Wednesday, November 30, 2011

ST vs Team Selayang Merah

Street Team vs Team Selayang Merah Sports Planet Ampang (FIFA Court) 11.15pm 29/11/11 Selasa
  • Masih lagi beraksi di SP Ampang, memandangkan ramai player complaint court kat Sports Affair melekat & sebagainya...so ST akan start cari tempat lain untuk main. Once in a while, bolehlah kot...main di Sports Affair.
  • So kalini FIFA court, goyang+mahal+penat = Pakej! Untuk penjelasan lebih lanjut, goyang maybe sebab jarang main FIFA court, pastu dengar pulak opponent dah biasa main FIFA court dari 2006. Mahal sebab tontong sorang RM 10.50, tabung tak masuk langsung kalini.hahaha.....dan penat pula sebab kena lari jauh dari kebiasaan. dah tu pulak ramai player cakap kat whatsapp tak dapat turun game ni...
  • Adi deal opponent kalini. Biasalah Adi kan power bola (takde kaitan). Player main: Adihafiz, Kamil, Faiz, Zarif, Ilma, Fad, Apek, Amirul, Hanif, Angah Teratai & sorang lagi kawan adi.
  • Goal pembukaan oleh Apek, melalui sepakan tonjol...macam tak sengaja tapi gol cantik! (tak suka betul bila kena puji orang, dimanakah keikhlasanku?)
  • Ilma main tahpape malam ni, bola one by one depan gol pon tahan 4,5 kali bak kata Adi...pastu mental plakk tu, complaint kena siku. Darah panglima Wan Felany dah berpindah kot.
  • Zarif yang biasanya bertindak selaku manager, tapi malam ni beraksi dengan baik di goal post ST. banyak save bola bola yang berpotensi untuk gol. So tahniah mr.manager! Kaki pon dah ok tu, jangan sampai kena sodok kat padang ragbi sudahhh.
  • Wan Felany dah lama tak main...komitmen keluarga & kerja. Begitu juga Wan Keeper, tak perlu rasa malu sangat dengan kami Wan...Lan pon camtu, dapat cuti tanpa gaji dari management ST selama sebulan. Semoga player-player tulang belakang ST ini akan kembali beraksi bersama dalam masa terdekat.
  • Result game: draw 4-4. I see many great things dalam game ni. Player dah makin berani, kalau korang compare masa 1st game lepas ST reborn dulu...dah banyak beza. Bagus, itu namanya ada kemajuan. Teruskan!

Thursday, November 24, 2011

Street Team vs Damanshara

Street Team vs Damanshara
Sports Planet Ampang (Court 5)
11.10pm 23/11/11 Rabu
  • Damanshara team atau nama asal Damansara (betul tak betul tak tahu, aku pon petik dari FB ST : siapa tulis tu??). Team ini adalah team kawan Amirul. Siapa Amirul?? teng teng teng
  • Amirul bukanlah Amirul Hadi (flanker selangor), bukan juga Amirul AF, tak juga Imam Muda Amiril. Ok imam muda tu memang lain....Amirul, kawan Adihafiz. Lebih tegap dari Adihafiz, lebih kemas pernafasannya dan lebih sikit kadar kecerahan (cepat habis bateri nanti).
  • So Amirul setting opponent, khabarnya team Amirul yang juga disertai oleh Adihafiz (2 kali je maa) selalu mengadakan friendly dengan team Damanshara ni....sudah 4 kali friendly, mereka masih lagi gagal mencapai kemenangan ke atas team Damanshara ini. Review dari Adihafiz --- "team ni baikk dohh" "dorang main push push...stok pressure je". Goyang kann kalau dengar sebelum game??
  • Player yang main kali ni: Kamil, Apek, Amirul, Adihafiz, Wafi, Fad, Ilma, Kucai, Zul & Angah Teratai. Kita cerita dulu pasal yang main, banyak nama jarang sebut dalam blog kann (tekejut ke punn..aadoii)
  • Apek, sepatutnya nama yang tak asing lagi. Just korang perlu scroll blog posting lama lama..dan jumpalah nama apek. Gameplay dia tak tentu arah, tapi bonus rajin. Cuma cuak tu jangan lelebih sangat lain kali.
  • Amirul dah explain atas tadi. Wafi player yang join kami lepas penghidupan semula ni. Dia kerja syif, so chipsmore sikit...kejap ada kejap takde.
  • Kucai, rindu nak tengok rembatan dentum macam zaman padang shell dulu. Dah jarang ado dah. Kalau main bawah, steady...cuma malas lari sikit. Kalau main atas, suka nyorok belakang defender. Tapi gol tanduk dalam game ni terbaekkk!
  • Angah Teratai, kamil ajak. Join as guest memandangkan ramai takde malam ni. Banyak membantu pasukan...
  • Zul, keeper berani mati. cuma malam ni kantoi satu kelemahan dia...takot bila bola tinggi. cth: keeper throw to D box...pastu Zul takot nak challenge collect bola on air dengan forward opponent. Zarif boleh ajar bab ni kot?? :))
  • Player lain tu sama je...bosan dah nak explain lebih-lebih.
  • So result game: ST menang 13-10. Permulaan permainan ketinggalan 4-1 tak silap. Slow slow kejar & sampai satu tahap...opponent macam dah lost confident. ST gunakan peluang untuk penetrate & dapatkan gol demi gol. Itu memang effective tactical.
  • Bak kata Kapten Kamil dalam review di FB kami, game taktikal yang bagus. So thumbs up guys!

Friday, November 18, 2011

ST vs Dark Army FC

Street Team vs Dark Army FC
Sports Affair, Cheras Hartamas
18/11/11 Khamis
10.40pm Court B
  • Game disetting oleh ilma. Ceritanya, seorang player Dark Army FC (Toms Khoo) post something kat wall Facebook Street Team. Kemudian follow up dilakukan oleh ilma dan here it goes, a fun friendly match.
  • Result: ST tewas untuk kali kedua setelah penghidupan semula. 11-13
  • Reaksi selepas perlawanan:
  1. Faiz: "aku hanya bercakap, bila aku nak diam. aku akan diam, bila aku nak sangat bercakap"
  2. Zarif: "haaa sapa kata main petang petang tadi? nak beriadah tadi?
  3. Ilma: "kita kena ada rasa tak senang bila kalah..tak boleh kalah menang sama je perasaan"
  4. Kamil: "kita selalu camtu..bila lawan team chinese je, kita main lemau.."
  5. Adihafiz: "aku rilek je...standard lah main bola kalah"
  6. Player lain - Adios & Fad : tak terkata apa. diam seribu bahasa
  • So basically, belajar lah sesuatu dari sesuatu perkara samada perkara itu baik atau buruk. Pasti ada sebab perkara itu terjadi - selalu lah tanyakan "KENAPA" kepada perkara yang berlaku. Dari situ kita akan ambil pengajaran dari sesuatu itu.
  • Rasanya pernah tak korang tertanya, kenapa ilma suka friendly dengan team chinese ehhh?
  • Wassalam :)

Thursday, November 3, 2011

Three Musketeers Posting

  • Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.
  • Posting istimewa dengan tajuk istimewa, selalu guna tajuk ST vs blah blah blah aje kan...
  • 3 friendly match dirangkum kepada 1 posting, jimat masa, jimat rajin, lebih malas.
  1. Friendly Pertama: ST vs TM Selangor. Sport Planet Ampang. 19 Oktober 2011 (10pm: Court 5)
  • Game disetting oleh ilma, kerana pasukan TM Selangor sedang mempersiapkan diri untuk tournament futsal TM. so ilma main dengan team musuh..booo
  • Kehadiran game ini cukup memberangsangkan, kerangsangan itu menjadikan pemain yang ada tidak bertukar-tukar sehingga tamat friendly match ini. Kamil, Lan, Adios, Zul Keeper & Adihafiz. 5 orang saja yang ada, + Zarif yang act as a manager belakang gol malam tu...meet zarif (lihat gambar dibawah)
  • Permainan yang rancak & kemas oleh ST pada malam ini. Satu pujian kepada 5 hero malam tu, stamina yang melampau. Cuma kena play smart next time (iaitu tahu bila perlu press & counter dan tahu bila perlu simpan tenaga)
  • Result: ST menang 9-6. Penjaring -- semua ada gol kecuali Zul. Dia bolos je :))
  • Dah tak ingat sangat nak bahan apa, lagipun game ni ST main paling best. So kurang aspek untuk dibahankan. Tahniah! (Saving sikit dosa kering aku)
  1. Friendly Kedua: ST vs Xantho FC. Sport Affair Cheras Hartamas. 28 Oktober 2011 (10pm)
  • Team kawan Wan Felany, walaupun orang yang setting tu sendiri tak main, komitmen kerja offshore di Miri, Sarawak. Terlupa beli souvenier kot...(Kamil cakap, haha)
  • Kehadiran ramai: Lan, Kucai, Zarif, Zarif Kepeng, Adios, Adihafiz, Fad, Ilma, Isma (Anak didik Adihafiz -- Kapten Seraya U18), Mamak (mymanutd) & Wafi. Ramai kan? mmm jimat duit :))
  • Game yang ST ketinggalan di awal permainan dengan nilai 5-0. Dia pandang dia, dia pandang dia...sendiri mau ingatlah!
  • Kejar mengejar bermula setelah kemasukan Wafi, gol demi gol mula marii bagi pihak ST. Di satu ketika ST leading 13-12. Itulah kali pertama ST leading dalam game ni, dan itu juga kali terakhir leading.
  • Kesudahan game: 1st time ST kalah setelah pembentukan semula ni. Result: 13-14.
  • Game yang bercelaru, bercelaru dari segi permainan & dari aspek motif peribadi. Player ni tak tahu player tu main camne, player ni main ikut skill brazil, yang ni plak ikut taktikal ivory coast. So rojak!
  • Basic dia simple, kita main 2 atas 2 bawah. Kalau pergi attack 3 atas, so sorang kat bawah sila lantik diri sebagai "Datuk Bandar". Kalau masa defend 3 bawah, yang sorang atas tak payah mengada nak lantik diri "Datuk Bandar"...kalau sorang atas nanti tunggu boy bagi nama lain.
  • Ok guys, bila kalah biasalah...mencari mana silap. itu the good part apabila kalah, kita lebih aware kat mana silap. Ingat basic simple tadi ye, 2 atas 2 bawah. Tak perlu kelam kabut.
  • Contoh: kalau kita kena attack lepas kita counter 3 atas. Maknanya ada sorang kat bawah. So yang kat bawah ni tak perlu kelam kabut nak pergi sana pergi sini. Cukup dengan cepat-cepat close opponent yang ada bola. Tahu lah orang lain buat kerja untuk turun cover, kalau in case tak turun, itu wajib maki ala Wan Jamak.
  1. Friendly Ketiga: ST vs Wafis, Sport Affair Cheras Hartamas. 2 November 2011 (10pm)
  • The good thing about game ni adalah game ni adalah selepas kekalahan ST sebelum ni. Bagusnya apabila kita kalah, kita akan looks to bounce back from the defeat or else kita hanyut dengan kekalahan yang akhirnya melemahkan moral pasukan, yang akhirnya menjurus kepada bubar team.
  • Tahniah kerana kita bounce back. Not only that, we bounce back in style! Seronok kan bila menang & seeing everyone smiles after the game.
  • Game lebih tersusun kali ni, banyak kali...diulangi banyak kali, aku nampak ada movement futsal yang kita cuba create & berjaya create. Tahniah! Dah pandai nak move dengan & tanpa bola. Dah banyak wall pass yang menarik, one touch play yang menarik.
  • Kita cuma masih lack of shooting je, player kaki shooting kita macam Lan, Kucai, Adihafiz kena double up lagi..cari step & taktik macam mana nak dapatkan shooting range yang baik.
  • Oleh kerana Kucai takde dalam game ni, Lan & Adihafiz pikul tugas untuk shooting tapi ilma plak yang mengade-ngade nak shooting (cari nama lah tu).
  • So result menang 19-8. Cool game & kongratulasi ye kawan kawan. Lihat wajah kemenangan di bawah:

  • Satu persamaan antara ketiga-tiga friendly ini bukanlah permainan baik atau buruk, bukanlah scorer yang sama atau tidak, bukan juga warna jersi...tetapi adalah Faiz tak main ketiga-tiga friendly ni. Perasan tak? Kalau tak perasan, abaikan. memang orang tak glamer nasib dia selalu camtu, manjang orang tak perasan...hahaha (touching plak faiz pasni)
  • So settle kerja untuk post 3 game. 1 minggu 1 game, we continue macam tu buat masa ni. Next month mungkin tukar hari sebab beberapa komitmen lain yang memaksa. Till then..assalamualaikum :)