Thursday, May 20, 2010

Street Team 17 vs 7 MyManUTD

Street Team vs MyManUTD
19 Mei 2010 Rabu 11.00malam HTO, usj subang jaya
  • Kamil deal game dengan Mohd Firdaus Arfaai (aka mamak). Sebelum ni pernah setting tapi tak menjadi, kalini Alhamdulillah selamat dijalankan.
  • Kehadiran players kalini amat membanggakan dan menggembirakan, kerana players yang beraksi malam ni bakal dapat tido lena selepas game malam ini.
  • 6 orang players beserta 2 pegawai hadir: players= kamil (C), shafiq su, ilma, adihafiz, faiz & khairil (keeper). pegawai= zarif & aqil (pasangan adik beradik yang timing injured pon macam berpakat..hehehehe)
  • Players tak hadir nak cite gak ke?? mmm malu ahh...tapi...nak cite ke?? eh tak payah lahhh. mmm okela cite gak: lan (ada game bank rakyat), kucai (kerja carigali duit), yai (mansion ke aloha?), wan keeper (injured lagi), boy (tak sempat nak bagitau).
  • Dah itu je kann player tak hadir?? eh eh lupa wan felany..mmm sebabnya hanya kamil yang mengetahuinya, pokok lampu-lampu menjadi saksi.
  • So game on: kami dengan jersi tradisi warna kuning hancing. dan opponent dengan merah (seiring dengan pasukan yang mereka wakili MyManUTD Malaysia - forum untuk peminat Manchester United Malaysia)
  • Pesanan dari manager zarif, main selamat, main macam biasa, tayah laju-laju sangat, simpan tenaga sebab kita ada 6 orang je player. (ada ke zarif pesan camtu??)
  • Kedua-dua pasukan bermula dengan penuh berhati-hati, MyManUTD mengawal bola di awal permainan dengan ST hanya bersikap tunggu dan lihat sebelum mengatur serangan.
  • Bila main tunggu dan lihat ni, 2 perkara penting kena ingat:
  1. kena alert dengan setiap inci territory kita, biasanya zonal marking. so orang di belakang akan bersuara untuk tutup setiap ruang yang membolehkan opponent masuk.
  2. kena pandai amik masa untuk recover penat, once bila dapat break ball --sprint up untuk counter attack. kena banyak bersabar, jangan gelojoh.
  • Kesudahan game malam ni, ST menang 17-7.
  • Penjaring gol: ilma(5), kamil (6), adi (2), faiz (2), shafiq (2). Sila lihat update di scoreboard.
  • Kesimpulan yang dapat dipelajari: bila kita perkatakan soal komitmen, ianya menyeluruh. komitmen kepada agama, kepada Tuhan, kepada solat,puasa, kepada kerja, kepada ibubapa keluarga, kepada rakan-rakan, kepada boyfren/gelfren......dan bila kita menyatakan komitmen ke atas suatu perkara...ianya seperti janji. komitmen ke atas janji itulah yang selalunya akan dipegang oleh orang yang kita berjanji.
  • Begitu juga komitmen dalam pasukan futsal, apabila strategi dirancang adalah A. komitmen kita melaksanakan A sehingga berjaya amatlah diperlukan. Contoh: jika strategi adalah defending man to man marking, maka pastikan strategi itu berjaya..pedulikan peribadi seperti penat,sakit,rindu ape semua.... itulah yang menunjukkan komitmen kita ke atas sesuatu perkara.
  • Sebenarnya aku dulu berangan nak jadi pakar motivasi, dah tak dapat...mampos lah kat sini aku ceramah :))
  • Aku pon tak paham sangat apa kesimpulan tuh, macam tak tersimpul je. tapi bak kata nabil irma "lu pikirlah sendiri..." Assalamualaikum!

Tuesday, May 11, 2010

Street Team 18 vs 7 TMM Putrajaya

Street Team vs TMM Putrajaya 10 mei 2010 isnin 11.00malam Sport Center PJ
  • Kembali lagi kiter untuk mendengar cerita2 tentang Street Team friendly match.
  • Berkemungkinan bulan ni ST ada banyak perlawanan persahabatan yang akan diberitau dari masa ker semasa.
  • Rasanya baru 2 hari lepas ST dijemput untuk satu friendly match bersama Mid Valley Staff. Dan semalam satu lagi jemputan dari TMM Putrajaya untuk mengadakan satu friendly match dengan team mereka.'
  • Seperti biasa ST tidak akan menghampakan niat team lawan. Member kepada player ST "ilma" telah mengaturkan perlawanan ini.
  • Semalam jam 10.18 malam, ST player sudah sampai di Sport Center PJ. Sambil menantikan pehak lawan sampai, ST membuat sedikit perbincangan untuk taktik pada malam itu kerana terdapat player2 yang xdapat hadir disebabkan masalah peribadi mereka.
  • Player hadir: wan felany, ilma, adi, kucai, lan, zarif (pemerhati) dan bob kawan adi "penjaga gol gantian"
  • player x hadir: kamil (rungsing memikirkan tentang majlis pertunangan die), aqil ( jumper awek), wan keeper (masih cedera) , faiz ( balik kolej katanya) dan boy ( masih xdapat dikesan)
  • Kepenatan ST sudah dapat dijangka kerana player ader 6 org dan team lawan jugak ader 6 org. Setelah mendapat persetujuan kedua2 belah pehak, friendly match mlm tu diteruskan dengan 6 lawan 6."xpayah nak ader player simpanan"
  • kali ni ST dikejutkan dengan gol awal team lawan yang menggunakan skill2 individu mereka.
  • Setelah tersentap dengan gol awal pihak lawan, ST menukar Taktik dengan bermain agak pantas sehingga dapat menyamakan kedudukan. Gol berbalas gol dengan aksi2 ST yang sudah semakin pandai menyelesaikan taktik2 yang dipelajari.
  • 20 minit sebelum masa habis, permainan kedua2 team agak perlahan kerana masing sudah kepenatan.
  • Tetapi ST tetap mengekal kan rentak dengan menjaringkan gol2 rembatan jarak jauh dan taktik2 menarik yang dipamirkan player.
  • Antara senarai penjaring ini pun kalau aku tak salah la: wan felany 6 gol, ilma, 4 gol, adi 2 gol, kucai 2 gol dan lan 4 gol.
  • ST jugak tetap mengekalkan rekodnya bolos kurang dari 10 gol untuk satu perlawanan.
  • Harapan ST kali ni, harap semua player ST dapat meluangkan sedikit masa untuk bersama2 meningkatkan mutu permainan ST dan mencipta nama di seluruh malaysia.
  • Kepada pembaca2 setia blog Street Team, kami mengucapkan berbanyak2 terima kasih di atas sokongan anda semua.
  • Kami akan menjadikan sokongan anda semua sebagai semangat untuk ST terus maju kehadapan.

Street Team 16 vs 6 Midvalley Staff

Street Team vs Mid valley Staff ( Parking Department) 9 Mei 2010 Ahad 1.00am Sport Ban PJ (Pitch 3)
  • Street Team Friendly match on Mei.
  • Untuk bulan 5 ni ST dapat banyak jemputan untuk friendly match. "Alhamdulillah" boleh la ST cuba mencari rentaknya balik oleh sebab dah lama agak menyepikan diri dengan masing2 melakukan hal sendiri.
  • Berbalik kepada cerita friendly match ni balik, fiza kawan lama sekolah "SERAYA" dah banyak kali ajak ST friendly dengan team dia (Mid Valley Staff). So dengan sokongan dan kerjasama budak2 ST, semua bersetuju untuk friendly pada 8 Mei 2010 Sabtu jam 12.00malam.
  • ST seperti biasa dengan berbekalkan azam baru untuk tahun ini, tepat jam 11 semua player ST sampai seperti yang dijanjikan.
  • Tetapi tertapat sedikit kesulitan apabila ST terpaksa menunggu hampir 2 jam sebab team pihak lawan menukar waktu permainan kepada pukul 1.00pagi.
  • Tepat pada pukul 1.00pg, ST masuk ke dalam court dengan semangat untuk menunjukkan skill masing2.
  • Player hadir: wan felany, ilmar, kamil, adi, zarif ( penjaga gol gantian) dan faiz.
  • Player xhadir: kucai ( overtime), Lan ( balik Kg), Wan keeper & aqil ( injured) dan boy (xdapat dikesan)
  • ST bermula garang dengan aksi2 semakin matang dalam arena futsal. Walaupun player tak cukup, ST tetap semangat untuk mencari gol2 awal.
  • Pihak lawan mendapat kelebihan sedikit disebabkan player mereka yang agak ramai, so boleh tukar2 banyak kali.
  • Setelah 1 jam bermain, keputusan memehak kepada ST dgn jaringan yang agak besar 16 berbalas 6.
  • Puas dengan kemenangan pagi itu, STmenetapkan target untuk mengekalkan rekod bolos bawah dari 10 gol.
  • Aku pun dah agak ketandusan idea untuk menceritakan dengan lebih detail. So aku akhirkan cerita ni sampai sini jerk la.
  • Pendek kata, ST akan cuba sehabis mungkin untuk mencipta nama dalam arena futsal malaysia.
  • Hope kepada kawan2 yang mengenali ST akan lebih memberi sokongan kepada kami untuk maju dan terus maju.
  • Next friendly match 3 Mei 2010, isnin 11.00mlm Sport Center PJ.

Thursday, May 6, 2010

Street Team 10 vs 4 De Stadium (staff)

Street Team vs De Stadium (staff)
28 April 2010 Rabu 10 malam De Stadium (Pitch 6)
  • Sorry lama dan lambat update blog. wan felany buat hal, asik lupa tanggungjawap.
  • Blog ni adalah untuk sekadar suka-suka, sebab team ni pon team kawan-kawan, team suka-suka.
  • So blog ni saksi yang kami pernah berkawan dan berfutsal bersama-sama. at least something to share dengan anak cucu di kemudian hari "atok dulu hebat main futsal..tuh tgk blog tuh bape banyak atok score"....
  • Lately ST macam lemau friendly sikit, memandangkan komitmen kepada tugasan kerja dan belajar, selain exam yang belegar-legar di persekitaran.
  • So ini adalah friendly ketiga rasanya dalam bulan April. Seperti yang anda lihat dalam blog ini untuk bulan April : vs Morning Glory & vs Copa (tak update lagi atas sebab-sebab yang hanya wan felany sahaja tahu)
  • Player yang tak main malam ni: wan keeper (accident balik kerja petang hari kejadian), boy (motor rosak -katanya lah)
  • Game start dengan line-up: Kucai (keeper), adihafiz, ilma, kamil, yai.
  • Tempo permainan yang sederhana, diselangi dengan aksi berhati-hati kedua-dua pasukan. Masih cuba membaca rentak permainan satu sama lain barangkali.
  • Setelah permainan berjaya dibaca, ST bermula gah dengan menjaringkan gol demi gol hingga di suatu masa mendahului dengan 5-0.
  • Kesemua pemain berpuashati dengan permainan hari ini (kan?)...memandangkan hanya 8 orang yang turun beraksi maka agak penat sikit lah kan. lagipon dah lama tak main friendly, so fitness tu agak hampeh.
  • Gol-gol telah dijaringkan oleh: ilma (3), yai (2), kamil (2), adihafiz (1) & lan lalik (2)
  • Moral of the game: bukan kemenangan yang menjadi kayu ukuran, tetapi bagaimana anda mengikut taktik diatur dan enjoy the game yang menjadikan permainan itu lebih seronok. hasilnya keputusan yang positif.
  • Aku pon tak paham sangat apa moral tuh, korang buat-buat lah paham yeh. ok jumpa lagi next friendly. chaw!