Thursday, June 24, 2010

Street Team Friendly (Edisi Post Double Trouble)

Posting Nombor 1 --------------------
Street Team vs Kelabu FC 8 Jun 2010 Selasa 9.00malam FIFA Court, SP Ampang
  • ST masih meneruskan siri friendly di FIFA court, semenjak dua menjak ni kami dah mula berjinak-jinak dengan FIFA court.
  • Selari dengan itu, memandangkan kos FIFA court ni boleh tahan mahal, duit poket kenala kuar lebih kan. Bila laah sponsor mesti marii ??
  • Since dah lambat sangat update result game ni kerana sibuk pindah dan sakit mulut yang agak dahsyat, maka result dah lupa la plak.
  • Kami menang 11-4. Kamil score 4. Maklumat dicedok dari comment kamil di facebook.
  • Dan sekali lagi, kami tak mesra alam..hinggakan nak bertanya nama team pihak lawan pon agak segan. Oleh kerana jersi mereka bewarna kelabu, untuk post blog ini kami namakan sebagai Kelabu FC. *akan diperbetulkan jika diketahui kelak.
  • Performance ST, masih dapat diingati sedikit sebanyak, kerana persembahan yang dipamerkan adalah berdisiplin dan teratur.
  • Disiplin bermaksud apabila defending, masing-masing dah cepat-cepat amik posisi dan close team lawan. Disiplin membawa maksud bermain mengikut aturan taktikal yang telah ditetapkan. Tahniah kawan-kawan.
  • Terima kasih juga kepada Zarif yang telah bertindak sebagai pengurus kepada team ST. Memandangkan beliau masih lagi cedera, maka beliau mengambil inisiatif yang positif dalam membantu kawan-kawan lain untuk team ST ini.
  • Post kalini agak serius jek eh ayat-ayat..hehehe. Sebenarnya takdela rajin nak post, tapi dah orang lain mintak post update game lepas-lepas. So aku ni jenis kalau kawan-kawan semangat, aku lagi semangat. Kalau kamil laju, aku pon nak laju. Tapi penat aku, Tuhan jela yang tahu...sekian :)

Posting nombor 2 ---------------------
Street Team vs Team cheamtul 22 Jun 2010
Selasa 11.00 malam
FIFA Court, SP Ampang
  • Team cheamtul atau singkatan kepada cheras,ampang,sentul. Game disetting oleh Hakim. Terima kasih Hakim.
  • Kehadiran: kucai,lan,hakim,aqil,zarif,faiz,wan felany,adihafiz,ilma,kamil,shafiq su & yai.
  • Permainan bermula, game kami agak kelam-kabut kerana terikut-ikut rentak pasukan lawan yang rasanya dah biasa main futsal FIFA court. Mereka tenang mengawal permainan sedangkan kami terkocoh-kocoh kehulu-hilir mengejar opponent dan bola.
  • Hinggalah jeritan ala-ala tarzan oleh adihafiz, memarahi ilma agar tidak terlalu kelam-kabut...ST terus menukar rentak permainan, dengan banyak defend half-court dan cuba tenang mengawal tempo permainan.
  • Aqil yang telah beberapa bulan tidak beraksi kerana kecederaan cuba bermain kembali di posisi keeper. Namun hanya bertahan tak sampai 5 minit, kerana lutut dah bunyi. Kucai ambil alih.
  • Kucai adalah player yang paling flexible dalam pasukan kami, memandangkan beliau mampu bermain di semua posisi. Atas, bawah & keeper. (saja puji-puji bodek kat kucai)
  • Lan, workrate tak boleh dipertikaikan. Masih dengan style of play beliau, yang mana pantang dapat free space kat tengah..memang percubaan jarak jauh ala-ala Lampard akan diberikan. Namun untuk game ini, kebanyakan seperti sepakan jarak jauh Jonah Lomu sahaja.
  • Kamil harus diberi pujian, kami menang game ini 5-2. 3 gol dijaringkan oleh Kamil. Inilah yang orang katakan karisma seorang kapten. Kadang-kadang kapten tak semestinya banyak berkomunikasi atas padang, tetapi dengan persembahan yang bertenaga beliau tunjukkan menyebabkan player lain pon jadi semangat. Go kapten!
  • Jam pon dah pukol 2 pagi, apa kes aku tak tido---esok nak keje. Korang la ni semangat suh update blog. tengok! aku pon jadi semangat. Japlagi germany-ghana pulakk, ada yang EL esok ni. hahahahaha
  • Harapan untuk pemain ST, teruskan lagi usaha. Kekalkan semangat setiakawan kita, perkemaskan taktik, tingkatkan ilmu futsal & tambah baikkan fitness level anda. Insya Allah minggu depan, kalau takda aral melintang kita akan kembali menyertai pertandingan :)
  • Kemenangan hari ini adalah hasil usaha hari-hari semalam, kemenangan esok adalah bermula dengan hasil usaha hari ini. Insya Allah kawan-kawan, go ST.
  • Dengar cerita, management dah berbincang untuk collect duit untuk t-shirt baru???
  • OK dah, selamat malam.

Wednesday, June 2, 2010

Street Team 4 vs 6 TKY Wangsa Maju

Street Team vs TKY Wangsa Maju 2 Jun 2010 isnin 8.00malam FIFA Court, SP Ampang

  • 1st time ST beraksi di FIFA court. masing2 dah study corak permainan falcao dan mempraktikkan benda2 yang dipelajari semasa menonton liga futsal felda kebangsaan. (OK tahyul..jangan percaya)
  • TKY Wangsa Maju = Team Kawan Yai dari wangsa maju. sory kami tak tahu nama pasukan anda yang betul. *will update if later known
  • Kehadiran, dari segi jumlah adalah menggembirakan. cuma dari segi ketepatan masa masih belum memenuhi kriteria sepatutnya. mungkin habit "main SP Ampang..dekat je, kejap bleh sampai" masih membelenggu para pemain ST. (kena ubah ye, dah tak trendy)
  • Kami hadir kalini dengan baju putih atas permintaan Yai. sebab faktor keharuman jersi kuning kami amat menghantui pihak lawan dalam perlawanan yang lepas-lepas. (bila nak beli jersi baru kawan2?)
  • Yang main: khairil (keeper), kamil (semangat baru pulang dari kejayaan tempat ke 3 ni KKM Malaysia), adihafiz (tak semangat sebab busy minggu ni, dah nak final exam), yai, boy, ilma, wan felany, shafiq pacak, faiz, hakim panjang, lan lalik, kucai. Sambil ditemani oleh 4 orang gadis pingitan (macam majalah gila-gila la plak)
  • Malas nak ulas game, keseluruhan kurang memuaskan kot dari pendapat si penulis ni. patot gadis lagi ramai baru puas hati kot.
  • Gol dijaringkan oleh: yai, ilma, pacak & lan lalik.
  • Kesimpulan: ini bab aku paling suka ni...hehehehe. kalo masuk kandang kambing..kita mengembekk, masuk kandang rimau, kita mengaumm...kalo kail panjang sejengkal, jangan diduga lautan dalam. Peribahasa ini takda kaitan ye, saja amik mood.
  • Dalam sesuatu permainan, apabila kita gagal bermain dengan baik...kuatkan pertahanan kita. secara individu, kemudian berpasukan.
  • Inter Milan menang champs league sebab apabila bertahan mereka ada 11 pemain yang bertahan. tak sorang pon curi angin, hilang bola je...pertahanan tu dah patot bermula.
  • Apabila kita bermain bola sepak, yang kita attack adalah...bukan goal post, tapi space a.k.a ruang. mcm mana ruang diwujudkan? movement player. player team kita dan player opponent. mcm mana kita nak opponent buka ruang untuk kita & mcm mana kita nak bantu pemain kita setiap kali bola ada di kaki pemain kita.
  • Macam boy cakap 'dato bandar', contoh: bola di kaki Ahmad, secara basisnya, Ahmad adalah pemain yang paling berkuasa di atas padang sekarang. katakan 5vs5, 10 pemain hanya 1 orang sahaja yang berkuasa iaitu orang yang pegang bola.
  • logik akal, orang yang berkuasa takkan nak serah kuasa senang2 kat pihak musuh kan?? so untuk mencapai puncak kekuasaan adalah "goal".
  • dato bandar memerlukan anak2 buah untuk menjalankan kerja mencapai puncak. sama mcm perdana menteri memerlukan menteri2nya. buat kerja...jgn amalkan "berehat bersama kitkat" masa atas padang.
  • bertahan...apabila berhadapan dengan opponent, amik langkah begini:
  1. guna logik akal. kenalpasti kelemahan kita (tutup) kenalpasti kelemahan opponent (buka).
  2. gunakan pengalaman/kelebihan untuk mengatasi pihak lawan.
  • cubalah jadi seperti paola maldini mahupun ledley king. apabila kita nakkan bola tu..sentuh/berkasar/sliding tackle dengan opponent adalah usaha paling akhir yang kita akan lakukan. bila sebut usaha paling akhir..ia juga membawa maksud usaha2 lain telah gagal, aku terpaksa buat mcm ni. kalo usaha ini juga gagal, need backup!!
  • salu kata pada diri, im good than my opponent. if u r better than me..beat me. ini bukan arrogant, tp cabar pada diri. kalo korang pk dari positif side, ini akan membantu korang jadi player yang baik kemudian hari.
  • contoh: amri yahyah pegang bola, anda adalah pertahanan terakhir pasukan anda.....takkan korang nak tepok dahi "alamak amri yahya doww...habislah aku".....tidak bukan?? so anda kata pada diri, "huh mai sini amri...kita tengok sapa hebat...". bila anda menang bola tuh...feeling yang anda rasa masa tu..perhh!! mcm awek2 sekeliling tgh perhatikan anda dengan penuh penghayatan. suka??
  • panjang2 cite pon tak guna, belum tentu ada yang baca kan...so dah. bye!