Good team dengan skillfull player. Mereka juga friendly dan kami yang malu-malu kucing ni takla feel stranger sangat.
  • Permulaan 2010 yang baik untuk street team.
  • Semoga pasukan Selangor berjaya menewaskan Negeri Sembilan malam ni untuk mengekalkan waima hanyalah Piala Sumbangsih (Piala Sultan Ahmad Shah). Sorry lari topik plak.
  • Walaupun korang (player street team) jarang komen or promote blog ni (kecuali wan). tapi aku tau korang rajin baca. sebab tu apa yang kena komplen dalam post sebelum ni, aku dah tak rasa nak komplen lagi dalam post kalini. semua dah improve. thanx kawan-kawan. kita sama-sama tolong each other -- untuk team kita gak :)
  • Untuk kalini apa yang boleh kita sama-sama improve adalah masa kehadiran dan pemberitahuan (kredit kawan-kawan). Walaupun training atau friendly, kehadiran kenalah berpatutan. Kalau game pukol 11, sedang elok lah kalo 10.45-10.50 dah sampai venue. Boleh warm-up (bukan apa takot injury) dan prepare or diskas taktik (jika ada). Kami faham KL ni jammed, waima 3 pagi pon downtown jammed lagi. Lagi satu, kalau tak dapat datang or lewat, just inform anybody.
  • Lagi satu kesian aku tengok kamil kena sms/call berkali-kali semata-mata untuk inform game, nak tanya korang dah sampai mana masa game dah nak start. pastu nak setting transportation semua. Tapi ada hikmah gak sebab sementara kamil 'solo' ni lah kita perabiskan kredit dia. hahaha (gelak jahat)
  • Sekadar itu untuk kali ini. posting blog ni suka-suka je. sape-sape rasa nak post, feel free. password blog seperti yang dibincangkan dulu. ada bincang ke?
  • Ok chaw! sambung tido -- malam ni kita ke paroi yo jang!

3 comments:

irwan felany asna said...

time ni semua player dah mengimprove kan diri mereka...so maybe kiter just perlu lebih kan training dan mendisiplinkan diri masing2 untuk datang lebih awal, memberi kerjasama kepada kepten, dan yg lain2 yg korang rasa patut dan tak patut korang buat.tak perlu la kiter nak citer...semua dah besar kan...

Mohd Kamil said...

Satu pencapaian baik tahun 2010..
tahniah street team

irwan felany asna said...

tapi gambar aku korang tak letak kan..mentang2 aku yang tolong amik kan gambar...ceh....