Street Team vs Kelabu FC
8 Jun 2010
Selasa 9.00malam
FIFA Court, SP Ampang
- ST masih meneruskan siri friendly di FIFA court, semenjak dua menjak ni kami dah mula berjinak-jinak dengan FIFA court.
- Selari dengan itu, memandangkan kos FIFA court ni boleh tahan mahal, duit poket kenala kuar lebih kan. Bila laah sponsor mesti marii ??
- Since dah lambat sangat update result game ni kerana sibuk pindah dan sakit mulut yang agak dahsyat, maka result dah lupa la plak.
- Kami menang 11-4. Kamil score 4. Maklumat dicedok dari comment kamil di facebook.
- Dan sekali lagi, kami tak mesra alam..hinggakan nak bertanya nama team pihak lawan pon agak segan. Oleh kerana jersi mereka bewarna kelabu, untuk post blog ini kami namakan sebagai Kelabu FC. *akan diperbetulkan jika diketahui kelak.
- Performance ST, masih dapat diingati sedikit sebanyak, kerana persembahan yang dipamerkan adalah berdisiplin dan teratur.
- Disiplin bermaksud apabila defending, masing-masing dah cepat-cepat amik posisi dan close team lawan. Disiplin membawa maksud bermain mengikut aturan taktikal yang telah ditetapkan. Tahniah kawan-kawan.
- Terima kasih juga kepada Zarif yang telah bertindak sebagai pengurus kepada team ST. Memandangkan beliau masih lagi cedera, maka beliau mengambil inisiatif yang positif dalam membantu kawan-kawan lain untuk team ST ini.
- Post kalini agak serius jek eh ayat-ayat..hehehe. Sebenarnya takdela rajin nak post, tapi dah orang lain mintak post update game lepas-lepas. So aku ni jenis kalau kawan-kawan semangat, aku lagi semangat. Kalau kamil laju, aku pon nak laju. Tapi penat aku, Tuhan jela yang tahu...sekian :)
Street Team vs Team cheamtul
22 Jun 2010
Selasa 11.00 malam
FIFA Court, SP Ampang
- Team cheamtul atau singkatan kepada cheras,ampang,sentul. Game disetting oleh Hakim. Terima kasih Hakim.
- Kehadiran: kucai,lan,hakim,aqil,zarif,faiz,wan felany,adihafiz,ilma,kamil,shafiq su & yai.
- Permainan bermula, game kami agak kelam-kabut kerana terikut-ikut rentak pasukan lawan yang rasanya dah biasa main futsal FIFA court. Mereka tenang mengawal permainan sedangkan kami terkocoh-kocoh kehulu-hilir mengejar opponent dan bola.
- Hinggalah jeritan ala-ala tarzan oleh adihafiz, memarahi ilma agar tidak terlalu kelam-kabut...ST terus menukar rentak permainan, dengan banyak defend half-court dan cuba tenang mengawal tempo permainan.
- Aqil yang telah beberapa bulan tidak beraksi kerana kecederaan cuba bermain kembali di posisi keeper. Namun hanya bertahan tak sampai 5 minit, kerana lutut dah bunyi. Kucai ambil alih.
- Kucai adalah player yang paling flexible dalam pasukan kami, memandangkan beliau mampu bermain di semua posisi. Atas, bawah & keeper. (saja puji-puji bodek kat kucai)
- Lan, workrate tak boleh dipertikaikan. Masih dengan style of play beliau, yang mana pantang dapat free space kat tengah..memang percubaan jarak jauh ala-ala Lampard akan diberikan. Namun untuk game ini, kebanyakan seperti sepakan jarak jauh Jonah Lomu sahaja.
- Kamil harus diberi pujian, kami menang game ini 5-2. 3 gol dijaringkan oleh Kamil. Inilah yang orang katakan karisma seorang kapten. Kadang-kadang kapten tak semestinya banyak berkomunikasi atas padang, tetapi dengan persembahan yang bertenaga beliau tunjukkan menyebabkan player lain pon jadi semangat. Go kapten!
- Jam pon dah pukol 2 pagi, apa kes aku tak tido---esok nak keje. Korang la ni semangat suh update blog. tengok! aku pon jadi semangat. Japlagi germany-ghana pulakk, ada yang EL esok ni. hahahahaha
- Harapan untuk pemain ST, teruskan lagi usaha. Kekalkan semangat setiakawan kita, perkemaskan taktik, tingkatkan ilmu futsal & tambah baikkan fitness level anda. Insya Allah minggu depan, kalau takda aral melintang kita akan kembali menyertai pertandingan :)
- Kemenangan hari ini adalah hasil usaha hari-hari semalam, kemenangan esok adalah bermula dengan hasil usaha hari ini. Insya Allah kawan-kawan, go ST.
- Dengar cerita, management dah berbincang untuk collect duit untuk t-shirt baru???
- OK dah, selamat malam.
No comments:
Post a Comment