Street Team vs KL Pendidikan
20 Januari 2010
Rabu 10 malam
Sports 7, Wangsa Maju (Pitch 2)
- First of all, score adalah keputusan tidak rasmi. Memandangkan kami lost scoring count sebab gol asyik bertubi-tubi masuk silih berganti di kedua-dua gawang gol.
- Namun kami base kan score tu berdasarkan jumlah gol yang dijaringkan setiap pemain kami dan sejauh mana kotak RAM penjaga gol kami mengingati berapa banyak dia bolos.
- 2nd of all, gambar takde. sebab jurukamera bertauliah kami iaitu adihafiz belum khatam level 1 jurusan fotografi beliau.
- 3rd of all, thank to cikgu-cikgu dan team KL Pendidikan. gila fit player baju hitam team korang, tak kua-kua langsung sejam main. takjub2!
- So players main: wan keeper, wan felany, kamil, adihafiz, ilma, lan, yai, kucai, matbas. Penampilan pertama untuk yai dan matbas dalam siri friendly Street Team.
- Yai atau nama sebenar beliau Yai Kok Meng, telah secara rasmi menawarkan diri dan ditawarkan diri untuk join Street Team. Surat tawaran tidaklah dapat dikeluarkan secara rasmi kerana HR department tutup malam-malam.
- Players tak main: zarif (ada ko-q), shafiq teratai (@uitm penang), aqil (training MASUM), faiz (training MASAM)
- Reaksi selepas game adalah seperti berikut:
- Yai - "kita main macam game plak. laju gila tempo"
- Kucai - "aku score 4 eh.."
- Wan Felany - "kan aku dah cakap pagi tadi, aku nak score banyak malam ni"
- Kamil - "aku takde respons..ikot korang je. eh jap-jap nak sms..."
- Adihafiz - "basic doh..aritu kan dah belajar..."
- Ilma - "patotnya kita belajar defending. banyak gila lepas malam ni.."
- Lan - "hehehehehe" (gelak je)
- Wan Keeper - "aku score 1 tau.."
- Matbas - "weh balik aa. sok aku keje pagi doh..nak balik jauh ni"
- So senarai penjaring: 1gol: adihafiz, wan keeper 2gol: wan felany,yai 3gol: kamil,matbas 4gol: kucai,lan
- Soalan trivia pada kali ini adalah: apakah moral yang anda dapat atau mahu dapat dalam friendly game yang sering kita lakukan? moral tu lebih kurang macam ajaran aa (aku tau semua player baca blog ni, so reply kat komen ye, sape tak reply potong 2 gol. haha!)
- ada satu story. hari ini seorang cikgu ajar anak murid dia ABC, esok dia ajar DEF. lusa, cikgu saja nak test...resultnya, ada anak murid yang dapat baca ABC sahaja. ada yang dapat ABCDEF. tapi ada yang extraordinary, dapat ABCDEFGHI...
- moral of the story: pokok pangkalnya adalah usaha individu tu sendiri. kalau dia mahu maju ke depan, tak perlu tunggu semua benda orang suap kat dia. usaha. dan jangan pernah putus asa kerana putus asa itu seolah menyatakan aku gagal.
- konsep dia boleh diaplikasikan di dalam game futsal kita. setiap kali game adalah ibarat memasuki medan peperangan, itu adalah kata-kata Paolo Maldini.
- kalau dalam perang, defend kita kena attack. adakah wajar kita berjalan lenggang kangkung balik ke kubu pertahanan (mengenangkan kepenatan kita pergi menyerang tadi) dan merelakan kubu kita bocor diserang musuh?
- kalau dalam perang, 10 lawan 10. sorang demi sorang ahli kita ditembak musuh. hingga tinggal kita 6 lawan 10. Apakah kita perlu melulu menyerang musuh ala-ala rambo selepas itu? atau adakah kita perkuatkan kubu pertahanan agar jangan ada lagi ahli kita yang ditembak musuh dan dalam masa yang sama kita cuba menyerang dan menembak musuh?
- renung-renungkan dan selamat beramal. sekian.
4 comments:
aku rasa kita perlu banyak belajar cara untuk bertahan dan cara untuk serang balas pihak lawan...itu yg boleh kita lakukan jika tiada permain2 yg berjantung 2 di dlm padang.....
mng xtnpa klh k...
ok pe...aku ada tengok game korang malam tu.laju semacam main 5 minit hahaha.
team korang memang power.
FU squad.. eh time bile ye tgk street team ni main. biasa je. kitorang baru nk membentuk team. thanx atas pujian. pujian tu kita amik sbgai smgt untuk bermain.
Post a Comment