Street Team vs TML
28 September 2011
Rabu 10.30malam
Sports Affair, Cheras Hartamas
- Game baru semalam berlangsung so benda benda masih segar dalam kepala otak aku..siapplah aku kitai sorang sorang dalam ni nanti..hahahaha (gelak jahat)
- Bila tengok balik gambar team kita semalam, satu je aku nak cakap kat semua TAHNIAH! sebab baru aku perasan semua pakaian panjang sikit. Takda yang pakai seluar pendek lagi...Kawan-kawan, ingat ni...takda ruginya bersukan pakai seluar panjang or at least seluar 3 quarter asalkan tutup aurat.
- Hebat macam mana pon kita main tapi pakai seluar pendek, habis-habis dapat penat dapat dosa buka aurat. Tapi kalau sekalipun kita tak hebat tapi main tutup aurat, kita secara tak langsung dah berdakwah kepada orang lain..dapat pahala. best kan? hehe Korang pon ada yang dah jadi suami, nak jadi ayah...makin besar tanggungjawab.
- Ok segmen imam muda dah habis, sekarang kita cerita futsal plak. Game kedua ST setelah kehidupan semula.
- Game disetting oleh orang-orang biasa, so management dah setuju bagi tugasan tetap kepada setiap individu lepas ni. Adi akan in charge untuk arrangement tempat main & masa. Opponent boleh deal dengan Kamil, bukan bermaksud orang lain dok diam melangokk je...kalau ada team, direct dengan Kamil. Macam game semalam, Lan setting team..sebab tu dapat nama TML.haha
- Gosip yang digembar gemburkan oleh Lan, opponent kali ni BAIKK, so kena ada keeper yang bagus sebab opponent kaki shooting. Pastu Lan kata opponent pakai jersi argentina malangnya malam tadi tak dapat pakai sebab flight dari buenos aires kena cancel..so kedai dobi kat argentina tu tak dapat nak hantar delivery jersi.
- Overall, kami suka opponent kalini. Semuanya sporting & attitude player ST juga harus dipuji. Macam tulah bersukan..kalau terlanggar,tersadung (jangan main blahh buat muka ketat bajet Michael Essien)...tapi ringankan mulut say sory ke, tolong angkat or tap sikit kat badan mamat tu ke. Senyum lahh kalau orang terkasar kat kita sikit, awek-awek takda kot yang suka laki muka nak masam masam.
- Player yang main kalini: Kamil, Ilma, Faiz, Wan Felany, Wan keeper, Adios, Fad kecik, Lan & Wafi. Ok buat makcik-makcik, isteri-isteri yang follow blog ni (memandangkan 2,3 orang dah kawin)...mesti perasan ada 2,3 nama player baru kan. Adios, Fad kecik & Wafi. Kalau tak perasan, sila buat buat perasan juga..tak kira!
- So player baru ni semuanya 1st time join main dengan ST. Kalau hasil perbincangan management berpuas hati dengan mereka, maka mereka akan diwelcome sebagai ahli keluarga baru ST. Jadi kawan-kawan, sila set meeting :)
- Keputusan: seri 13-13. Aku boleh je tulis 13 sama atau seri 13. tapi memandangkan 13 tu nombor macam best je so dengan sukahatinya aku tulis 13-13. Takda issu pon benda ni, saja nak panjangkan tulis blog ni.
- Adunan player-player baru dengan lama kalini menampakkan hasil yang agak positif. Namun masih terlalu awal kerana ST masih lagi main dengan tempo abang abang yang main suka suka lepas habis syif. Player baru ni taklah baru main futsal cuma baru nak join kami je...masing-masing dah ada pengalaman main team lain sebelum ni. Jadi secara tak langsung tekanan juga kepada player lama untuk mengekalkan posisi, tapi bak kata malek "lu siapa wa mau goyang, lu belum pakai tattoo, wa sudah pergi perang maa"
- Seperti selalu, kehadiran ST ditambah serinya dengan kehadiran tulang rusuk adam sebagai pom pom pemberi semangat. Kumpulan pemberi semangat ini belumlah ditubuhkan secara rasmi, namun kehadiran mereka di tepi padang adalah membantu, semalam yang ada isteri Kamil = Su, isteri Wan keeper = Faezah & kawan ke awek ke Adi...aku tak tau status = Donat. Ketua pom pom semalam adalah Adihafiz diiringi Zarif.
- Kadang kadang pelik juga, kawan-kawan dah pergi perang...macam mana boleh kita terfikir nak tengok je? Aku ada masalah dengan benda ni, haha...tak jumpa lagi penyelesaian yang logik.
- Jadi sekian dulu posting untuk 2nd game kalini, jumpa lagi di lain kali. Untuk makluman orang lain, kalau ada yang nak friendly dengan kami...boleh contact kami ye. Kami available untuk friendly sahaja, seminggu satu game itu motif permulaan. Terima Kasih