Thursday, May 20, 2010

Street Team 17 vs 7 MyManUTD

Street Team vs MyManUTD
19 Mei 2010 Rabu 11.00malam HTO, usj subang jaya
  • Kamil deal game dengan Mohd Firdaus Arfaai (aka mamak). Sebelum ni pernah setting tapi tak menjadi, kalini Alhamdulillah selamat dijalankan.
  • Kehadiran players kalini amat membanggakan dan menggembirakan, kerana players yang beraksi malam ni bakal dapat tido lena selepas game malam ini.
  • 6 orang players beserta 2 pegawai hadir: players= kamil (C), shafiq su, ilma, adihafiz, faiz & khairil (keeper). pegawai= zarif & aqil (pasangan adik beradik yang timing injured pon macam berpakat..hehehehe)
  • Players tak hadir nak cite gak ke?? mmm malu ahh...tapi...nak cite ke?? eh tak payah lahhh. mmm okela cite gak: lan (ada game bank rakyat), kucai (kerja carigali duit), yai (mansion ke aloha?), wan keeper (injured lagi), boy (tak sempat nak bagitau).
  • Dah itu je kann player tak hadir?? eh eh lupa wan felany..mmm sebabnya hanya kamil yang mengetahuinya, pokok lampu-lampu menjadi saksi.
  • So game on: kami dengan jersi tradisi warna kuning hancing. dan opponent dengan merah (seiring dengan pasukan yang mereka wakili MyManUTD Malaysia - forum untuk peminat Manchester United Malaysia)
  • Pesanan dari manager zarif, main selamat, main macam biasa, tayah laju-laju sangat, simpan tenaga sebab kita ada 6 orang je player. (ada ke zarif pesan camtu??)
  • Kedua-dua pasukan bermula dengan penuh berhati-hati, MyManUTD mengawal bola di awal permainan dengan ST hanya bersikap tunggu dan lihat sebelum mengatur serangan.
  • Bila main tunggu dan lihat ni, 2 perkara penting kena ingat:
  1. kena alert dengan setiap inci territory kita, biasanya zonal marking. so orang di belakang akan bersuara untuk tutup setiap ruang yang membolehkan opponent masuk.
  2. kena pandai amik masa untuk recover penat, once bila dapat break ball --sprint up untuk counter attack. kena banyak bersabar, jangan gelojoh.
  • Kesudahan game malam ni, ST menang 17-7.
  • Penjaring gol: ilma(5), kamil (6), adi (2), faiz (2), shafiq (2). Sila lihat update di scoreboard.
  • Kesimpulan yang dapat dipelajari: bila kita perkatakan soal komitmen, ianya menyeluruh. komitmen kepada agama, kepada Tuhan, kepada solat,puasa, kepada kerja, kepada ibubapa keluarga, kepada rakan-rakan, kepada boyfren/gelfren......dan bila kita menyatakan komitmen ke atas suatu perkara...ianya seperti janji. komitmen ke atas janji itulah yang selalunya akan dipegang oleh orang yang kita berjanji.
  • Begitu juga komitmen dalam pasukan futsal, apabila strategi dirancang adalah A. komitmen kita melaksanakan A sehingga berjaya amatlah diperlukan. Contoh: jika strategi adalah defending man to man marking, maka pastikan strategi itu berjaya..pedulikan peribadi seperti penat,sakit,rindu ape semua.... itulah yang menunjukkan komitmen kita ke atas sesuatu perkara.
  • Sebenarnya aku dulu berangan nak jadi pakar motivasi, dah tak dapat...mampos lah kat sini aku ceramah :))
  • Aku pon tak paham sangat apa kesimpulan tuh, macam tak tersimpul je. tapi bak kata nabil irma "lu pikirlah sendiri..." Assalamualaikum!

No comments: